nuffnang

    Showing posts with label raya. Show all posts
    Showing posts with label raya. Show all posts

    Wednesday, July 22, 2015

    Beraya di Pulau Pari

    Assalamualaikum.

    Selepas balik dari Kedutaan, kami bertempat berfikir untuk buat apa pada keeseokan harinya..seorang dari kami mengajak ke Pulau. Awalnya berfikir until ambik packet tapi akhirnya kami bercadang until gamble sahaja pergi. Xplan apa2 pun just nak pergi bermain di pantai.


    Pagi2 pukul 6 kami breakfast dulu di rumah dan terus bergerak naik angkut ke muara angke. Sampai2 di muara angke pukul 7.20 pagi dan bapak di sana cakap jeti ke Pulau sudah berpindah ke ke Kali adem which is kami kena odong-idong until ke sana.


    Dalam odong odong


     Sampai je di jeti Kali adem kami terus bertanya kapal mana yang akan ke Pulau yang paling dekat dan kata bapak di situ Pulau itu Pulau pari.. Tongkang yang pwnuh dengan orang, dah rasa macam pelarian beramai ramai dalam tu.

     Selfie dulu di depan tongkang.


    Perjalanan dari muara angke ke Pulau pari memakan masa kira2 Dua jam. Sampai2 di sana jam sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi. Kami mencari toilet dan ganti baju kurung. Kemudian makan bakso dulu...dengan berbaju kurung kami bermain air di pantai. Hehehe :)


    Tongkang yang kami naik

    Main pantai dgn berbaju kurung.luls

    Four of us :)

    Kata orang di sana kalau nak balik naik  tongkang juga hari itu pukul 1 akan Jalan. Tapi kalau lamb at nanti kena nail cruise yang harganya 5 Kali ganda lebih mahal...hohohoo...tongkang cuma 40ribu tapi cruise itu 200ribu. Dalam pukul 12 lebih rupanya tongkang dah berjala. Nak tak nak kami xde choice lain kena jugak naik cruise yang mahal itu.oklah lebih selesa dapat tempat duduk, ada aircond, TV dan perjalanan lebih cepat.


    Pulau kecil di pantai pasir perawan


    Kat pulau pari tu ada pantai yang cantik namanya pantai pasir perawan. Airnya juga bersih, siap boleh nak naik sampan atau kayak kat situ..so kami bergambar dan bdrbain main dengan air patai sampailah pukul 2.115 petang.




    Balik nail cruise ni. Dah macam betul2 tourist is dah. Kalau naik ni turun kat marina beach, ancol Jakarta.


    Ok bye Pulau pari. Panjang umur ada rezeki jumpa lagi....wdlauoun perjalanan singkat tanpa sekarang proper plan tapi alhamdulillah I think it worth my day with my girls :)


    *gambar baby xda kaitan but then I cannot remove it from this post and I don't know why. He is a baby that I resuscitate this morning. A newborn baby :)


    Ok till then, bye :D


    Saturday, September 8, 2012

    Selamat hari raya Aidilfitri 2012

    Assalamualaikum.....


    baru nak update cerita beraya....masih bulan syawal kan?ok lettew! saya pun masih dalam mood puasa 6..awal-awal tak puasa sebab nk makan semua benda sebelum balik jakarta *semua bendalah sangat kan* lagipun kat rumah takde internet kalau ada yang update waktu cuti tu pun pakai hp tak pun broadband kakak yang lembap kemain ataupun abang rajin nak buat wifi...tapi seminggu sekali pun belum tentu..huhuuu


    selamat hari raya aidilfitri, taqabbalalah minnawaminkum...harap maaf segala salah dan silap sama ada sengaja dan tidak, bukannya time raya je nak minta maaf sebenarnya....tiap2 hari dan tiap kali buat salah mesti minta maaf :D

    seperti biasa setiap tahun mesti raya rumah tok dekat jelapang, ngehh...satu satunya nenek yang ada...datuk nenek belah abah semua dah meninggal dan datuk belah mak juga meninggal masa 2006...semoga mereka aman di sana, jom sedekahkan AL-Fatihah, bukan saja kepada datuk nenek saya tapi kepada semua muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia, semoga mereka berada dalam kalangan orang-orang yang beriman, insyaAllah...

    adik tgh bakar lemang

    berbalik kepada cerita saya, raya tahun ni keluarga kami pakai baju tema purple di hari raya pertama..ok sebelum tu nak dijadikan cerita tahun ni kat kampung tu buat sembahyang raya awal berbanding biasa, saya kakak abang dan adik yang memang biasa pergi lambat pergi macam biasalah...tapi, kami tak dapat masuk pun dalam masjid..ya rabbi, ramai betul jemaah tahun ni...semua anak cucu balik kampung gamaknya, sebenarnya boleh je kan letak sejadah solat kat luar tu tapi tak ada inisiatif langsung makanya kami pulang tanpa solat raya hari tu..sadis tak?hohooo...



    tema pink, kuning, purple....satu keluarga satu tema..hehee


    pagi tu family kitorang buat nasi dagang...yummms!! lama gila dah mengidam nak nasi dagang, apatah lagi masak sendiri dengan nasi yang perh sedap dan kari yang menyegat memang tak sah kalau makan tak menambah...satu lagi tahun ni saya yang jadik tukang perah santan untuk lemang, rendang, kari agak banyak jugaklah mak oii...sampai sekarang macam agak trauma nak mesin kelapa yang pakai mesin putar2 tu haa...bukan apa, dah ada kejadian 2 tahun lepas yang jari hampir terputus *hiperbola* sebab kena mesin...tapi sumpah sakit gilaaa..terkoyak rabak isi kulit jari gua, bole bayangkan tak? :( sampai sekarang adalah parut sikit..huhuuu



    lepas semua orang pulang, macam biasa perkara wajib bersalaman dengan semua ahli keluarga, dapat duit raya dan bergambar..heheee...lepas tu baru berziarah rumah sedara mara, tapi hari tu keluarga adik nenek beramai ramai bertandang...ramailaaaa...full house gitew!


    siblings!!heheee..ehh mana lagi 2 orang ni, tak cukup geng ni...kakak sulung dgn adik bongsu kemana haaa..

    lepas tu kami ke rumah mak cik adik kepada abah jumpa mak sedara ngan cousin semua...wahh da besar2 semua sepupu aku ni haa...

     8 orang semuanya adik beradik diorang, mana lagi 2 orang berjalan ke mana pun tak tahulah...oh yaa, yang sulung tu pergi beraya dengan tunang dia katanyaaa..tahulahh ambe..haha...


    with the one and the only cousin aku yang sebaya, dah nak kawin jugak nii...ohh rasanya dulu kami sama tinggi je, mungkin dia pakal heel tinggi agaknya aku pakai flat,hahaaa...lagipun dia dah kerja buat apa tunggu lama-lama ye dak? :D


    petang tu pergi ziarah adik beradik nenek dan keluarga sampai maghrib baru pulak...perut tak payah nak katalah, rasanya lebih kurang 5 buah rumah tu dah cukup untuk membuatkan perut kitorang ni bloated penuh!! almaklumlah raya pertama, nafsu makan membuak buak tinggi semua benda nak makan kannn...inilah waktunya org yang nak naikkan berat badan boleh ambil inisiatif, tp yang nk kurangkan cemano?tu yang jadik masalah tu...macam dipam pam dah jadinyaaa...


     we are sisters!!nak pergi beraya 2nd day :)

    masuk raya kedua orang dah ramai buat majlis kenduri kahwin dan rumah terbuka sana sini....daan aku ada yang tak ikut pun, stay kat rumah layan rancangan raya..heheee...ok that's it!!thanks for reading :)







    Monday, August 27, 2012

    cuti, raya, rumah terbuka, kenduri.....

    Assalamualaikum.....

    Sekarang sudah syawal ke-9 kan?? apa khabar semua?heheee...sekarang baru dapat nak corat coret sedikit, inipun update via blackberry je...hehe...amacam raya? Best? Ada cerita menarik?hohooo



    Raya tahun ni macam biasa saja masak lemang ketupat tapai..pasang langsir,ohh tahun ni tak dapat solat raya sebab satu saya lambat satu hal lagi masjid penuh dengan orang...takde tempat langsung nak duduk dan solat..ermm, ramai betul anak cucu yang pulang...tahun sebelum ni pun ramai jugak tapi takdelah sampai macam tu sekali...



    Rasanya cuti kali ni paling banyak aktiviti yng saya buat kranay takdelah duduk rumah sesaja makan tido tengok tv goyang  kaki kan.. saya join iftar alumni, jd fasi program, jadi panel forum, pergi wedding kwan, ziarah sanak sedara dan banyak lagi...duduk umah bsuh baju jmur lipat, kemas rumah dan memacam lagi..



    Nak update skit saja dan tkde gambar pn...nanti saya cerita lebih lagi ada gmbr pakai lappy best sikit...ok thanks for reading.. salam adilfitri!

    Sunday, August 5, 2012

    Puasa ke Raya

    Assalamualaikum.......




    perasan tak dalam setiap post saya beri salam...hee, bukannya apa..kan beri salam tu sunat dan jawab salam tu wajib okey :) jadi apa salahnya saya nak kutip amalan sunat pada setiap kali orang baca entry yang saya tulis dan korang janganlah lupa pulak nak jawab salam yee..bak kata maria elena "kalau jawab sayangg kalau tak jawab dosaa" heheee


    okey saya sebenarnya banyaaak benda yang nak tulis namun bila ditangguh dan lama tak menulis jadi macam dah tak tahu nak tulis apa...pun bolehh kan...apapun Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 16 kita semua berpuasa dan hanya tinggal 14 hari sahaja lagi sebelum kita menyambut hari raya aidilfitri di 1syawal...lagu-lagu raya dah mula berkumandang di radio-radio, masuk kedai pun dengar lagu raya, takpun sibuk shopping baju, barang keperluan raya dan buat keperluan raya sampai kita semua lupakan Ramadhan.......




     jom sama-sama mencari malam laitatul Qadar tapi kan macam dah jadi trend Malaysian kan, baru puasa separuh jalan tapi dok pung pang pung pang pasal raya, jualan sempena raya sana sini, majlis berbuka puasa sana sini....nampak sangat kita ni sangat menantikan hari raya tu padahal bulan Ramadhan ni bulan yang sangat mulia, bulan untuk mengejar pahala berganda-ganda tapi kita semua lupa T_T  


    saya menulis ni bukan sebab orang lain, tapi sebab diri sendiri juga....walaupun saya hanyalah ala kadar saja takdelah meriah beli itu ini tapi masiiiih pemahaman tentang hari raya tu masih belum dapat ditukar, mungkin sebab dari kecik dah biasa yeay raya!yeay raya!!!biasalah kan kalau raya dapat duit raya, baju raya, selipar raya, tudung raya beg raya!!bak kata semua benda nak barulah...tapi bila dah besar ni rasa macam semua benda tu biasa-biasa saja..entahlaa...


    mungkin sebab dah besar kot, rasa macam raya bila dah umur 20-an ni lain sikit...pemikiran pun dah lain mungkin dah lebih matang..heeee ^^ kalau kecik-kecik dulu kalau puasa penuh dapat upah duit raya banyak, biasalah budak budak kan...kalau tak buat macam tu tak nak puasa yedak? hahaaa..tapi ingat lagi pernah dahaga sangat masa kecik dulu ponteng puasa ikut sepupu minum air sejuk dalam fridge masa cuaca panas...ya Allah rasa masa tu nikmat sangat..hahaaa..korang pun mesti pernah macam ni kan??hahaaa


    bila dah besar ni ingat balik semua kisah lama tu rasa nak gelak sorang-sorang pun ada, rinduuuu zaman kecik dulu..zaman tok ayah ada lagi...kazen yang sebaya tu dah nak kawin raya ni, hohooo...lepas sorang sorang kahwin kan, bagus jugak kawin awal....mengelakkan benda-benda yang tak elok terjadi kan...kita suka tengok orang lain dah ada pasangan, semoga perkahwinan mereka berkekalan dan dirahmati Allah S.W.T


    rasa macam dah nak kene out ni, apapun saya cuma harap kita semua dapat fikir tentang puasa dan raya ni...cuba buat anjakan paradigma dalam pemikiran kita, tak semestinya tak boleh bergembira nak raya cuma janganlah berlebih lebihan sampai melampau dan membazir kan...kita kejar sebanyak banyaknya pahala di bulan mulia ni dan kita sambut hari raya nanti sebab nak raikan kemenangan kita berjaya puasa..yedak?heeee...


    oklah, till then!!! selama berpuasa, berbuka dan berterawih....makan sedap-sedap jangan lupa orang di sini yee..


    p/s: tak sabar nak tengok final perlawanan badminton malam ni,Datuk Lee chong wei vs musuh tradisi, Lin Dan...semoga kemenangan berpihak kepada Malaysia untuk emas pertama..hee :)


    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...