Assalamualaikum...
setelah sekian lama tidak menekan papan kekunci, berceloteh dan mencurahkan idea kat blog kusam lagi tak sememeh ni rasa macam pelik pula nak menyusun ayat..haaaaaaa..kalau korang pernah baca blog ni sebelum ni mesti taw yang gua sekarang tengah bertapa di rumah sambil menjadi bibik sambilan..
sebelum ni dah exam dalam sebulan lebih lepas tu pergi BTN dalam seminggu dan terus balik rumah..kat rumah ni pulak memang takde internet , masa exam tu memang mengurangkan penggunaan internet dan aktiviti yang me'lagha'kan..kalau dulu sehari tak buka FB atau blog rasa macam ada sesuatu yang tak kena je tapi bila dah lama kelamaan tak buka jadi macam biasa je..
disebabkan beberapa masalah ni jadi gua rasa memang gua akan menyepikan diri dalam beberapa bulan ni, yeah inipun gian lama tak online pergi gak cc ngan adik gua..pepagi hari sekolah ni memang xde orang dan internet ni pulak laju memanglah best kan..tapi memang macamtulah kan, bukannya apa cuma malas nak pergi walhal xdelah jauh mana pun..dok rumah lagii best..
apa yang gua buat kat rumah macam biasalah, bangun pepagi basuh baju jemur baju..lepas tu tengoktv sat dan kemas rumah..tengok-tengok dah tengahri apa lagi masuk dapur lak, masak lauk nasi dan sayur apa-apa ajelah yang boleh dibuat dah petang...tengok tv lagi, macam-macam cerita gua tengok sepanjang cuti ni habis pi layan....citer korea lam lappy tu tak habis lagi tengok, itulah sebelum cuti bagai nak rak pergi copy campai nak pecah hard dics...
sepanjang cuti ni jugak gua banyak layan bola, dengan perlawanan pusingan 1 dan 2 malaysia ke piala dunia dan jugak perlawanan persahabatan dengan Arsenal, Liverpool dan Chelsea habis gua layan..baru boleh tengok bola puas-puas sebab sebelum ni asyik busy je manjang dok ngadap buku dan assignment..apepun gua frust dengan perlawanan harimau malaya menentang singapura semalam..gua rasa depa boleh buat laghi baik, dahla pemain feveret gua safiq rahim kena kad merah, aidil zafuan ngan norshahrul idlan talaha (mat yo) pulak cedera..aduyaii, harapkan safee sali la sekarang ni, tapi gua yakin stadium bukit jalil pasti bergegar semasa perlawan dengan singapura nanti..perh, gua pulak cuak =.=
pasal dok kat rumah pulak gua sekarang ni rasa dah layak kawin kot, kahkahkah...macam-macam dah gua masak kat rumah tu, masak merah, gulai, sayur dan macam-macam lagilah...dulu-dulu kalau masak pasti ada je yang tak kena dan macam xde orang nak makan kalau gua masak, sekarang ni habis licin diorang makan..sememangnya tengok orang kenyang makan dengan hasil tangan kita masak memberi satu kepuasan yang tidak terhingga begitu juga kalau jahit baju..kalau gua tengok baju yang gua jahit tu orang suka pakai memberikan satu kepuasan yang tidak terhingga...
dalam masa seminggu lagi seluruh umat islam akan menyambut kedatangan bulan yang penuh berkat iaitu bulan ramadhan al-mubarak, cepat betul masa berlalu kan..tuptup dah nak raya lagi, tapi tahun ni kali pertama dapat berpuasa penuh kat rumah..biasalah sebelum ni kan dok asrama, dok kolej ada kelas semua balik pun jarang-jarang...dan result exam jugak kuar dalam tengah bulan puasa, berdebar-debar rasanya...apapun gua hanya mampu bertawakal dan berdoa kerana gua yakin sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya...jangan sesekali menyalahkan takdir dan percaya kepada qada' dan qadar, insyallah.....
rasanya leteran pun dah panjang ni dan sesapa yang baca sampai habis ni memang anda pembaca yang mantop!!biasanya orang malas nak baca panjang-panjang cenggini tapi gua memang kaki membaca so tak hairanlah gua boleh baca novel setebal 500 muka surat dalam masa sehari, tapi tengok atas ceritalah kan, kalau bosan boleh mengantuk juga...insyallah ada masa gua update lagi..
p/s: baju sahabat blogger gua baru dapat semalam...apesal saiz m besar gedabak???hurmmmm...
4 comments:
waah2.. tekunnya dok kat rumah..
hehe..
bagus2.. bila lg kan dok rumah.. tlong yg mna yg ptut.. :)
budak ppuan kan bese pakai baju saiz s..hehehe
takpe dear..
rehat2 dulu tau :)
tak sabo nak sambut ramadhan kan :)
berapo sorangg????????????
Post a Comment