Monday, May 28, 2012

Resepi homemade nasi impit dan kuah kacang

Assalamualaikum.....




Dah lama tak berkongsi resepi kan, heheee...kali ni nak kongsi resepi nasi impit dan kuah kacang saya buat sendiri...first time ni taw, sebelum ni tolong-tolong saje kat dapur, berdasarkan apa yang saya ingat mak pernah buat dan google keluarlah resepi sendiri..hihi nasi impit kuah kacang Jaa :D








KUAH KACANG


bahan-bahan

  1.  5-10 biji cili kering (kisar, suka pedas letak banyak)
  2. 4 ulas bawang putih (kisar)
  3. 1 biji bawang besar (kisar)
  4. sedikit halia (kisar)
  5. 200 gram kacang tanah
  6. sedikit asam jawa
  7. 1200 ml air
  8. gula dan garam secukup rasa
cara-caranya

  1. goreng kacang sampai garing kemudian separuh kisar kasar dan separuh lagi kisar halus
  2. masukkan bahan-bahan no.1-4 yang telah dikisar ke dalam minyak panas dan kacau sampai wangi
  3. masukkan kacang yang telah dikisar tadi dan kacau
  4. masukkan separuh daripada air kacau dan biarkan di atas api yang sederhana kecil selama 1/2 jam
  5. masukkan lagi air sedikir demi sedikit dan kacau sehingga ia pekat
  6. masak semua bahan-bahan sehingga ia pecah minyak, bertukar warna dari perang menjadi merah
  7. masukkan bahan perasa seperti gula, garam dan asam jawa

NASI IMPIT

basuh beras sebanyak mana yang kita nak, masukkan ke dalam plastik tutup supaya beras tak keluar dan buat lubang-lubang..rebus di dalam periuk dengan air yang banyak agar semua beras tenggelam dan rasanya lembut...


tunggu dah sejuk nanti bolehla potong segi empat dan makan dengan kuah..perh!!

gambar hiasan

senang kan??heehee...ada orang yang tambah lengkuas dan serai...tapi sebab hari tu takde saya masuk apa yang ada je...nasi impit saya kurang menjadi hari tu mungkin sebab air tak cukup banyak...lain kali kena rebus dalam periuk besar agar semua beras dalam palstik tu tenggelam dan potong masa dia dah sejuk untuk hasil yang lebih memuaskan...


walaupun tak berapa sedap, saya kasi jugak orang lain makan dan mereka beri respon positif..yeay!! kena buat banyak-banyak kali baru jadi kan..hehee :)


selamat mencuba!!



2 comments:

MadhiahMohdGhazali said...

bestnyoooo kat! nok buat jugok laaah!

siti khadijah said...

@mama madhiah- hehee...buat2, bulih makan ramai2 :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...