nuffnang

Saturday, May 19, 2012

orang penuh sesak di Tanah Abang

Assalamualaikum.............


hari khamis hari  tu cuti umum kat kampus aku, sempena kenaikan yesus kristus kalau tak silap aku....aku pun tak pasti sangat...so aku dan dua lagi member ke tanah abang sebab nak ambil jersey kami dengan si bapak penipu besar....janji hari-hari tapi semuanya kosong semata-mata..haihh, kami tempah sebelum futsal piala dato' duta lagi kot...sampai sekarang tak dapat nehh...dah dekat dua bulan, nampak sangat permainan dia nih..sakit hati pun ada..sigh!




tanah abang


Tapi bukan benda tu yang aku nak cerita sebenarnya....tapi nak cerita yang orang penuh sesak dekat  sini kalau cuti umum macam tu, ermm biasanya aku pergi jugak hari sabtu tapi tak pernah orang penuh macam ni sekali....dah banyak kali aku pergi sini sebenarnya nak teksi kalau tak macet ke apa tak sampai stengah jam boleh sampai...biasanya kedai-kedai kat sini bukak pukul 10pagi dan tutup pukul 4 petang, kejap jee...






kitorang sampai dalam pukul 11 camtu tengok ya rabbi orang penuh sesak dah...sampai nak tengok barang pun tak dapat, bukan setakat nak tengok barang nak bernafas pun susah...hadoii...tempat ni ada 12 tingkat dan tingkat paling atas tu masjid, boleh tahan besar la masjid ni...kami pun jalan sampai jumpa tempat untuk bernafas, fuuhh!!! pening kepala dah kena tolok tolak cmtu sekali...






itu time nak tengok barang, masa nak makan memang penuuuh tak boleh nak kata lah...meja nak makan tu kena tunggu orang siap makan bukan setakat sorang tunggu, lepas dia ada lagi..jadinya orang nk makan pun tak tenang dah ada yang menunggu nak duduk...makanan kalau order yang pelik-pelik tunggulah lama gilaa kot nak dapat, sebab penuh semua orang kat kedai aku ambik jela texus chicken, pening kepala dah dengan suasana yang penuh sesak tu..KFC, MCD, kedai makanan lain semua penuhh...bukan setakat tunggu meja ramai lagi beli makanan makan sambil berdiri dan duduk atas lantai macam berkelah da aku tengok...wuuu,kesian pun ada...tapi apa boleh buat, memang tak cukup tempat da...





nak naik lift pun satu hall...ramai betul yang tunggu nak naik padahal dalam lif tu dah penuh orang, so sekali boleh naik sorang dua..aduyaii, yang sangat kelakar hari tu kami bertiga masuklah dalam lift tu tapi sangaat full sampai pintu tak boleh tutup...kemudia dua orang mak cik keluar, still pintu tak dapat tutup lebih muatan, aku fikir nak berkeras tak nak keluar sebab kami kan bertiga..suruh yang sorang-sorang tu keluar tapi sorang pun tak nak keluar..rasa macam lawak gilaa tekan-tekan tak nak tutup pintu...akhirnyaa, kami buat keputusan untuk keluar..wuwuwuwuwuwu :(  takpelah kita beralah dan naik eskalator...nasib eskalator kan kalau naik tangga biasa boleh semput..huhu....






kisah time aku nak solat pun satu hal jugak...arhh, kenapa rasa macam stress sangat hari tu...ruangan untuk perempuan kan kecik je kat atas tu, tapi biasanya aku pergi tak pernah sepenuh itu..kali ni penuh sangat sampai takde tempat untuk solat...so terpaksa tunggu tapi telekung pulak takde, itulah lain kali nak keluar kena bawak telekung sendiri...bukan setakat meja makan je orang cop tapi siap telekung ada lepas dia orang tu then orang ni..hadoii, lama aku tunggu nak dapat tapi tak dapat jugak :( last sekali buat keputusan solat dengan baju, nasib hari tu baju agak labuh pakai stokin semua so masih layak untuk solat...haa, inilah bagusnya pakai baju tutup aurat, kan senang boleh solat pakai baju yang kita pakai waktu tu je...aku agak was-was sebab tudung aku tak cukup labuh walaupun baju dah labuh tapi disebabkan masih menutup aurat dan memang terpaksa jugak aku layankan jua..huhuuu..





ni masjid...gambar time aku pergi takde orang..hari tu penuh manusia di segenap sudut tiang dan kawasan masjid ni, boleh bayangkan tak???kawasan kosong ni semua penuh orang..wuwuwuwuuw...






lepas dapat jersey dan beli kasut dan beberapa baju kami terus balik, wohhh penat bukan apa sebab lemas dengan orang yang sebegini ramai dan nak pilih barang pun susah...lain kali janganlah pergi ke sini waktu cuti umum, pergilah time orang kerja...nak tawar barang hari ni pun susah sebab kan dia tengok ramai orang, kita tak beli pasti ada lagi yang beli..tu keburukan dia...kawan aku siap sakit-sakit dah time nak balik tu, dapat virus sape tak tahulah dalam ramai-ramai tu kan...






rasanya itu je cerita buat kali ni..heheee...thanks for reading! :)






Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...