nuffnang

Saturday, May 12, 2012

Mafest '12 l part 1

Assalamualaikum......



Alhamdulillah Mafest '12 Malaysia  Festival di Indonesia, Jakarta dah berlangsung dengan jayanya hari ahad yang lepas....banyaaaaaaaak sangat mende yang berlaku sebelum, semasa dan selepas Mafest ni tak kiralah mende best dan yang tak best....mulai dari awal perancangan sampailah penyudahnya, dalam setiap detik ada cerita suka dan duka....Tapi rasanya tak perlu kot semua cerita dalam kain nak kibas-kibas kat orang, mana boleh kongsi kita kongsi kayh!...ok aku divide jadi dua part iaitu sebelum Mafest dan semasa Mafest sebab macam panjang sangat je jadinya entry ni nanti :D


memandangkan aku adalah salah sorang dari komiti Mafest, dan aku sorang-sorang wakil 2011 maka memang banyak kali jugaklah meeting yang dibuat untuk pembahagian kerja dan melancarkan semua perancangan....itu pun ada beberapa kali aku skip..huhuuu.....lagipun aku ni ajk kecik-kecik je, just tolong mana-mana yang mampu....kami satu batch yang hanya ada 14 ketul ni kena bukak gerai dan buat performance....aku dah naik buntu nak jual apa, sape nak jual sape nak perform sebab at first macam semua orang malas nak ambil kisah...nasib baik aku bijak menggunakan kuasa veto dan menjadi ketua suruh mereka ambil kisah jugak..hahaa :p


mula mula cadang nak buat itu ini tarian, sketsa hape benda lah kan..time tu macam agak busy...lahaii...gua naik buntu, lepas tu nasib Angela dan Ali setuju nak buat duet lagu joget Melayu...ingat lak kitorang buat performance koir masa time awal-awal datang sini dulu...lawak gila, haihh...

 ni tengah prektis kat depan rumah aku, malam sebelum rehearsal Mafest...diorang ingat perform  saja-saja padahal sebenarnya ia adalah dalam bentuk pertandingan, cuma di beri persembahan terbaik gitulah..

ok nak sambung cerita pasal gerai, kami bertujuh bukak 2 gerai yang jual memacam...perancangan awal hanyalah mee kari, air, donut dan keropok lekor tapi tambah popiah, tambah lagi tauhu sumbat, lagi dan lagiii...mula-mula rasa macam cuak sempat ke nak buat semua ni kan...mana nak buat itu ini, mana nak masak mee kari, popiah, bila nak gentel keropok lekor...nah tengok apa yang kitorang jual...


banyak gilaaa kan??haaahaaa..lepas satu menu tambah lagi satu, tu yang jadi banyak tuu

ok lah aku nak story sikit, kan kami bukak gerai hari ahad tu kan, jadi hari sabtu tu dah nak kene setelkan la barang mana nak masak apa semua kan...pepagi sabtu tu aku pergi pasar dalam pukul 6 pagi kononnya  nak cari ikan segar untuk buat keropok lekor dan mungkin bole dapat lagi murah...tapi serius i told u guys, ikan kat sini mahal benor..bukan setakat ikan semua benda kat Jakarta nih jauh mahalnya padahal beli kat pasar biasa je pun -,- ikan kembung kalau convert RM dalam 10 ringgit sekilo, aku rasa mak aku beli dalam 3 ringgit je kot...dulu laa, sekarang kalau ikan kat Malaysia especially ganu pun dah naik jugak tak tahulah...


aku pergi dengan senang hati dengan membawa checklist barang yang nak dibeli dan purse...tak ingat dah bawak kunci, member aku kelas pukul 7.30...bila aku dah balik, dia da kunci pintu...huwaaaaa (T_T) dia ingat aku bawak kunci so aku stuck outside, tak bole masuk bilik...sepatutnya kelas pukul 9 aku dah terpaksa skip busuk gila bau cmne nak pegi kampus...apa nak buat kat luar tu so aku pun siang ikan kembung tadi sorang-sorang wehh..5 kilo tu gila tak..haahaa...dah naik luka tangan aku nih kena sirip ikan atau tulang kalau tak silap...


 


 aku tengah buat popiah...sayang sangat popiah kitorang tak laku, banyak kot -,- letak dalam fridge pon xdapat diselamatkan sebab kan letak telur so inti dia cepat basi..huhu...time ni nak pergi kedubes (kedutaaan besar) mana nak tolong masak lagi, rasa macam bersalah, dilema...kalau tak pergi langsung kan macam tak sedap hati pulak dahla aku tak tolong apa pun...tapi rasa bersalah dekat member yang tengah buat keje kat rumah sebab kitorang ada yang perform jugak so mmg tak cukup orang...


 yang ni dekat hall kedubes....aku adalah tolong sikit-sikit walhal aku pun macam blurr apa sepatutnya aku buat...ohh, kerja yang sepatutnya aku buat aku xdapat pun tugasan tu, so aku pergi untuk tolong mana yang patut...itupun balik awal sebab masih teringat mende yang nak jual tu tak settle lagi :(


ok ni dalam dewan, walaupun gmbr shaking ke apa lantak!!haahaaa....bangga weh bendera Terengganu berkibar megah di Jakarta...haaaha...tak lupa juga bendera negeri lain :)

 ini indian dance from my batch....diorang buat opening act, prektis dalam rumah je sampai aku dah bole hafal lagu chammak callo tu..haha

balik rumah malam tu keje aku rebus keropok lekor....alhamdulillah masing-masing buat kerja yang dah ditetapkan walaupun ada problem sikit-sikit sana sini tu biasalah...nama pun kerja dalam satu team kan, penat stress semua ada...masa ni jugak perangai masing-masing terserlah, takpe kita boleh kenal kawan kita dengan lebih baik ^^

 satu bakul besar keropok lekor....4batang 3 ribu rupiah...mau??

 popiah yang dah siap digulung...tunggu nak goreng je

 half-cooked burger Malaysia....letak sambal bilis kat dalam :)

 siap pasang dapur gas lagi kat luar...

 aku ambik gambar ni lebih kurang pukul 4.30 pagi...masing-masing tak tido lagi nak siapkan semua benda ni...vais awal-awal buatkan kami kopi untuk tahan mengantuk...lepas subuh semua terbongkang tapi pukul 7 pagi da bangun..

 situasi sebenar ruang tamu kami malam dan pagi tu...gila kan???penat...sungguh penat...

 yang tu donut dan mee....mee tu satu bakul biru tu tak habis, bukan apa kuah kari tak cukup..sayang sangat!!! kamu bajet 100 magkuk tapi disebabkan tak berapa pandai nak bajet amount of kuah jadinya banyak tak terjual..hayoo!!ramai kot permintaan mee kari diorang cakap sedap!! tapi apakan daya kami budak baru belajar..tak ghetii nak bajet 100 mangkuk tu berapa periuk kuah...satu periuk tu tak cukup :(


gambar sebelum bertolak ke kedubes bukak pasar malam.....Alhamdulillah semuanya sempat siap tunggu nak goreng kat sana jelah....


tunggu sambungan Mafest '12 part 2 yeah :)







Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...