nuffnang

Saturday, May 26, 2012

persoalan hati..

Assalamualaikum......


Dah lama post ni bersarang dekat dalam draf, bukan apa perasaan dan hati sering bergolak kebelakangan ni seperti bergolaknya air yang sedang menggelegak...takut nak publish sebab takut aku menulis ikut perasaan, aku tahu mereka baca blog aku....aku tidak mahu merosakkan lagi apa yang telah rosak, membusukkan lagi apa yang telah busuk...aku mahu buang yang keruh, ambil yang jernih....nak tulis blog pun tak boleh emosional, pakai perasaan...pakailah hati...



sesungguhnya dalam diri manusia ada seketul daging, apabila baik daging itu maka baiklah seluruh tubuh...daging itulah yang bernama hati :D



soalnya hati sukar dimengerti...apa terjadi diluar kawalan diri...heeee suka lagu kak Erra Fazira ni...tapi betul kan, persoalan hati ini sungguh rumit, semakin dikaji dikorek semakin rumit kan...takde sape yang boleh tahu apa yang ada dalam hati kita, kita pun tak tahu apa yang ada dalam hati mereka...bukan semua yang mereka cakap, tunjuk tu adalah apa yang sebenarnya tersirat dalam hati mereka..hanya kita dan Dia yang mengetahuinya...


"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang" (Al-Raad : 28)


aku bukan pandai sangat, aku bukan tahu sangat....tapi aku suka mengambil tahu dan nak jadi pandai sebab tu aku suka ikut majlis ilmu, program-program yang orang buat, sebab aku yakin  mesti ada jugak ilmu dan pengalaman baru yang akan aku dapat...dua minggu lepas aku ada ikut satu daurah, pokok pangkalnya benda sama....tapi situasi, kawan-kawan pemberi ceramah yang berbeza tu buat benda tu jadi berbeza...kita ni manusia, sering lupa dan mesti selalu diingatkan...bukan apa, ramai dalam kalangan kita yang tahu dan ada ilmu tapi tak amalkan sebab kita tak rasa benda tu perlu pun..dan kita lupa, sebab tu kena rajinkan diri melangkah biar muhasabah diri sikit...kikis tanduk yang tumbuh dan bersihkan kotoran yang melekat..huhuhuu





credit google: hati sihat


ok kembali kepada apa yang saya nak kongsi hari ini berkaitan hati....umumnya manusia ni boleh dikategorikan dalam tiga golongan...


1) HATI SIHAT - hati yang sentiasa rasa tenang, bersih dan senang je nak buat apa-apa
2)HATI SAKIT  - rasa resah, gelisah tak tenang...suka mungkiri janji dan membazir
3)HATI MATI     - tahu dan percaya adanya kewujudan tuhan tapi tak beramal


jap kita duduk dan fikirkan kita berada dalam golongan mana...tapi kita manusia biasa, mesti ada kalanya sihat adakalanya sakit kan...tapi jangan sampai kita berada dalam golongan hati mati, nauzubillah....orang macam ni nak buat apa-apa ikut suka hati datuk nenek tiri ayah angkat dia je, dia langsung tak fikirkan tentang orang lain hukum hakam dan tidak boleh menerima teguran...


masa program ni ada tengok satu video, tak tahu rasa macam tersentuh sangat sampai boleh menitiskan air mata...huuuu, nampak!! pintu hati telah diketuk...tandanya hati sedang sakit dan mahukan ubat supaya sihat kembali dan mampu tersenyum..weeee (^_^)




credit google: hati sakit





antara sebab-sebab hati kita sakit dan jadi keras mungkin kita terlalu bergantung pada dunia dan lupakan akhirat...dunia adalah segalanya, kita mengejar kemewahan, kekayaan dan kebahagiaan di dunia dan melupakan apa tujuan hidup kita yang sebenarnya...takpun kita kawan dengan orang yang salah, siapa kawan kita itulah yang mencerminkan siapa diri kita...kalau kita kawan dengan mereka yang mempunyai hati sakit, hati kita mungkin jatuh sakit juga...ketawa yang berlebihan dan mendengar lagu-lagu melalaikan juga menjadi punca hati sakit...


kekadang bila kita selalu buat kemaksiatan dan kemungkaran, kita dah rasa benda tu biasa...tak rasa apa-apa pun semasa buat tu, dah jadi amalan tiap-tiap hari...orang yang melupakan mati juga adalah salah satu faktor hati sakit...kalau kita ingat sakaratul maut, kematian, kedasyatan hari akhirat mesti kita rasa takut nak buat benda tu semua kan (T_T)


ada penyelesaian ke tak??


pasti adaa....apa yang penting kita mesti kenal Allah dan mendekatkan diri kepada-Nya....ingat mati, sakaratul maut dan kedasyatan hari akhirat..kalau semua orang tahu dan faham memang takde lagi orang yang berani buat maksiat kan??MasyaAllah, betapa dasyatnya hari kiamat tu kan....marilah kita perbanyakkan zikir dan beristighfar untuk mengubati hati sakit supaya kembali sihat..yeay!! (^^_)


aku rasa hati aku ni masih lagi sakit dan perlu kepada ubat, penawar....


p/s: jom usha blog kawan aku ni  http://haziqjundullah.blogspot.com/   dan follow :D





Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...