nuffnang

Thursday, May 17, 2012

ketenangan jiwa dan kecelaruan identiti ~_~


Assalamualaikum...........



pernah tak anda berfikir tentang nasib, takdir dan semua mengapa anda lahir di dunia??kenapa anda berada di tempat anda sekarang??kenapa bukan dilahirkan dalam keluarga yang lain?? sungguh rumit bukan.........aku tak tahu kenapa fikiran sekarang ni sungguh bercelaru, setiap hari rasa stress rasa nak nangis (T_T)...rasa seperti kesunyian, tersisih dan tidak dihiraukan...Ya Allah...mungkinkah aku kini sudah jauh dari-Mu...




orang yang jiwanya tidak tenang mesti mempunyai masalah dengan penciptanya, aku petik kata-kata seorang kakak ni....setiap kali aku berfikir aku rasa stress ( memang aku selalu sebut stress kan) aku rasa nak balik kampung tanam jagung duduk senang lenang dalam bilik tidur without doing nothing....aku rasa nak terbang  pergi jauh dari semua orang dan duduk di sebuah pulau yang semua orang tak kenal aku, aku nak jadi orang lain dan mulakan hidup baru...tapi apa gunanya??nanti lama kelamaan peristiwa ini berulang kembali dan semestinya apa yang aku merepek ni memang takkan jadi kenyataan pun -,-




manusia....banyak orang banyak ragam...kita tak dapat nak puaskan hati semua orang, nak senangkan hati semua orang...kita manusia biasa je, tak ada apa-apa semua yang ada sekarang ni pinjaman semata-mata...kalau Allah nak tarik sekarang pun semua benda Dia boleh buat, kun fayakun!! sekarang ni boleh je Allah nak bagi rumah terbakar, kau rentung dalam rumah tu, tak pun tengah kau berjalan seseorang langgar kau dari belakang jadilah kau lumpuh seumur hidup...senang kan??Allah itu maha berkuasa, maha kuat..Dia boleh je nak buat apa-apa sekalipun kau tak pernah mejangkakan benda tu akan berlaku....


rindusangatwalaupungambarsangatlahblurr -Form 1, 2004-


sejauh mana pun kau melangkah, sebanyak mana pun duit kau ada, setinggi mana pun kau belajar, kalau jiwa kau tak tenang, resah gelisah....semuanya hanya sia-sia....ketenangan dan kebahagiaan itulah yang lebih penting, lebih berharga sebab dia teramat mahal dan memang tak boleh dibeli di mana-mana....janganlah kita fikir nak ubah dunia, negara, masyarakat kalau kita sendiri tak pernah pun nak berubah...semua benda bermula dari benda yang kecik, lama-lama jadi besar...kalau menyimpan tu sikit-sikit baru lama-lama jadi bukit..sama jugak dengan belajar, kita tak boleh nak hafal satu buku tu sehari, tapi tiap-tiap hari belajar sikit-sikit...bila dah tiba waktu exam satu buku tu insyAllah dah boleh khatam :)




kalau aku tanya apa benda yang boleh buat jiwa kau tenang????apa kau akan jawab??




adakah bila kau rasa stress kau nak hisap rokok??keluar berjimba dengan member, merempit naik moto laju-laju tanpa langsung menghiraukan risikonya??karoke non-stop sampai suara serak? pergi pantai tengok keindahan alam, panjat gunung, tengok movie?makan?atau kembali kepada yang maha pencipta?



tepuk dada. tanya diri.



aku tahu aku bukan budak baik dan aku bukanlah budak jahat.... aku tak pandai nak jadi baik macam kau  tapi aku bukanlah nak ikut kau berfoya-foya keluar sampai lewat pagi. tidak... aku nak jadi diri aku, tapi siapakah aku yang sebenarnya???aku rasa itu mungkin salah satu sebabnya, aku sendiri pun belum kenal siapa diri aku sebenarnya...aku rasa bercelaru, patutkah aku buat menda ni, tak buat menda tu?? mungkin masih lagi mencari identiti diri...tapi sampai bila? aku dah masuk tahap umur dewasa kot -,-




tiap kali aku buat menda baik, kenapa perlu timbul persoalan "kenapa aku buat mende ni, adakah sebab aku nak tiru dia supaya aku tak rasa pelik dan janggal bila bersama dia..tidakkah aku hipokrit??" tapi setiap kali aku ikut kawan yang so called 'melalaikan' aku mulai terfikir "aku tidak sepatutnya berada di sini, aku tak suka berada di tempat sebegini dan bergaul bersosial beramai-rama sebegini" ohhh...memang kecelaruan identiti sungguh, aku rasa orang lain pun mungkin ada yang rasa macam aku ni, ke aku sorang je??hurm....




orang cakap, kawan kita adalah cermin kepada diri kita....siapa kita adalah dengan siapa kita berkawan...nak jadi baik kena kawan dengan orang baik dan kalau kita ikut kawan yang kurang baik dengan kita sendiri akan terlibat buat menda yang tak baik tu....tapi aku ada macam-macam jenis kawan,  tapi takdelah aku nak ikut mereka semua...




aku pun tak tahu aku tulis pasal perkara macam ni pagi-pagi hari ni, aku pernah bagitahu seorang kawan baik yang aku hanya kenal dia melalui Yahoo Messenger (sumpah aku tak pernah tengok muka dia dan tak berapa kenal dia siapa tapi kami selalu berhubung kongsi pengalaman, idea, masalah dan cerita..pelik kan??) dah dua tahun aku hanya jadi kawan chatting dia dan aku hanya tahu sedikit latar belakang dia....kita lebih berbincang mengenai perkara lain...


hidup ini penuh dengan warna-warni...buatlah pilihan sendiri...


dia cakap aku kena jadi seorang yang fleksibel dan bijak...kalau masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang harimau mengaum ye dak??kalau kau pergi majlis formal kau pakai baju kurung, tapi main sukan pakai pakaian sukan...lebih kurang macam tu lah nasihat dia, aku cerita yang aku mengalami masalah kecelaruan identiti sebab ada waktu ketika aku rasa aku sangaaaat baik (tak perlu kot cerita apa yang aku buat) dan kadangkala aku rasa nak bebas dari semua tu, aku rasa malas dan aku nak enjoy malas nak ikut program...tidakkah itu sungguh berbeza? 




adakah aku hanya berlagak baik dan hipokrit, padahal sebenarnya tidak?? so dia cakap aku kena ada pendirian, jangan terlalu mengikut orang tapi tahu batasan dan prinsip diri....kita hidup dalam masyarakat jadi kita kena adaptasi dengan keadaan apa yang kita tengah lalui sekarang...kita boleh cuba berubah sikit-sikit paksa diri buat benda baik tu sampai satu saat kita akan terbiasa dan suka buat benda tu...bukan lagi paksaan sesiapa...kalau kita tak suka math sebab kita tak pandai, tapi bila dah paksa buat hari-hari dan betul-betul faham bila dapat jawab soalan dan markah tinggi mesti kita rasa best dan suka kan??hurm...




hanya aku yang tahu siapa aku yang sebenar, dulu dan sekarang... kamu mungkin kenal aku yang dulu atau mungkin baru kenal aku sekarang.....kawan boleh datang silih berganti tapi keluarga hanya satu, tiada duanya...



aku rindu family di Malaysia...



jangan nak judge orang kalau kau tak kenal dan tak tahu kisah sebenar...
entry yang ditulis dengan penuh kejujuran ^^




Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...