nuffnang

    Showing posts with label hati. Show all posts
    Showing posts with label hati. Show all posts

    Tuesday, September 17, 2013

    cukup ikhlaskah aku?




    hidup.life.

    kenapa kita hidup?kenapa kita di sini? lepas hidup nak buat apa?

    kenapa Allah uji aku? kenapa bukan orang lain?

    kenapa dia nampak happy?kenapa aku sering ada masaalah?

    persoalan kenapa dan mengapa?

    ehem.

    kita seringkali mengeluh.
    kita selalu rasa dunia ini tak adil.
    kita sering rasa yang kita sering diuji.
    kita selalu cemburu dengan orang lain.


    seringkali, acapkali dan berkali kali persoalan ini akan bermain-main dalam fikiran. itulah masalah kita, masalah hati. sering merasakan diri sendiri selalu tidak dipandang, selalu dianggap tak berguna.

    Allah uji kita sebab Allah sayang kita. Allah rindu nak dengar rintihan kita.

    ya. acapkali aku menangis.banyak sebab yang membelenggu.
    tapi itulah, perasaan yang tak terluah itu kekadang membengkak dalam dada dan membuatkan dada sesak.
    sekali kalau keluar takut terhambur semua, bercampur dengan nafsu dan syaitan.


     astaghfirullahala'ziim..ini ke yang kau belajar selama ni? ini ke yang kau dapat dari bulatan gumbira tu? pergi konferens riang tu? ini ke yang dikatakan sosok yang nak membina ummat. puiii. perangai pun lebih teruk dari aku. sentap bukan?

    iyaa...banyak orang di sekeliling, banyak orang yang memerhatikan kita. segala tindak tanduk akan diperhatikan tanpa kita sedar ataupun tidak. makanyaaa...sekecil-kecil benda yang kita buat pun akan dipersoalkan oleh mereka yang mungkin tak berapa nak faham lagi. kita manusia biasa kot -,-"


    bila ada yang sinis kita mudah terasa.
    bila ada yang mengata kita mudah melompat.
    bila orang mengeji kita balas balik.

    heh. itu ke qudwah hasanah? jauh panggang dari api.

    kena belajar untuk ikhlas. aku tau benda ni susah, aku juga masih belajar.
    takut sangat kalau takde ikhlas tu semua benda jadi sia-sia.
    yang ada hanyalah penat semata, habis masa, wang dan tenaga.
    mungkin popular di mata manusia tapi hina di mata Allah.
    nauzubillahimindzalik T_T

    kalau aku ikhlas aku takkan mengungkit.
    kalau aku ikhlas aku takkan ingat kebaikan yang aku buat kat orang.

    ya Allah aku mohon padamu.
    kukuhkanlah hati-hati kami semua
    supaya ikhlas dan semua amalan kami diterima.

    amiin ya rabbal a'lamin.


    semoga Allah redha ^_^ 

    Tuesday, August 27, 2013

    terima kasih :(

    tergerak hati nak buka. tetiba terbaca..

    tak perlu pun nak mention sesiapa. tak perlu pun nak mention tentang apa.
    aku bersusah payah buat benda tu..aku google, aku tanya orang, aku call.
    bukan nak mengungkit. bukan masalah menolong tapi masalah dia lain.

     i try my hard to help you. then what had u done?
    kau mengungkit yang aku dulu pun pernah buat benda tu.
    memang..aku dulu kaki bola, pagi-pagi bangun bukak tv tengok bola
    aku pergi stadium bersorak macam orang gila tak ingat apa..
    memang pun. aku tak pernah menafikan benda tu


    tapi kenapa nak ungkit?
    kenapa nak membezakan?
    kenapa nak cakap aku boleh kau tak boleh?


    astaghfirullah. aku sedih.
    sedih sangat.tak sangka T_T

    salah ke aku nak kau jadi baik?
    salah ke aku taknak kau buat benda tak baik?

    aku nak kita sama-sama berubah.
    aku tak kata benda tu salah.
    aku cuma kata kalau boleh elak kita elak.

    aku sedih kau labelkan aku begitu.
    aku tak sangka kau labelkan aku macamtu.

    sungguh aku takpernah berniat walau sedikit pun nak melukakan hati sesiapa.
    aku hanya mahukan yang terbaik, bukan untuk diri aku sendiri tapi kau juga.

    mungkin hati aku belum cukup bersih.
    baru disentap sedikit dah nak terasa.
    Allahu aku lemah T_T

    tapi apa aku nak cakap, terima kasih
    kau telah menyedarkan aku
    kau telah menyentapkan aku

    aku bukanlah orang baik
    aku bukan juga yang terbaik.
    namun aku nak berubah jadi baik.


    semoga Allah lapangkan hati aku.
    mungkin ini teguran halus dari Allah.

    terima kasih ya Allah ^^



    Saturday, May 26, 2012

    persoalan hati..

    Assalamualaikum......


    Dah lama post ni bersarang dekat dalam draf, bukan apa perasaan dan hati sering bergolak kebelakangan ni seperti bergolaknya air yang sedang menggelegak...takut nak publish sebab takut aku menulis ikut perasaan, aku tahu mereka baca blog aku....aku tidak mahu merosakkan lagi apa yang telah rosak, membusukkan lagi apa yang telah busuk...aku mahu buang yang keruh, ambil yang jernih....nak tulis blog pun tak boleh emosional, pakai perasaan...pakailah hati...



    sesungguhnya dalam diri manusia ada seketul daging, apabila baik daging itu maka baiklah seluruh tubuh...daging itulah yang bernama hati :D



    soalnya hati sukar dimengerti...apa terjadi diluar kawalan diri...heeee suka lagu kak Erra Fazira ni...tapi betul kan, persoalan hati ini sungguh rumit, semakin dikaji dikorek semakin rumit kan...takde sape yang boleh tahu apa yang ada dalam hati kita, kita pun tak tahu apa yang ada dalam hati mereka...bukan semua yang mereka cakap, tunjuk tu adalah apa yang sebenarnya tersirat dalam hati mereka..hanya kita dan Dia yang mengetahuinya...


    "Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang" (Al-Raad : 28)


    aku bukan pandai sangat, aku bukan tahu sangat....tapi aku suka mengambil tahu dan nak jadi pandai sebab tu aku suka ikut majlis ilmu, program-program yang orang buat, sebab aku yakin  mesti ada jugak ilmu dan pengalaman baru yang akan aku dapat...dua minggu lepas aku ada ikut satu daurah, pokok pangkalnya benda sama....tapi situasi, kawan-kawan pemberi ceramah yang berbeza tu buat benda tu jadi berbeza...kita ni manusia, sering lupa dan mesti selalu diingatkan...bukan apa, ramai dalam kalangan kita yang tahu dan ada ilmu tapi tak amalkan sebab kita tak rasa benda tu perlu pun..dan kita lupa, sebab tu kena rajinkan diri melangkah biar muhasabah diri sikit...kikis tanduk yang tumbuh dan bersihkan kotoran yang melekat..huhuhuu





    credit google: hati sihat


    ok kembali kepada apa yang saya nak kongsi hari ini berkaitan hati....umumnya manusia ni boleh dikategorikan dalam tiga golongan...


    1) HATI SIHAT - hati yang sentiasa rasa tenang, bersih dan senang je nak buat apa-apa
    2)HATI SAKIT  - rasa resah, gelisah tak tenang...suka mungkiri janji dan membazir
    3)HATI MATI     - tahu dan percaya adanya kewujudan tuhan tapi tak beramal


    jap kita duduk dan fikirkan kita berada dalam golongan mana...tapi kita manusia biasa, mesti ada kalanya sihat adakalanya sakit kan...tapi jangan sampai kita berada dalam golongan hati mati, nauzubillah....orang macam ni nak buat apa-apa ikut suka hati datuk nenek tiri ayah angkat dia je, dia langsung tak fikirkan tentang orang lain hukum hakam dan tidak boleh menerima teguran...


    masa program ni ada tengok satu video, tak tahu rasa macam tersentuh sangat sampai boleh menitiskan air mata...huuuu, nampak!! pintu hati telah diketuk...tandanya hati sedang sakit dan mahukan ubat supaya sihat kembali dan mampu tersenyum..weeee (^_^)




    credit google: hati sakit





    antara sebab-sebab hati kita sakit dan jadi keras mungkin kita terlalu bergantung pada dunia dan lupakan akhirat...dunia adalah segalanya, kita mengejar kemewahan, kekayaan dan kebahagiaan di dunia dan melupakan apa tujuan hidup kita yang sebenarnya...takpun kita kawan dengan orang yang salah, siapa kawan kita itulah yang mencerminkan siapa diri kita...kalau kita kawan dengan mereka yang mempunyai hati sakit, hati kita mungkin jatuh sakit juga...ketawa yang berlebihan dan mendengar lagu-lagu melalaikan juga menjadi punca hati sakit...


    kekadang bila kita selalu buat kemaksiatan dan kemungkaran, kita dah rasa benda tu biasa...tak rasa apa-apa pun semasa buat tu, dah jadi amalan tiap-tiap hari...orang yang melupakan mati juga adalah salah satu faktor hati sakit...kalau kita ingat sakaratul maut, kematian, kedasyatan hari akhirat mesti kita rasa takut nak buat benda tu semua kan (T_T)


    ada penyelesaian ke tak??


    pasti adaa....apa yang penting kita mesti kenal Allah dan mendekatkan diri kepada-Nya....ingat mati, sakaratul maut dan kedasyatan hari akhirat..kalau semua orang tahu dan faham memang takde lagi orang yang berani buat maksiat kan??MasyaAllah, betapa dasyatnya hari kiamat tu kan....marilah kita perbanyakkan zikir dan beristighfar untuk mengubati hati sakit supaya kembali sihat..yeay!! (^^_)


    aku rasa hati aku ni masih lagi sakit dan perlu kepada ubat, penawar....


    p/s: jom usha blog kawan aku ni  http://haziqjundullah.blogspot.com/   dan follow :D





    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...