nuffnang

    Thursday, March 22, 2012

    macamana nak apply biasiswa JPA??permohonan ke IPTA pulak macamana???

    Assalamualaikum.....


    memandangkan semalam pelajar SPM 2011 dah terima keputusan masing-masing kan...ada yang gembira dan ada yang berduka, apapun hasilnya kita seharusnya bersyukur..kan kita dah cuba yang terbaik, apa yang kita dapat itu adalah apa yang terbaik untuk kita...SPM hanyalah kayu pengukur kemana kita nak pergi selepas alam sekolah, tapi bagaimana kita berjalan dan sampai ke penghujung tu masih banyak lagi liku-liku yang harus ditempuh...jangan risau, mungkin rezeki kita selepas ini, siapa tahu?? apa yang penting yakin je okey :)


    dan adalah beberapa orang yang bertanya macamana nak apply biasiswa...macamana nak isi borang online, layak ke tak nak ambil medic account dan sebagainyaa...sebenarnya saya bukanlah tahu sangat sebab dulu pun main isi sendiri je borang, mak pun tak tahu sebenarnya yang saya is borang JPA pilih perubatan luar negara masa tu...tapi yang isi upu tu diorang tahu sebab kan suruh beli no.pin..saya nak share sikit pasal macamana nak apply biasiswa dan memohon masuk IPTA ni sebab kan ada yang tanya (^_^)v



    #soalan di FB 1


    #soalan di FB 2


    #Soalan di twitter 1


    dahlah tak payah banyak-banyak...org emel pun ada, alhamdulillah...walaupun hanyalah blogger picisan, tapi masih ada yang sudi bertanya minta pendapat dan sebagainya..saya sukaaa je, apa salah kita bantu mana yang kita tahu...nak share dulu bagaimana membuat Permohonan online kemasukan ke IPTA/ politeknik premier bagi sesi 2012/2013....


    1. beli dulu no.pin di BSN berdekatan anda...seperti ini
    2. baca cara mengisi borang permohonan di sini
    3. buat permohonan dengan mengisi secara online di sini
    4. bila dah siap, nak kemaskini kat sini

    taraa!! senang je kan!!nanti je tarikh untuk semak anda layak ke tak dan dapat kat mana...lepas tu kalau yang nak apply JPA tu nasihat saya pastikan anda sentiasa 'alert' dengan segala update yang dibuat oleh pihak JPA...nanti bila mereka dah buka terus isi secara online..jangan sampai anda terlepas pandang pulak!sebab nanti ada ujian psikologi kalau tak silap pun diisi secara online dalam waktu yang tertentu..


    bagi yang ambil perubatan, JPA akan hantar anda ke hospital yang telah anda pilih untuk buat program pendedahan kerjaya sebagai seorang doktor selama seminggu...masa tu best, sebab anda berpeluang masuk tempat-tempat tertentu dalam hospital dan melihat bagaimana doktor bekerja seperti delivery baby, small operation, dulu pun saya pernah bantu doktor masa dia buat jahitan pada tangan pesakit...nice experiences walaupun belum jadi medical student masa tu...


    anda akan dipanggil untuk diinterview lepas tu, masa tu anda buatlah betul-betul...tunjuk konfiden nak jadi doktor (saya fokus kepada perubatan sebab saya ambil perubatan)...rasanya yang lain pun sama, cuma takdelah pergi hospital tu semua...yang penting kena tahu bila tarikh buka, tutup dan sebagainya...sekarang ni JPA belum buka permohonan untuk 2012, nanti bila dah buka jangan lupa isi yee...

    saya ada tulis pasal syarat kemasukan ke matrikulasi pada tahun lepas, itulah yang membuatkan statistik naik mendadak... check it here---> syarat-syarat kemasukan ke matrikulasi




    statistik hari ni, ramai betul cari matrikulasi yee...



    rasanya tu je sedikit sebanyak apa yang saya nak kongsi hari ni... All the best kepada semua adik-adik semoga berjaya ambil bidang yang diminati dan mengejar impian...kita yang dah berada di pertengahan jalan ni pun kene rajin, jangan sampai tersungkur dan rebah di pertengahan sebelum tiba di garisan penamat!hehehe...



    p/s: tiga serangkai yang boleh menggilakan hari anda...jom tengok sape!!






    2 comments:

    NIZAM said...

    nampaknya medic terus jadi cos yang hot. ramai SPM leavers yang nak apply. :))

    Sayidah Nafisah Ruslan said...

    untuk kos yg lain macam mane ek? hehe

    hai, saya datang dari blog abg ben :)

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...