Dah lama sebenarnya nak tulis entry ni, sebab dah lama pun pegi jalan-jalan masa balik Ganu hari tu...tadi tengok-tengok gambar rasa macam nak share kat sini je..heehe...lagipun adik dah banyak kali cakap suruh upload...bukan apa, malas nak upload kat FB so upload kat sini jelah...aku tahu depa suka stalk blog aku nih..kehkeh =p
sebenarnya banyak betul memori kat taman ni, tempat ni aku selalu lepak ngan kengkawan dulu time sekolah pergi outing ke makan-makan lepak-lepak...pastu kat sini selalu ada aktiviti banyak jugaklah benda pahit manis yang berlaku kat sini, dating pun pernah kat sini dulu-dululah...tapi memang banyak memori betul (^_^)v
pegi Taman shahbandar tu dengan kakak sulong dan adik bongsu...saja jenjalan makan angin dan ambik gambar, bajet photoshoot..kehkeh...harap korang kalau terbaca entry ini janganlah sampai muntah berdarah yee, bukan apa entry ini akan dipenuhi dengan gambar semuanyaa..here we go!!!
me and my youngest sis...memang adik besar dari kakak pun :P
adik suka sangat dapat baca BK (Bintang Kecil) siap buat koleksi tahu..
ok dah dalam bas bandar...bas bandar ni klasik, tempat duduk kayu, rekaan pun menarik...dia lalu kat bandar je sebab tu nama dia bas bandar..hahaha...kakak sibuk bertweet, almaklumlah kaki twitter katakan..semua benda nak tweet...pfftt -,-'
kakak aku ambik guna camera, adik aku guna BB aku...ok jadi model of the day :p
me and my sista!!comelkan..awwww..(ok gedik gilaa)
sukaaa..macam berpakat kan kitorang, adik aku nih nak tiru orang nak pakai puple dia pun nak purple jugak..apa-apa jelah...best jugak keluar beronggeng dengan siblings..heehe
candid!! and i really like it ^^
tak boleh nak zoom lagi ke??hahaha
ini jadual perjalanan bas bandar tu...adik aku yang ambil, ada 2 laluan..apa yang best bayar seringgit je sehala..mana korang nak pergi pun tapi dia memang terhadlah...
makan dulu!!gorengan..kehkeh
apa yang aku tunjuk pun aku tak tahu...tapi yang pasti itu adalah jejantas ke jeti nakpegi pulau perhentian..aku pun belum pernah ke sana..sobss...
duduk elok2!!kang ada yang jatuh..hehe
budak kecik montel!!geram betul nak peluk dia nih..
gambar terakhir...
sebenarnya banyak lagi gambar, beratus kot..heehe...tapi aku pilih yang boleh ditonton umum sahaja, yang lain biarlah menjadi memori dan kenangan kami...bilalah pulak nak jumpa kan..bukan apa, gambar yang kita ambil kekadang boleh menimbulkan fitnah...ada yang kata gedik, bajet macam-macamlah...tapi aku bukan nak buat tontonan sekadar menjadikan ia memori...nanti bila dah tua bukak entri ni..waaaaa, rindunyaaa..hikhik..
Rasanya tu saja, banyak lagi gambar kat rumah, nantilah aku update sikit-sikit....adik beradik ni kalau tak jumpa rindu betul nak jumpa kan tapi bila jumpa gaduh tak ketahuan hala..itulah betul pepatah yang mengatakan carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga..ye dak???ataupun air dicincang tidak akan putus..gaduhla macamana pun dia tetap adik beradik kita darah daging kita, sayangilah mereka seadanya...
thanks for reading!
1 comment:
dah lama xpergi bndar..teringin gak nak naik bas cas ligas tu sebab dia ada lalu jugak kat UMT,tapi xda kawan =.="
Post a Comment