Assalamualaikum.....
Sempena hari wanita sedunia pada hari ni, saya dengan ini ingin mengucapkan selamat hari wanita sedunia kepada semua yang bergelar wanita tak kiralah walau di mana anda berada di Malaysia, Indonesia,China, India, Perancis, Egypt, Rusia, UK, Aussie dan seluruh dunia, pokoknya wanita....tak mengira usia muda atau tua, agama, adat dan kepercayaan....
Kalau zaman jahiliah dulu wanita begitu ditindas sehingga kalau ada yang melahirkan anak perempuan pasti akan ditanam hidup-hidup kemudian wanita dijadikan tempat pemuas nafsu lelaki....namun kini semua itu telah berubah, wanita kini mempunyai kedudukan dan peluang yang sama seperti kaum lelaki yang lain...wanita kini mampu berada di kedudukan tinggi dalam segala bidang dan mampu bersaing bersama lelaki...namun begitu, kedudukan wanita di dalam rumahtangga semestinya harus di bawah suami...walau sebesar manapun pangkat si isteri di luar rumah, tapi di dalam rumah dia harus mentaati suaminya selagi tidak melanggar syariat.
kalau hendak dikirakan pengorbanan seorang wanita tersangatlah besar terutama bagi seorang ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan di dalam rahim, kemudian menyusui kita, membesarkan kita dengan penuh kasih sayang sehinggalah membesar dan menjadi manusia berguna....bangun malam-malam kalau kita menangis lapar, sakit dan sebagainya...seekor nyamuk pun tidak dibenarkan menggigit kita, subhanallah!!mungkin ia lebih kepada seorang ibu namun ingatlah bahawa ibu merupakan orang yang harus kita hormati, sayangi selepas Allah dan Rasulullah (^_^)v
saya tertarik nak berkongsi lagu wanita dari De Hearty ni, liriknya penuh bermakna...jom sama-sama kita hayati video dan liriknya...
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
p/s : Bangga jadi wanita...jom jadi wanita berbakti! :)
No comments:
Post a Comment