nuffnang

Saturday, March 17, 2012

Duit biasiswa JPA dah masuk nak buat apa??

Assalamualaikum.....


pada pagi sabtu yang indah ni aku takde kelas, jadi pepagi duduk mengadap makalah yakni report pbl yang belum siap lagi...lepas tu pergi pasar beli ayam dan barang-barang nak masak...Dah memang jadi kebiasaan rasanya untuk aku cek nuffnang website untuk tgk apa yang orang search sampai masuk blog aku tak pun aku nak tgk statistic...Alhamdulillah, walaupun aku tidak update sekencang dulu, hari-hari update blog tapi banyak je keyword yang orang cari masuk...memang akan ada orang masuk melalui google atau mana-mana web search engine yang lain..FYI, check nuffnang mak aku cakap dah sampai kat rumah, bolehla buat beli tiket flight balik nanti..heehe :p


apa kaitan dengan tajuk??haaaaa...lawak gila siapa yang search pasal ni, banyak lagi yang masuk seperti contact lens, ukhwah, universitas di Indonesia, tarikh SPM bila, sekolah sbp best ke tak dan macam-macam lagi...hari ni cuma nak nak share yang ada orang pergi cari "duit jps dah masuk 2012 nak buat apa" amboiii..kemain search lepas tu masuk pulak blog aku walaupun tak pernah pulak aku cerita nak buat apa dengan duit tu...perlu ke search??itu yang pelik dan menjadi tanda tanya sebenarnya....btw, saya tak jual lampu yee...haaha :p dan banyak je orang yang cari jaa64...hari ni ukrida-jaa64, kenapa??mengapa??ada orang cari saya ke??perasan gilaaa....nama samaran alam maya aku memang jaa64 sebab kalau buat nama siti khadijah sampai page ke berapa ribu pun susah nak jumpa, nama glamour sangat...haaha...








Sape cakap hidup dekat indonesia ni senang??banyak duit??kalau dekat tempat lain macam surabaya, jogjakarta atau Malang tu mungkinlah sebab kos sara hidup kat sana murah sedikit...kalau korang duduk dekat Jakarta ni tahulah bagaimana...nak kata duit memang ada ratus ribu, juta-juta tapi rupiahlah...nak tunggu RM??mimpi di siang hari saja...kitorang dah banyak kali cakap pasal ni, minta naikkan biasiswa dan macam-macam lagi tapi diorang cakap duit tu dah cukup untuk hidop sini..kita tinggal bandar besar, nak ke mana-mana kene naik teksi, nak makan pun mahal...kalau nak dikirakan kos sara hidup du Jakarta ni memang lebih tinggi dari Kuala Lumpur sebenarnya...


kalau nak kata budak JPA dekat India, memang diorang kayaaaaa...dahla buku murah, makanan sedap dan murah..tak kira lagi diorang yang tinggal di UK, Ireland dan sebagainya...biasiswa diorang jauh lebih tinggi dari kita, memang kat sana kos pun tinggi tapi diorang dapat memang lagi banyak..haaa, bukan nak jeles atau cemburu atau apa-apa cuma menyuarakan isi hati pelajar kat sini, bukan aku sorang je cakap...kalau nak kira aku kekadang pergi kelas jalan kaki, pastu masak memang boleh jimat...tak pernah pun tak boleh makan ikat perut sebagainya..haaaa, pokoknya bersyukurlah sebab dapat biasiswa JPA kan??manusia memang begitu, tak pernah bersyukur dengan apa yang ada.....

 

Terima kasih JPA (:

duit biasiswa yang masuk tu apa kata korang kasi kat aku, sebab aku nak simpan buat kahwin...haaaha, just kidding!! kalaulah ada lagi yang masih bertanya kita kan tahu duit yang kita dapat untuk belanja setiap bulan tu duit negara, duit rakyat bermakna kita pegang amanah seluruh warga Malaysia untuk menggunakan duit itu sepenuhnya dengan buat benda-benda bermanfaat seperti beli buku, makanan, barang-barang belajar dan kalau ada lebih apa salah kita infakkan ke jalan Allah...kat sini bersepah orang mengemis, alah kalau jumpa apa kat bagi je seribu dua( i mean rupiah..haaha)...tak luak pun kan???malah bertambah-tambah lagi berkat dan pahala untuk kita, insyaAllah...kalau korang kat tempat yang takde pengemis, pasti ada masjid dan tabung kan??apa kata masukkan je dalam tabung tu sikit-sikit..jangan jadi macam jozan yang tersalah masuk duit nak ambil balik tu pulak!! (bagi yang tengok maharaja lawak pasti faham :P )


lepas tu kan, apa kata kita belanja kawan kita makan terutama time bukak puasa...waahhh, besar ganjaran tu memberi makan pada yang berpuasa...kita cakap dekat dia ajak puasa nanti kita belanja time bukak puasa dah dapat ganjaran lagi, ajak orang puasa dah satu, beri makan lagii...tak pun kita beli hadiah untuk kawan kita, mungkin something yang dia suka dan boleh menggembirakan hati dia....yang paling best, korang beli benda-benda yang bermanfaat yang benda tu kalau dia guna pahala mencurah-curah dapat kat kita (^_^)

korang banyak lagi duit JPA??haaa, simpanlah duit tu untuk kegunaan masa depan, mana tahu kene semester pendek, nak kene bayar lagiii...sebagai persediaan lah orang kata, jangan kita asyik nak menyusahkan mak ayah kita lagi kesian diorang...takpun bagi yang dah bersedia nak membina masjid apa salahnya, simpan untuk belanja kawin...heehe...itu cadangan aku jelah kalau korang tak tahu nak buat apa dengan duit JPA tu, tapi tipulah kan??yang dapat biasiswa ni bukan calang-calang orang dan bukan senang nak dapat...mesti semua bijak pandai nak fikir mana nak laburkan duit tu, apa yang penting jangan membazir!!beli benda yang tidak berfaedah malah memudaratkan lagi...yang itu memang melanggar amanah dah tuuu...


ok lah rasanya tu je yang nak dikongsi untuk hari ni...aku harap aku dapat update blog seperti dulu, setiap hari tapi agak mustahil sebab hidup kat sini sibuk sangat....banyak kelas habis sampai 4 lepas tu nak fikir buat report, hafal itu itu...dalam beberapa hari ni sangat busy, aku ada pergi rumah sakit tengok cadaver, belajar anatomy...dan sekarang ni aku dan member-member girls batch 2011 tengah practise futsal for piala education malaysia kalau tak silap...memasing baru nak belajar sepak bola..haaaha...ok, till then...thanks for reading!!!





Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...