nuffnang

    Tuesday, March 6, 2012

    sinetron gila di jalanan....ngeri betul!

    Assalamualaikum....


    tadi baru balik kelas seorang diri berjalan kaki dari kampus ke rumah sewa, tetiba nampak seorang lelaki yang masih muda dalam lingkungan 20-an mengejar sebuah angkut dengan begitu laju...tetiba, dia memintas angkut tersebut dan parking moto kat depan tu supaya angkut tu dah tak boleh jalan....kemudian dia menjerit-jerit...angkutan awam (angkut) atau lebih dikenali sebagai angkot ini merupakan kenderaan awam seperti van yang mengambil penumpang dan mempunyai laluan yang tertentu...


    sumber: google

    aku ingatkan dia ada masalah dengan pemandu angkut tersebut, tetapi apa yang jadi ialah lelaki tersebut masuk ke bahagian belakang dan menarik-narik seorang perempuan keluar...ketika itu aku ingatkan dia sedang bergaduh dan bertumbuk, rupa-rupanya dia sedang menarik seorang wanita keluar dari angkut tersebut sambil marah-marah...perempuan itu tak nak keluar dan berkeras dengan memegang kerusi, tapi lelaki tersebut tetap tarik dengan sekuat hatinya.


    perempuan tu pun muda lagi, dia bawa satu beg pakaian seperti  nak melarikan diri ke mana-mana, dia menangis minta tolong....pemandu tu nak tolong tapi laki tu cakap "jangan masuk campur urusan kami!" jadi macam dah tak tahu nak buat apa dah...ada juga seorang lelaki lain datang hendak tolong supaya lelaki tersebut lepaskan perempuan itu tapi dimarahinya...dia menengking orang lain...aku hanya berada beberapa meter di tempat kejadian dan hanya mampu memandang penuh perasaan simpati, dahla panas terik masa tu...


    pemandu angkut ada cakap "kasihanilah dia, jangan berkeras begitu dong" tetapi lelaki itu menarik sekuat hati sehinggalah perempuan tersebut dapat ditarik keluar dan jatuh ke atas jalan...perempuan itu menangis sekuat hati dan aku dapat lihat dia terketar-ketar...oh Ya Allah, kesiannyaaa...kali pertama dalam hidup aku lihat kisah sebegitu rupa, pernah je tengok tapi bukan di tempat orang ramai seperti itu tetapi di rumah atau kawasan yang tiada orang...


    dia menarik wanita tersebut dan suruh naik motor bersamanya tetapi dia terus menangis tidak berhenti-henti di tengah jalan...aku terus mempercepatkan langkah pulang ke rumah dengan pelabagai perasaan..berdebar, takut dan kesian...ramai orang sekeliling yang memerhatikan situasi tersebut tetapi tiada siapa yang boleh membantu dan menghalang kerana telah dimarahi lelaki tersebut...lagipun tiada siapa tahu apakah masalah mereka sampai wanita tersebut diperlakukan sebegitu rupa...aku tidak menunggu di situ lebih lama dan masih tertanya-tanya apa yang terjadi pada mereka...


    mereka berdua begitu muda, masih dalam lingkungan 20-an...kalau nak kata sebaya dengan aku pun boleh, memang serius nampak muda...tapi apakah hubungan mereka???andaian aku adalah mereka adalah suami isteri yang mungkin bergaduh, kemudian wanita tersebut melarikan diri dengan membawa baju di dalam beg tersebut...namun lelaki tersebut ternampak dia menaiki angkut tersebut dan mengambil motor lalu mengejar supaya wanita tersebut tidak lari dari rumah...


    andaian kedua, mereka mungkin adik beradik atau saudara yang mempunyai masalah...mungkin wanita tersebut adiknya dan telah melakukan apa-apa kesalahan dan ingin melarikan diri..jadi si abang terus kejar angkut tersebut dan ingin mengambil adiknya supaya kembali pulang ke rumah...tapi apakah kisah mereka yang sebenar??wallahu'alam...pendapat aku kuat mengatakan mereka itu suami isteri tapi aku pun tak boleh nak ulas panjang sebab aku pun tak kenal siapa mereka...tapi situasi selama lebih kurang 5 minit itu berjaya mendebarkan aku yang berjalan seorang diri...


    aku hanyalah seorang pemerhati jadi tidak boleh menilai siapa benar dan siapa salah....dari pandangan aku tadi, aku sungguh kesian dengan wanita tersebut yang diperlakukan sebegitu rupa, ditarik bagai binatang supaya keluar...wanita itu menjerit tidak mahu tadi dia menyeret sampai terjatuh di tengah jalan....memang aku sangat bersimpati, tapi apakan daya aku tidak mampu berbuat apa-apa...namun begitu, mungkin wanita tersebut telah melakukan kesalahan yang besar dan ingin melarikan diri...tapi kenapa lelaki tersebut menyuruhnya pulang???hurm...tak payahlah kita fikirkan pasal ini, jadikan ia pengajaran dalam hidup kita...


    ingat kata-kata dr. darminto tadi...orang yang berfikiran kecil adalah orang yang bercakap tentang siapa...berfikiran sederhana adalah mengapa dan orang yang berfikiran luas dan keratif ialah bagaimana...jadi kita tak perlu tahu siapa dia, tetapi kita boleh berfikir mengapa terjadi kejadian sedemikian rupa???dan bagaimana kita ingin mengelakkan kejadian sebegini berlaku lagi pada masa yang akan datang...kita mencari sebab dan penyelesaiannya...



    p/s: please don't underestimate others (^_^)



    3 comments:

    suria lekatlekit said...

    baca entri ni pun sy mula fikir.. mengapa, kenapa, apakah & apa terjadi?? persoalan tu mungkin takde jawapan sampai bila2 sebab si pencerita pun tak tau kesudahannya.. harap kesudahan yg baik

    Hanis MY said...

    mmg sinetron tapi apa kesudahannya ye...

    sjaa64 said...

    cerita ini memang tiada kesudahnnya sebab saya hanyalah menonton kisah tersebut di jalanan tanpa mengetahui siapa mereka dan mengapa dia diperlakukan sebegitu rupa dan apa yang terjadi seterusnya...


    memang tidak akan ada jawapan kepada persoalan itu, harap maaf yee -,-

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...