nuffnang

    Saturday, December 3, 2011

    sistem pembelajaran di Ukrida

    Assalamualaikum.....


    Alhamdulillah sudah hampir 3 bulan Jaa berada di perantauan, bumi Indonesia dan tadi baru je habis exam bagi blok 2 maksudnya minggu hadapan akan masuk blog tiga....baru masuk blok dan dunia medik sebenar walaupun hanyalah bermula dengan biology =D


    Setakat ni asyik-asyik bercerita pasal tempat menarik dan makanan je kan, bila nak cerita pasal study nih??heehe...ok lah, disebabkan dah belajar selama 3 blok kalau ditolak tambah 3 bulan banyaklah jugak benda baru..bukan banyaklah jugak, tapi memang banyak terutamanya sistem, bahasa dan gaya kehidupan kat sini...sebenarnya bagus juga sistem yang memulakan dengan pembelajaran etika, profesi kedoktoran, cara berkomunikasi dll...paling tidak pun  sudah mula membiasakan diri dengan beberapa perkataan baru yang belum pernah didengar sebelum ini...oh, post ini mungkin agak panjang..heehe..



    ok, basically untuk blok yang awal ni akan ada dua modul bagi setiap blok dan setiap blok itu tiga minggu...minggu pertama adalah sesi pembelajaran dan kuliah sama ada di auditorium ataupun di kelas....kalau di kelas biasanya akan dibahagi kepada beberapa kumpulan yang lagi kecil di mana setiap satu kumpulan ada dalam seratus lebih...kalau di auditorium maksudnya satu batch dalam 400lebih...selain itu kita akan ada kelompok yang lagi kecil dengan bilangan ahli dalam 9-10 orang sahaja..dalam kelompok ini kita akanbersama termasuk dalam pbl (problem based learning) dan untuk skill lab..

    dalam audit =D

    minggu kedua pula adalah minggu belajar dan pbl atau skill lab...pada setiap pbl, akan ada seorang tutor iaitu lecturer dan ahli kumpulan akan ada yang jadi ketua dan dua orang secretary...sorang akan catat pada white board dan sorang lagi pada kertas..kemudian ketua akan menggerakkan ahlinya untuk berbincang mengenai kasus ataupun case yang kita dapat...contoh kita dapat kasus penderita diare( diarrhea) yang mengalami masalah buang air besar banyak kali, muntah-muntah dan sebagainya...kemudian kita akan bincang apakah faktor penyebab, gejala, akibat dan apa yang perlu dilakukan...semua orang haruslah memberi kerjasama dan meluahkan pendapat masing-masing...



    kemudian akan ada pbl 2 iaitu sesi kita yang akan present hasil perbincangan kita pada pbl 1...pada sesi pbl 2, semua orang mesti membuat makalah ataupun personal report tentang apa yang telah dibincangkan..kemudian setiap orang akan present hasil kerja masing-masing...pada saat ini kita akan dinilai dari sudut kefahaman, penguasaan dan makalah kita juga akan dinilai oleh tutor...report tu memang kerja personal, jadi tak boleh meniru, plagiat dan tiru kawan...semua kena buat sendiri..presentation tu boleh sama ada menggunakan ohp ataupun slide power point..



    sesi yang terakhir adalah sesi pleno di mana kumpulan akan dipilih secara random pada saat itu juga, jadi kumpulan yang terpiluh akan membuat presentasi di depan semua pelajar dan lecturer dalam auditorium...pada pleno pertama, saya dah pernah jadik presentor..wuuu :D kemudian kalau ada soalan boleh diajukan kepada kumpulan yang membuat presentasi...biasanya ketua akan jadi presentor dan secretary akan jadi pembuat makalah dan pleno kelompok..tugasan ini pula akan ditukar silih berganti pada setiap kali pbl..ini kerana, markah  bonus sudah ada di situ iaitu 5 untuk ketua, 4 untuk seretary dan hanya 3 untuk ahli yang lain...namun begitu, akan ada markah bagi keaktifan, etika dalam perbincangan.



    ujian integrasi akan diadakan pada setiap akhir blok dan sekiranya markah yang kita dapat kurang dari 56% iaitu tidak lulus maka diwajibkan mengambil herr atau ujian remedial...ujian ini akan dapat membantu untuk baiki markah supaya lulus ataupun dah lulus tapi nak dapat yang lagi baik....ujian ini memang penting dan biasanya akan diadakan seminggu atau dua minggu selepas ujian..jadinya perlu belajar lebih lagi sebab masa tu dah masuk modul/blok baru..penggunaan masa yang baik serta pengurusan yang berkesan sangatlah membantu untuk mendapat markah yang lebih baik...



    gambar hiasan xD

    ujian skill lab akan diadakan di ruangan skill lab, kita akan dinilai dari segi cara kita berkomunikasi dengan patien dan cara kita merawat mereka...adakah cara betul ataupun tidak..bagi blok yang awal ni hanyalah cara berkomunikasi dengan patien, cara untuk bantu orang cacat yang guna kerusi roda, tongkat, orang buta..dan skill lab terakhir adalah sesi penyuluhan di mana kita akan membuat penyuluhan macam sesi ceramah/kempen kepada masyarakat tentang posyandu, penjagaan kesihatan dan sebagainya...saya ada tulis mengenai penyuluhan saya tentang cara memantau status gizi balita (baca sini)






    setiap kali lepas ujian kita akan dapat modul untuk blok baru beserta jadual, sebenarnya jadual mempunyai kebarangkalian bertukar sangat tinggi kekadang dia boleh buat ujian pada waktu yang tidak disangka-sangka termasuklah menunda ujian...modul ini biasanya akan dibayar sekali pada setiap semester, untuk semeter 1 adalah rp 400k tapi semester seterusnya tak pastilah...masalah pertukaran jadual juga membuatkan kita sukar untuk menempah tiket flight awal untuk balik Malaysia...kalau tempah awal kan dapat murah, tapi dah jadi camni kan ada yang burn duit macam tu je...



    masalah yang paling utama bagi kita pelajar Malaysia pada awalnya mungkin bahasa....di sini kami menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa pengantar namun term yang digunakan adalah banyak english..jadi kami tidaklah begitu sukar untuk faham cuma kadang-kadang dosen (lecturer) bagi contoh dengan menggunakan perumpamaan bahasa jawa dan sebagainya membuatkan kita terpinga-pinga dan semua orang gelak sebab kelakar tapi kita hanya terkedip-kedip..that's normal!! jadi pandai-pandailah nak hidop, cari kawan Indonesian, kalau boleh duduk sebelah diorang kalau ada perkataan yang tak faham boleh terus tanya =D



    itu saya tak masuk lagi dengan beberapa singkatan yang digunakan di sini...bukan setakat di sini, tapi orang Indonesia umumnya suka menggunakan singkatan dalam perbualan seharian...kalau nama saya sendiri, siti pun diorang pendekkan jadi sit saja..haaha, sound weird?funny?? tapi kalau sesiapa yang selalu tengok sinetron pasti takde masalah punya..apa yang saya nak tekankan kat sini adalah sikap kita sendiri, kita mesti rajin bertanya kawan atau dosen kalau tak faham...jaa sendiri setiap kali buat revision pasti depan laptop n internet sebab nak memahami dengan lebih lanjut lagi apa yang cuba disampaikan..



    oh satu lagi, kat sini exam pakai omr je, tanda bulat-bulat abc je...jadi takdelah masalah sangat bahagian mengarang ayat, cuma kena faham teori dan aplikasi..soalan bukan straight to the point but more to application..jadi tak boleh nak hafal sangatlah, kena faham betul-betul dan aplikasi...jadi ready pensil 2B jelah untuk exam..biasanya 100 soalan seratus minit....dulu-dulu senior kata ada ujian esei, tapi sekarang semua pakai ni je..tak payah dosen pening-pening nak tanda jawapan..haaha, tunggu mesin je cek kertas..


    kertas omr

    blok awal ni kami ada kena belajar pasal agama dan etika kristen, filsafah, kewarganegaraan dan pancasila...macam mengarut kan??tapi apa boleh buat dah memang syarat dia camtu...tapi yang best untuk subjek ini kita hanya akan diberi tugasan/ assignment untuk dibuat, maksudnya tiada ujian bertulis...kita akan jawab sama ada soalan online, buat report atau present...kami ada kena buat bakti sosial (baksos) dan buat presentation tentang apa yang kami dapat..boleh baca sini..



    rasanya tu je untuk kali ini, setakat tiga blok awal yang tak masuk lagi medik...tapi mula dengan blok 3 ini dengan subjek biology, kelas akan mula packed sampai pukul 4 petang...lepas tu ujian integrasi ada 2 dan empat minggu satu blok ni...ok lah, overall everything are ok!!! takdelah teruk sangat pun belajar kat sini, i'm just fine and can follow the flow =D




    almamater ukrida


    kalau dulu aku mungkin banyak diam je dalam kumpulan, sekarang ni mungkin aku dah jadi yang paling bising..heeehe, insyallah aku akan update dari semasa ke semasa...ini hanyalah sistem belajar selama 3 blok yang aku dah alami sendiri...blok yang berikutnya pasti ada yang berbeza sebab dah masuk dunia medic..heeehe..tak sabar pula, tapi yang pasti ia akan menjadi lebih mencabar!!yes. i'm ready for it!



    time kasih sudi baca :*



    p/s: tahniah maksu dapat baby girl!


    9 comments:

    panda montel said...

    haaaa jaaa memang panjang hehehhe. neway nnt balik mesia... buat spital k...

    Unknown said...

    waaah good story.gudluck ya kak jaaa! semoga dapat menjadi seorang doctor suatu hari kelak.eh berapa tahun kat sana?3tahun eh?

    SyedGraphix Dot Com said...

    dkat mana tu? indon eh? ihih. wah.
    serius blog ni cantik gila!!! cantik!! :D

    Cheyah said...

    begitu panjang lebar ceritanya. hehe. untunglah dpt merantau ke negara org. ambil medik pulak tu. btw, Good luck!

    sjaa64 said...

    @wen- heehe, insyallah..doakan yee.hilhik =D

    sjaa64 said...

    @hanabunga- thanks hana!!insyallah :) 5 tahun sayang..huhu..lama kan..btw hana pun belajar rerajin taw! :*

    sjaa64 said...

    @syedgrafix- yup indo..heehe :)
    lama gilaa dah kot guna template nih..huuhu, btw thanks a lot!

    sjaa64 said...

    @cheyah- heehe...itulah, thanks =D

    sjaa64 said...

    @cheyah- heehe...itulah, thanks =D

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...