nuffnang

    Saturday, December 24, 2011

    kenapa nak jadi doktor??? - I wanna be a good muslimah doctor -

    Assalamualaikum...


    kenapa nak jadi doktor??ini adalah soalan yang selalu aku dapat dan rasanya orang lain yang memilih bidang perubatan pun sama jugak...jikalau anda baru sahaja tamat SPM dan rasanya nak jadi doktor, bersiap sedialah untuk menerima soalan ini ketika di'interview' terutama semasa interview untuk biasiswa...jawapan kita akan dinilai dan itu akan menunjukkan yang kita ni betul-betul nak jadi doktor atau saja-saja ambil sebab mak ayah suruh atau ambil pun sebab dapat result straight A's xD


    oklah, korang mesti nak tahu cerita pengalaman aku sendiri kan??haaha.. (bajet gila budak nih..eh :P) sebenarnya ada sorang student lepasan SPM tanya saya kenapa saya nak jadi doktor??dan dia suruh saya ceritakan perjalanan saya kenapa dan mengapa saya di sini??? hurmm...and for u, this is the answer ^_^ *amaran keras: entri ini sangat panjang, sila jangan pengsan lepas baca..hiks*


    sejak dari kecil sebenarnya aku adalah menanam cita-cita untuk menjadi seorang doktor..cewahh, sebenarnya takdelah dari kecil sangat sebab dulu-dulu tak pernah terfikir pun nak jadi doktor, nak jadi cikgu je senang (read here) sebab aku ni sebenarnya sukakan kanak-kanak..awwww, bakal ibu mithali insyallah :D


    tapi bila dah besar sikit aku sangat admire dengan doktor sebab kalau orang sakit mesti jumpa doktor dan apa yang doktor cakap mesti orang dengar, orang hormati dan respect profesi doktor..heehe...lagi pula mak pernah juga cakap biar salah sorang anak dia jadi doktor dan mak rasa aku paling layak..ouch!!harapan orang tua nehh...arwah atok pun pernah cakap macam tu, "kak ja kalau jadi doktor sesuai nanti pergi Mesir belajar doktor" terngiang-ngiang lagi kata-kata tersebut semasa aku tengah urut dia, tapi time tu aku baru form 2 dan mungkin sebab kecemerlangan akademik aku agak terserlah time tu :p



    aku pernah cakap pada diri sendiri, kalau SPM dapat semua A aku akan apply ambil perubatan tak kiralah dalam atau luar negara, tapi kan dengar-dengar orang yang belajar kat luar negara macam best jee pastu kan suka sangat tengok dekat surat khabar kolum salam perantauan yang pelajar luar negara bagi ucapan..pastu mulalah terbayang-bayang nak jadi macam diorang, nak ambil perubatan luar negara...suka sangat tengok mereka kat negara 4 musim, ada summer, winter main salji...woooh, masa tu fikir benda tu je...but at the same time, i study and pray hard to get it!!mana boleh angan-angan je..




    Alhamdulillah aku dapat all A's in SPM dan masa isi borang JPA online terus tak fikir panjang dan tick perubatan luar negara...serius masa isi tu tak tanya sape-sape pun, semua aku explore sendiri..ohh kat rumah takde internet, tapi sebab lepas SPM aku masuk kelas jahitan dan sebelah tu je Bestari.com, iaitu pusat internet free..bila-bila masa je boleh online tak kira waktu...tapi aku masa tu fikir nak pergi Europe, Ireland bagailah kan dan langsung tak terfikir nak pergi Mesir walhal aku ada je basic bahasa Arab masa PMR..tapi degil juga, ambil medic luar negara dan tak bagitahu mak pun pasal tu (lagipun mak memang tak kisah sebab dia kata kita dah besar dah boleh fikir sendiri dan dia tak suka paksa) ouch!! i love u ma!!! mak aku memang sangat sporting, dia cakap as long as aku pandai jaga diri dan tak buat benda-benda tak baik dia bagi je aku buat keputusan sendiri dan dia hanya menyokong...



    Alhamdulillah jugak aku lepas interview JPA dan masuk Intec dan masa tu dapat MMC (Manipal Medical College) memang mula-mula dapat surat tu frust, sebab impian nak pergi Ireland kan...tapi sebab ramai cakap MMC bagus, medic kat India bagus banyak cadaver dan banyak lagilah positive words from my friends and teachers...tapi apakan daya, result A-level aku kurang memberangsangkan dan sekarang aku  di sini, di bumi Indonesia...satu lagi ujian buatku, tapi aku terima jelah semua ni dengan reda...aku yakin Allah have a big plan for me and this is the best for me..


    Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah al-Baqara: 216)


    semua perkara yang berlaku dalah atas kehendak Allah S.W.T dan untuk kebaikan kita sendiri..Melupakan atau mengabaikan kenyataan bahawa semua situasi dalah hidup kita ditentukan oleh Allah ialah suatu yang sangat bahaya seseorang boleh lakukan pada dirinya. Ia boleh membawa tekanan. kita kena yakin bahawa semua ini sudah Allah rancang sebaiknya :D


    Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Surah al-Hadid: 22)


    walaupun tak pergi Manipal, aku bersyukur sangatttt dengan apa yang berlaku...aku masih lagi diberi kesempatan untuk ambil bidang perubatan dan masih lagi ditaja biasiswa JPA...alhamdulillah, ini pun dah satu nikmat besar...tak payahlah nak fikir kalau, sekiranya, jika....jalani aja apa yang berlaku pada hari ini dan yang paling aku bersyukur adalah lingkungan dan persekitaran aku sekarang makin mendekatkan diri aku pada Allah S.W.T...alhamdulillah aku dapat kawan yang baik, yang selalu mengajak ke arah kebaikan dan aku sekarang masih bertatih mencari cahayaMu...syukur pada-Mu Ya Allah, aku gembira berada di sini...Allah nak bagi kita hidayah tu mungkin dalam bentuk yang lain dan berbeza pada setiap orang =D


    kalau jawapan biasa yang kita dengar kenapa nak jadi doktor mungkin sebab-sebab berikut..



    • mak ayah yang suruh: kes ini sangat ramai dalam kalangan kawan-kawan sendiri pun memang macam tu...mak nak sangat anak jadi doktor dan anak kena jugak, tapi mungkin sebab asal je la ni lama-lama bila kita dah dalam bidang ini kita secara tidak sendirinya akan jatuh cinta, insyallah

    • nak dapat duit banyak : ini bagi saya jawapan yang tidak relevan, kalau anda nak jadi kaya anda kena buat bisnes, buat besar-besaran tak payah nak berhempas pulas perah otak belajar gila-gila hanya untuk jadi kaya..banyak lagi benda lain yang boleh dibuat untuk cepat jadi kaya.

    • senang nak dapat kerja : mungkin juga, tapi apakah kita nak jadi doktor semata-mata kerana itu??banyak lagi kerja lain yang memerlukan tenaga, kenapa doktor??

    • nak tolong orang : jawapan ini juga selalu kita dengar, tapi perlukah kita jadi doktor sekadar untuk tolong orang??tak jadi doktor pun boleh tolong orang...

    apa bezanya kita dengan orang bukan islam???cuba tanya mereka kenapa mereka mahu jadi doktor, pasti jawapan di atas adalah antara jawapan mereka dan adalah sebab-sebab mereka yang tersendiri...tapi apa yang kita nak tekankan kat sini, adakah kita sama dengan mereka??mereka pun nak jadi doktor, nak tolong orang, nak ada banyak duit, mak ayah suruh...sama, sebijik!!exactly!!!tidakkah anda sedar??


    apa yang kita dapat adalah bergantung kepada niat kita 'innamala'malubinniat'...contoh, kita nak belajar bidang perubatan hanyalah sekadar untuk gembirakan hati ibu bapa dan rawat orang..memang betul, tapi pahala itu sahajalah yang kita dapat...setiap perbuatan kita memang harus disertakan dengan niat yang betul, kalau solat atau puasa tanpa niat pun tidak sah bukan??hanya dapat lapar dan penat sahaja..jadi sama juga dengan benda lain..orang bukan islam pun pergi sekolah, kita pun pegi sekolah, sama-sama dapat ilmu...tapi kalau kita niat aku ke sekolah untuk menuntut ilmu kerana Allah S.W.T, untuk menjadikan aku hamba yang lebih bersyukur dengan kebesaran ciptaan-Mu..itu pun dah membezakan kita dengan yang lain..insyallah xD


    sebelum tu apa kata kita tengok video yang sangat memberi inspirasi kepada saya (^_^)







    inilah catatan rasa apa yang terpendam di hatiku....bidang kedoktoran yang aku ceburibukan lagi hanya sumber rezeki untukku semata-mata...aku mula mengerti terdapat amanah yang berat di sebaliknya..tanggungjawab yang cukup berat untuk dipikul...pengorbanan yang menuntut jihad agar setiap agar setiap amalan dan kata-kataku menjadi ibadah yang memberi cahaya terang dunia akhirat-Prof. Dr. Muhaya 

    inilah jawapan yang sepatutnya dan sebenar-benarnya bagi seorang muslim yang mahu menjadi doktor... menjadi seorang doktor bukan hanya sekadar sebagai pekerjaan, sumber rezeki..namun kita bakal mendapat amanah dan tanggungjawab yang cukup besar sebagai perawat, pendakwah, pemberi motivasi dan sebagai ibadat..banyak saham yang kita dapat kalau kita betul-betul menghayati dan melakukan pekerjaan kita kerana Allah...setiap perbuatan dan perkataan kita boleh menjadi ibadah :D


    Selain itu, seorang doktor boleh mengkaji ciptaan dan kebesaran Allah...betapa hebatnya sistem pada tubuh kita ada sistem saraf, pencernaan, darah,ada tulang dan otot-otot semua itu kita belajar dan betapa hebatnya semua sistem itu bergabung untuk membentuk manusia dan masing-masing memainkan peranan yang penting..jika salah satu rosak, maka rosaklah seluruh tubuh manusia tersebut..subhanallah, memang tidak terjangkau dek fikiran manusia bagaimana setiap sistem itu dikawal, boleh berfungsi..dll...


    seorang doktor juga selain memberi rawatan boleh memberi nasihat dan kata-kata perangsang kepada pesakit...contoh masa bagi ubat, cakap dekat pesakit "mak cik, baca Bismillah dulu, dengan izin Allah insyallah penyakit mak cik akan sembuh" apa mak cik tu rasa??tenang hati dia dan sakitnya berkurang dengan hanya dengar kata-kata seorang doktor...insyallah, itu juga adalah salah satu ubat psikologi...kita kenalah selalu nasihatkan pesakit, jangan lupa solat, berdoa agar Allah sembuhkan penyakit...tetiba teringat pada buku 'denyut kasih medik' if u haven't read, u should read!!! i love it very much xD


    Satu lagi, kalau kita tak tahu apa tujuan kita buat, baik jangan buat!!*amaran keras* kalau kita tak tahu kenapa kita nak jadi doktor, jangan jadi!! kita tak tahu kenapa kita kena buat baik jangan buat! tapi kalau kita tahu kita wajib buat..kita tahu Allah jadikan kita sebagai hambanya hanyalah untuk menjadi a'bid dan khalifah..jadi lepas kita tahu kita wajib buat!!kita wajib beribadat, ikut apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang dilarangya..dan kita mesti menyebarkan agama islam, walaupun bukanlah mengislamkan orang bukan islam tapi kita bawak orang islam yang hanyut ke jalan kebenaran, bawa masuk bulatan gembira pun satu cara juga..insyallah...jadi kita tahu bila kita jadi doktor akan memudahkan kita menjadi seorang khalifah sebab orang biasanya dengar kata-kata doktor =D


    Allah melihat usaha yang kita lakukan bukan hasil akhir...jangan kejar cita-cita tapi kejar manfaat...janganlah kita kejar nak jadi seorang doktor terbaik, memang betul tapi kita mesti ada impian tapi bila kita dah bagi yang terbaik, memberi motivasi, ilmu dan manfaat insyallah cita-cita itu dengan sendirinya dapat dicapai...semangat berkobar-kobar untuk jadi seorang doktor muslimah yang berjaya...saya akan jadikan Prof. Dr Muhayah ini sebagai contoh terbaik dalam menjadi seorang doktor, isteri, ibu dan motivator ^^


    Insyallah, buat masa ini saya tahu mana hala tuju saya...saya tahu kenapa saya nak jadi doctor, and these are my answers why i wanna be a doctor...i don't wanna be just doctor, but i wanna be a good muslimah doctor, insyallah..i'll pray to Allah and hope that my wish become true...kita tak boleh ada impian sahaja semata-mata tapi kita kena ada usaha ke arah itu..merangkak dan bertatihlah sebelum pandai berjalan dan berlari, insyallah...kalau ada orang tanya lagi, mudah-mudahan inilah jawapan kita, jawapan yang menunjukkan kematangan dan seorang yang tahu halatuju kehidupan...


    letaklah dunia di tangan dan akhirat di hati, insyallah engkau tidak akan pernah merasa rugi berada di jalan-NYA




    3 comments:

    nije said...

    alhamdullillah..dah terdapat hadis yang terselit di dalam entry,tahniah..sangat2 menarik entry nie "alhamdulillah aku dapat kawan yang baik, yang selalu mengajak ke arah kebaikan dan aku sekarang masih bertatih mencari cahayaMu...syukur pada-Mu Ya Allah"...semoga apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan..."dunia letak kat tangan ,akhirat letak kat hati"....like sangat2....

    p/s:lepas nie pakai la jilbab@tudung labuh,pakai jubah ker..insyaallah

    sjaa64 said...

    heehe....dah lama la start masukkan hadis n ayat quran nih, itu je kan rujukan utama :)

    insyallah masih slow2, jangan terkejuk pulak aku balik malaysia bawak perubahan gitu :P

    cinca said...

    Assalamualaikum..akak boleh tak akak share pengalaman akak masa kena interview JPA? :)

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...