nuffnang

    Showing posts with label cinta. Show all posts
    Showing posts with label cinta. Show all posts

    Saturday, November 24, 2012

    Jalan-jalan cari cinta di pantai Anyer

    Assalamualaikum.....


    tengok gambar pondok yang saya update dekat post yang lepas?? tak tengokk?takpelah..heheee...semalam baru je habis exam integrasi 1 blok 12, fuhh...ini baru namanya tak tahu nak jawab apa, almaklumlah modul tebal bangat tak sempat nak habis baca semua T_T  tak apalah yang lepas biarkan berlalu, kita kena belajar lebih tekun lagi untuk inte 2 yang akan datang..ngehh ^^





    okey berbalik kepada kisah jalan jalan kami ke anyer minggu lepas, sebenarnya takdelah jalan jalan sangat tapi kami buat program khas untuk adik-adik 2012...special edition punya...heee..kami bertolak dari tanjung duren dalam pukul 5.15 camtu kumpul dekat depan tomang tol...makan nasi uduk dalam bas dan alhamdulillah perjalanan kami lancar, tidak ada sebarang halangan...laju uolls bapak ni bawak bas sebab asalnya kami agak dalam pukul 10 baru sampai tapi tak sampai pukul 9 kami dah sampai dekat villa tu, avi redita villa anyer :D



    mula-mula kami terlepas jauh sebab papan tanda villa ni dahla kecik pastu macam tak jelas nak jatuh...ish2, they should change it to a new one...tapi bila sampai je tengok villa ni memang besar, selesa dan yang paling best adalah di betul-betul tepi pantai...boleh dengar bunyi ombak, rinduu sangat dengan bunyi ombak...ni kali pertama pergi pantai selepas setahun lebih dok kat jakarta, kami tinggal bandar penuh kereta, macet pencemaran udara bagai..mana ada pantai, bila dah dapat dok tepi pantai ni dengan angin sepoi-sepoi bahasa sungguh indah....subhanallah ^_^



    malam sampai terus tidur awal dan bangun pagi-pagi sebelum subuh kami qiam dulu beramai-ramai tepi pantai...ya Allah terasa sungguh sayu dan tenang bila dapat solat tepi pantai dengan bunyi ombak memukul pantai...kami hamparkan tikar dekat depan villa tepi pantai...walaupun dekat kawasan ni pasir dia tak berapa nak ada sebab telah ditambak tapi masih, bunyi ombak jelas kedengaran...



    usai solat subuh kami mulakan sesi taruf dan setting kompas kat sini....betulkan niat kenapa kita berada di sini dan mula nak berkenalan mana-mana yang belum kenal....sebenarnya kita kenal kawan kita walaupun dah lama tapi banyak lagi tentang kawan kita tu yang kita belum tahu kan...kita cakap je kita kenal dia tapi bila tanya date of birth lupa, dia suka makan apa..err.errr..krik...krik..krikk :p



    so untuk sesi ta'ruf ni kami main game sikit dengan setiap orang kena tulis atas kertas 3 benda, 2perkara adalah yang betul dan 1 yang salah..lepas tu kertas tu akan dibahagikan secara random kepada semua orang dan orang yang dapat kertas tu kena teka siapakah gerangan empunya kertas itu sampai betul...menarik jugak! tanya jangan tak tanya, lepas tu ada yang betul buat buat tak tahu dan tak mengaku...


    lepas hari menjelang cerah, kami beredar untuk bersiap mandi dan breakfast....ok villa ni agak besar dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi dengan siap kelengkapan masak, air galon semua...ok ler...kami senang masak nasi kat sini dan beli lauk, ada jugak masak sikit-sikit...



    inilah villanya...besar kan? alhamdulillah..bolehla menampung kami :)



    inilah pondoknya...pondok depan villa..


    bersantai sebentar di pondok sambil menikmati keindahan laut dan ombak



    nampak tak??yes swimming pool..sebelah villa kami je..weee...petang lepas selesai slot kedua kami mandi-mandi di sini siap main game lagi...kat sini bolehla tengok gelagat mereka ada yang nak berenang, tak reti nak berenang dan macam-macam lagilah...sayalah orang pertama turun kolam dan orang tetakhir naik, mandi sampai maghrib...mandi sampai puas...tapi tak sempat cramp pun, biasanya kalau saya berenang pasti cramp mungkin sebab kolam ni tak berapa besar so berenang jarak dekat-dekat je...swimming pool banyak je area saya tapi campur, nak cari kolam muslimah tu punyalah susah..ada, tapi jauh sikit so bila dah ada ni kita gunakan sebaiknya :D



    pemandangan kolam dari balkoni atas


    villa lain di sebelah...



    petang tu jugak kami buat bbq, makan jagung bakar! daebak! lepas tu bakar ikan..yums!


    malam macam biasa teruskan slot dan tidur awal malam tu, penat...kurang tidur dan penat mandi kolam agaknya...ish2...


    sebelum balik kami pergi main air pantai dulu, ambik gambar dan menikmati suasana alam... cewahh... layankan beberapa gambar ni yeah!


    subhanllah cantik ^_^

    pantai..



    kemana kamu bawa kakimu melangkah??? ke arah kebaikan atau kemaksiatan?


    bas yang bawa kami, pergi dan pulang.


    sebelum pulang, kami singgah sebentar membeli souvernir di pinggir jalan.


    dan dalam bas kami buat game tukar tukar hadiah...semua orang sebenarnya harus bawa hadiah lepas tu main tukar tukar...best jugak kan! jadi semua orang akan dapat hadiah :)


    antara muka-muka bahagia bersama hadiah masing-masing

    shahada dan erly :)

    pon yi dan asma :)

    nabila dan masita :)


    kami semua...yeay!


    alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana program yang kami rancang selama 3 hari 2 malam ni berjaya terlaksana dengan jayanya walaupun dah beberapa kali ditunda dan tukar tarikh disebabkan beberapa masalah dan kekangan...segala puji bagi Allah kerana telah melancarkan program JJCC kami dan semoga mereka dapat faham dan terima semua dan segala yang disampaikan dengan baik...selamat tinggal Anyer! moga kita bertemu lagi..weeeee :)








    Friday, November 4, 2011

    kalau stress apa kata baca surat cinta :)

    Assalamualaikum....



    memandangkan ramai tengah stress dengan nak exam laginya, saya rasa benda tu tak elok untuk kesihatan..ayuhh, kita jangan dok pening-pening sangat fikir sal semua benda tu, insyallah kita akan diberi kemudahan oleh Allah untuk menyiapkannya.. (^_^) maksud saya janganlah sampai tak nak beraya disebabkan banyak kerja lagi tak siap...kita memang kena fikirkan semua tu, tapi janganlah terlebih-lebih sampai tak boleh nak tunaikan tanggungjawab, kerja-kerja kita yang lain kan...




    saya rasa lebih baik kita tenangkan diri dengan mengingati Allah, baca surat cinta yang Allah telah titipkan, serius lepas tu kita akan rasa tenang dan dapat buat kerja dengan baik..saya pernah cuba dan saya tak cakap kalau saya tak pernah rasa...saya pernah macam tu, saya sedihh sangat, saya tension saya rasa nak nangis...tapi tak tahu camna nak luahkan pada orang lain, yes back to the basic..kembali kepada pencipta kita, sesungguhnya Allah itu maha mengetahui apa sahaja yang kita alami...insyallah jika kita kembali kepada-Nya kita akan mendapat sedikit ketenangan xD



    kita mesti pernah terfikir kan, mengapa aku diuji sebegini rupa??mengapa aku??

     Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan:

    Kami telah beriman(I am full of faith to Allah), sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

    -Surah Al-Ankabut ayat 2-3-


    jom baca dan fahami ! 




    lepas tu kita mungkin juga pernah mempersoalkan, kenapa sampai sekarang aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan??sudah penat mencuba namun masih gagal... (T_T)

    Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal dia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

    -Surah Al-Baqarah ayat 216-



    kenapa aku dapat ujian yang seberat ini???

    Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

    -Surah Al-Baqarah ayat 286-



    nampak kan kat sini, semua perkara yang menjadi persoalan kepada kita telah tertulis terang di dalam AL-Quran, tak payahlah kita nak cari pelindung lain selain yang maha pengasih dan penyayang Allah S.W.T dan tak payahlah nak cari rujukan lain selain kitab suci Al-Quran..




    janganlah sedih, nak call boyfriend jap, suruh dia nyanyikan lagu-lagu cinta...baru rasa tenang hati pasni bolehla fokus buat kerja...betul ke??mungkin masa bf kita nyanyi tu kita rasa...alalala sweetnyer pakwe aku nih, takde dah orang lain yang boleh ganti dia, dialah jejaka paling sweet kat dunia..awww!! saya pernah bercinta, dan saya pernah melalui semua ni dulu-dulu...tapi semua tu sampai bila??adakah dia bagi kita ketenangan sampai bila-bila??




    sekejap je rasa happy, sebabnya semua tu hanyalah hati kita yang menyatakan yang kita tengah gembira..hakikatnya???yang paling senang adalah keluar jalan-jalan jap, ambil angin tengok betapa indahnya alam ciptaan Allah, tengok bukit, gunung dan pokok-pokok menghijau...





    tapi yang paling penting kita mesti nak cari sesuatu yang boleh sejukkan hati kan, itulah saya cakap....baca surat cinta dan fahami apa maknanya, insyallah kita akan dapat sesuatu...saya pun masih baru nak kenal apa isi kandungan sebenar surat cinta ni, mungkin dari kecik lagi dah baca...tapi baca bahasa Arab jelah, tak tahu apa maknanya...tapi bila kita dah kenal dan fahami, insyallah kita akan lebih mencintai Allah...orang kata, "tak kenal maka tak cinta kan" kalau kita belum cuba mengenali Allah, kita mungkin susah nak mencintai-Nya...




    insyallah, sama-samalah kita mencuba..saya dulu-dulu ada juga share pasal macamana nak hilangkan stres kan, kalau ikut sains dopamine level will affect our emotion, in simple words "we are stress because we have high level of dopamine" apa tu??ohh, mungkin budak sains je taw...okey, nak terang kat sini pun panjang kena masuk kelas lain pula..heehe...tak pun nak hilangkan stress makan coklat, bersiar-siar, bercakap dengan seseorang, meluahkan perasaan...




    memang betul dan saya setujuu dengan semua tu, sebab saya pun pernah menulis pasal tu pada entry yang dulu-dulu...tapi saya sedar, untuk mendapat ketenangan yang betul-betul adalah dengan refleksi diri, cuba ubah diri mana yang tak betul dan paling penting baca surat cinta Allah..dalam tu dah ada tercatat semua persoalan yang bermain dalam fikiran kita, itu hanyalah contoh-contoh..banyak lagi benda lain dan semuanya ada ditulis dalam surat cinta itu sama ada tersurat atau tersirat (^_^)



    Saturday, April 9, 2011

    beriadah bersama suami isteri..kan sweet begitu ^^

    selamat pagi semua^^

    pagi ini pergi jogging lagi berseorangan dan nampak beberapa pasang suani isteri sedang jogging dan beriadah bersama..oh,so sweet =D kan best begitu setiap hari minggu keluar bersenam bersama-sama bolehlah merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan kasih sayang antara suami isteri...antara yang menarik perhatian aku ialah sepasang suami isteri yang  sedang buat sit-up..

    isteri sedang buat sit-up manakala si suami mengira...

    "satu,dua,tiga.......lapan"
    "alah...penatlah" kata si isteri
    "alah sepuluh tak sampai lagi takkan dah penat kot,haish"
    "okey,abang pulak buat saya kira...sapa banyak dia menang"
    "okey,sape kalah kene cubitt..."

    hahahahha..dan mereka gelak bersama-sama...lepas tu aku tak dengarlah...walllaweh!!!that's so sweet..love it!walaupun mereka nampak macam dah sedikit berusia aku agak-agak dalam 30-40an kot tapi masih lagi macam pasangan yang baru kawin dan tengah asyik bercinta..ni baru dinamakan cinta yang betul,cinta selepas kahwin..hehe...

    sekadar gambar hiasan ^^

    bercinta bukan hanya boleh di panggung wayang,makan bersama namun beriadah dan bersenam bersama pun boleh....apa yang penting hubungan itu mesti dikekalkan dan jangan biarkan ia hambar...

    p/s: kejap lagi nak naik ktm sorang-sorang pergi midvalley jumpa admin ganu blogger tok esah dan woot-woot..yang lain aku tak kenal..huhuhuhu *erk...tadi baru yanie call ajak pi jalan tar bersama sahabar blogger lain..halamak!!last minute betul..okey,dah janji ngan tok esah kan =p

    Friday, January 14, 2011

    it's exactly a year!!

    i got no class today,yieeha!! =)
    when i saw my calendar,i just realised that today was 14th january..that's mean it has been a year since i broke up with him and being single again..ngeeeeeee (^___^)
    read this (poyo ckit)

    it was just great as i can forget him already..alhamdulillah..
    all my feelings toward him fades and disappear day by day...

    he is not the one who i always thinking about for this time being..
    my families and friends are just good enough for me
    my education is the priority..xoxo

    single is simple and i can choose my own pathway..
    no puppy love anymore...

    if i'm in love again.i'll make sure he is my soulmate..
    the one who understand me well,my career,my family..
    the one who can stand with my behaviour..

    for the rest of my life..i'll be with u..ngeeeeeeee :)

    tips nak lupakan seseorang??next post k =p




    p/s:sape baik??nak duit poket??join jaa  sini

    Thursday, August 12, 2010

    p/s i love you :the best pillow talk


    rasanya dah lama nak post pasal benda ni,tapi asyik2 xde masa je...memang kebelakangan ni sibuk sangat...tadi baru je statistik test,bolehla~ minggu dpan mmg hectic habis la hidop aku...bio article test,math test,ielts speaking test..bla3...bila dengar sir william ckap td,tetiba rasa cuak....bila nak study btol2 nie(~_~)

    fuh,hari ni dah masuk hari ke-2 berpuasa...alhamdulillah,semoga bulan puasa tahun ni akan dapat lebih keberkatan berbanding tahun2 sebelum ni..semalam pun dah join iftar,berbuka puasa ramai2 n pergi tarawih...semoga dapat bertarawih dengan istiqamah tahun ni..insyallah~

    ok,berbalik kpd tujuan asal,saja nak share sedikit pasal pillow talk anjuran psc baru2 ni...xmenyesal datang,siap dapat VIP seat lagi...penceramah malam tu ustaz pahrol mohd juoi,ketua aditor majalah solusi dengan farah adeeba,personaliti tv9...diorang sangat best~

    tempat untuk penceramah
    ok la...tema hitam+merah..aku ambik seat paling depan,untuk dapatkan kesan audio dan visual terbaik..hehe,xlay blah kan...sebenarnya majlis ni start lambat sebab kak farah tersesat,xbiasa dangan kawasan sini agaknya..lagipun,kedudukan intec ni macam agak tersorok,bukan betul2 tepi jalan besar~

    taufiq,ustaz pahrol n kak farah
    ape yang menariknya,tajuk pada malam ni ialah cinta..macam2 la yang diorang ceritakan, bagi nasihat dan macam2 lagi...aku suka cara ustaz pahrol ni,setiap kata2 dia sungguh bermakna dan mempunyai maksud yang mendalam..

    sebenarnya exited jugak jumpa diorang,yela biasa tengok kat tv dan baca buku je...ni dah dapat jmpa depan2..siap boleh beramah mesra lagi...kak farah pun ada ceritakan pengalaman dia bercinta,hidup dia,camne nak pilih lelaki bertanggungjawab dan macam2 lagi la...overall,memang best..kalau xcaye,tengok hampir penuh dewan besar intec terutamanya pihak lelaki...ramai sangat yang datang,biasalah bercakap hal cinta pasti ramai yang berminat kan..memang lumrah manusia begitu~

    sempat aku snap..hehehe


    kak farah ni sedang cari dan tanya sapa yang tengah dilamun cinta..hahaha,memandangkan dia betul2 depan aku saje je snap pic ni..adalah sorang dak pempuan ni mengaku yang dia sedang asyik bercinta dan bila ditanya apa yang dia nak dalam percintaan,dia jawab nak membahagiakan pasangannya..adakah sudah pasti yang kita bahagia kalau pasangan kita bahagia???mungkin ada,tapi tidak semua begitu...ada yang terpaksa menanggung sakit hati,perasaan semata nak lihat pasangannya bahagia,tapi diri sendiri yang menderita...

    kata ustaz pahrol jugak,hampir 90% pasangan yang bercinta tidak kahwin bersama pasangannya...wah,bercinta bagai nak rak,bertahun-tahun ke sana ke mari..last2 kahwin dengan orang lain jugak...berbaloikah???wah,tetiba je rasa nak bercinta lepas kahwin la..cinta lepas kahwin pun best jugak,masa baru kahwin tu baru dalam proses nak kenal hati budi masing2...kata member aku"orang lain semua ada pakwe,aku je xde"


    biarkanlah orang lain,kita buat cara kita sendiri..fikir hal diri sendiri dulu,xpayah nak fikir bila nak date,nak keluar makan,nak pakai sedondon,nak control2..macam2 lagilah....bila member2 keluar dengan pakwe,kita boleh je luangkan masa dengan keluarga,kawan2 lain...banyak lagi benda yang boleh dibuat walaupun xde pakwe...ada jugak member aku cakap"kalau kita xde pakwe,nanti bila dah kerja semua orang dah ada pasangan dan pilihan hati masing2..habis aku nak kawin dengan sape???"

    bila dengar pun rasa macam xleh blah...tapi ni memang betul ada kawan aku cakap...kalau dia baca ni,memang tergelaklah kot ~..~ tapi kalau dah ada jodoh,xkemana...xperlulah kita nak cari awal2 janji nak kawin tapi akhirnya xjadi...erm,mentang2 lah sekarang ni aku tengah belajar bab kahwin dalam silibus CTIS(islamic family law)...best belajar tajuk ni,baru rasa dah dewasa rupanya aku ni ye,dah boleh kawin..hahahahhahahaha=p




    some of the pics

    sempat lagi kitorang snap pic masa last,yela nak buat kenangan..aku ada amik pic berdua ngan kak farah,tp x cantik pic tu...xnak tunjuk la..hehehehe,ape2 pun fikirlah masak2 sebelum anda bercinta..janganlah bercinta sebab nak main2 dan sekadar menghilangkan rasa bosan...sia sia sahaja~

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...