hujung minggu yang lepas jaa dan kawan-kawan sekumpulan buat aktiviti bakti sosial, dekat area universitas Trisakti dan depan mall ciputra land, Jakarta...we have to present a video about the people around here..seriuosly, aku sebak melihat keadaan mereka yang hanya tinggal kat bawah jambatan ni, makan, tidur dan segala-galanya...
happy go lucky girl!!!novi :)
the cewexs!!hehehe :)
D1 girls!
the cowoxs!
bergambar dulu sebelum memulakan tugas dan misi (^_^)... sasaran kami adalah anak-anak kecil yang tinggal di bawah jambatan tu, kami ada bawak barang-barang kelengkapan diri macam berus gigi, sabun, makanan sedikit, vit.c dan ada lagi laa..
inilah keadaan tempat tinggal mereka, hanya dibawah jambatan, tanpa bumbung dan sebarang pelindung...itulah tempat mereka tidur, makan,masak dan segala-galanya...mereka sudah tiada tempat tinggal lain untuk menumpang teduh..
kami beramah mesra dengan penduduk di sekitar terseburt..ada yang katanya anak-anak yang berusia 5-10 tahun keluar bekerja mencari wang, ohhh usia itu terlalu muda, kita mungkin masih belum mengerti tentang dunia luar dan pada usia sedemikian kita langsung tidak punya apa-apa bebanan atau tanggungjawab...hanya tahu bermain, makan, tidur...tapi mereka terpaksa bekerja demi mencari rezeki dan sesuap nasi...
sempat bergambar bersama-sama anak-anak kecil..
masih lagi berbincang tentang hala tuju seterusnya...
apa yang menyedihkan apabila melihat ada bayi yang masih kecil turut tinggal dan dijaga di bawah jambatan itu..bayi yang di dalam gambar ini berusia 2 bulan camtu la..begitulah keadaan ibu tersebut menukar lampin dan memandikan anak di kawasan itu yang banyak sampah sarat..ohhhh, sungguh tak layak untuk dijadikan tempat tinggal kan, namun apakan daya mereka terpaksa...
ini kira ok lagilah...sebenarnya kat situ ada sorang bayi yang baru belasan hari, oh kulitnya masih merahh..kesiaaan :( usia yang terlalu muda macam tu sepatutnya berada di tempat yang bersih, selesa...antibodinya masih lemah dan mudah menerima serangan penyakit...
walaupun sumbangan kami hanyalah sedikit, setidak-tidaknya aku berasa diriku begitu bertuah dan beruntung sebab tak perlu mengharungi hidup macam diorang...aku sepatutnya bersyukur dengan apa adanya..mungkin kita rasa diri kita susah, banyak masalah namun ingatlah ada orang lain yang lagi susah dari kita...nak hidup pun susah, jadi terimalah apa adanya dan selalu bersyukur.
4 comments:
salam kenal..dah follow awak.
Ya Allah, tido di bawah jambatan? saya harap ada lagi pihak berkemampuan untuk tolong mereka.
MOHD NASER.com
sedihnya tengok mereka yang tinggal bwh jambatan tu. rasa mcm nk nanges.
mcm terpikir, eh, ada ke orang duduk tempat mcm tu. tp betul mmg ada. kesian baby tu. ;(
salam kenal..haah, tido bwh jambatan, harap2 cmtulah, sedih tgk :(
@niezam- itulah kan, klu kt negra kita ada je yg tidur2 macam tu, tp yang terus tinggal mcm ni rasanya macam takde, tapi tak tawlah
Post a Comment