nuffnang

    Thursday, October 13, 2011

    let's renovate and renew our heart!!

    Assalamualaikum dan selamat pagi :D

    Alhamdulillah bangun pagi-pagi, rehatkan minda lapangkan hati sebelum memulakan tugas pada hari ini tidak kiralah sama ada ke kelas, kerja, pasar dan sebagainya...dalam hidup kita sehari-hari memang kita tidak sedar yang kita ada buat apa-apa kesalahan, dosa tak kiralah dari benda yang kita anggap remeh seperti membuang sampah, perasaan hasad dengki, termengumpat dan sebagainya kan...benda tu mungkin kita tak perasan, tapi sebenarnya perkara tu wujud dalam kehidupan kita sehari-hari terutama dalam pergaulan sosial..


    jom apa kata pagi-pagi ni cuba kita pasang niat yang hari ni kita nak buat benda baik, kita nak tolong orang sebanyak mungkin, nak jaga mata, telinga, lidah dan sebagainya...mungkin semalam kita ada tak berpuas hati dan marah pada seseorang, cuba tenangkan diri dan maafkan kesalahan mereka...insyallah hati kita akan menjadi lebih tenang dan mudah melaksanakan tugas...sesungguhnya kalau kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita, insyallah =D





    suka dengan gambar ni, walaupun ia hanyalah animasi bagaimana kartun-kartun putih ini membaiki hati yang sudah rosak bersama-sama, namun maksudnya penuh mendalam...ini menunjukkan bahawa hati kita itu rapuh, mudah rosak seandainya kita lalai tapi itu tidak bererti hati kita akan rosak selama-lamanya...kita boleh renovate hati kita yang mungkin sedikit rosak dengan melakukan perkara-perkara baik dan beribadat sebelum ia rosak lebih parah..


    bukan setakat renovate, kita juga boleh renew hati kita...mungkin dulu banyak benda tak elok yang kita lakukan, insyallah sekarang ni kita boleh berubah...manusia itu ibarat air, boleh berubah bentuk mengikut bekas dan acuannya..bagaimana kita melatih diri kita, gaya hidup kita itulah yang akan membentuk keperibadian kita...tiada manusia yang sempurna, namun kita boleh berusaha untuk menuju ke arah kesempurnaan dan menjadi yang terbaik..

    wallahu'alam :D


    No comments:

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...