nuffnang

Saturday, October 15, 2011

Resepi cekodok bawang ikan bilis yang mudah


Assalamualaikum...


pagi ini saya nak tunjuk cara-cara yang paling mudah untuk membuat cekodok ikan bilis, memang sangat mudah dan cepat...okey, bahan-bahan yang diperlukan adalah....

  • tepung gandum 2 cawan
  • air 1 cawan
  • bawang besar 1 ulas
  • ikan bilis
  • lada 
  • garam secukup rasa
  • minyak

mula-mula kita siapkan dulu bahan-bahan tadi..


 bawang besar yang dicincang bulat

 lada...tapi ini bergantung, bagi yang tidak sukakan pedas, tak nak letak pun takpe...
tapi kalau yang suka, letak banyak-banyak pun takde hal punya..

 ikan bilis yang telah dibasuh...


lepas bahan-bahan sudah disiapkan, masukkan tepung dan semua bahan bahan tadi ke dalam bekas yang sesuai..kemudian, masukkan air dan garam secukup rasa...pastikan adunan itu cukup-cukup tidak terlalu keras dan lembik..inilah contoh adunan tu..


kemudian guna sudu ataupun guna tangan untuk bentuk yang lebih cantik dan masukkan ke dalam kuali yang minyak telah dipanaskan..kemudian siiapp!!!mudah kan??tak sampai setengah jam pun..heeehe...

inilah hasilnya, bolehla dimakan bersama sos cili ataupun sos pencicah untuk rasa yang lebih enak...lebih enak kalau dimakan ketika masih panas lagi, bolehla hidangkan kepada keluarga dan sahabat handai...selamat mencuba!!


kejap lagi nak buat cekodok pisang pula :D
Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...