nuffnang

Tuesday, October 25, 2011

kunjungan ke panti sosial


Assalamualaikum......


sabtu yang lepas kami semua satu batch pergi ke panti, melawat mak cik dan pakcik kat sana...tujuan pegi bukan saja-saja, nak melatih kitorang menerapkan komunikasi dan empati yang telah kitorang belajar dalam blok 1...kami pergi ke 6 panti yang berlainan mengikut kumpulan =D

aku kumpulan D dan bersama-sama 75 orang member lagi ke panti sosial bina harapan dekat Jakarta Barat ni je...yang specialnya aku dan beberapa member lagi naik van, weeee..orang lain semua nak bas sebab tak muat kan..apa yang best kami tak payah jalan kaki sebab laluan masuk ke panti tu sempit, bas tak boleh masuk..jadi mereka yang lain berjalan kaki masuk...dahla diorang sesat,hurm...


 in the van, 3 of my groupmates..kevin, meily and novi..wink!!


 my own pic of course!!haahaha =p we have to wait for our friends first...


first impression bila sampai tengok ada yang tak berbaju, berkeliaran..pastu macam tak berapa nak betul pun ada...aku ingatkan pergi ke rumah orang yang betul-betul tua, tak ada orang nak jaga diorang camtu...rupa-rupanya kat sini bukan hanya warga tua, tapi yang dewasa dalam 20-an pun ada...yang pasti mereka ada masalah gangguan jiwa..opps, ngeri gak bila dengar..


tapi mereka lepaskan yang okey, boleh berbual-bual dan tidak berapa nak bermasalah, walaupun ada jugak..heeehe...yang agak-agak kuat merapu tu mereka kunci kat dalam pagar, bukan apa dah ada kisah orang datang melawat tiba-tiba je diorang naik angin pastu pukul sampai berdarah ohh...nak elakkan benda tu terjadi hanya beberapa orang dalam 80 orang camtu yang dibawa keluar...memula kami sampai aku lihat mereka begitu asyik menonton cerita kartun ape ntah...heeehe...macam takde citer lain dalam fikiranku, tapi aku sedar mereka ni kan kebanyakan bermasalah jiwa =.=


aku ada temuramah beberapa orang mak cik dan pak cik, ni adalah sesi berbicara dengan mak cik dan pak cik kat situ...dalam gambar di atas ni cuba korang tengok sorang mak cik yang duduk betul-betul tepi tiang belah kanan, baju biru bunga-bunga putih pastu ada sorang student pempuanbeg kuning tengah berborak ngan dia..mak cik ni special taw!


aku ada pergi tanya dia nama apa, pastu suruh dia cerita...ohhh, nak bukak mulut pun susah, aku cuba pegang tangan dia..nak bagi dia selesa sikit, mungkin terasa janggal dengan orang luar kan...tapi dia aku tanya lain jawab lain pastu dahla bahasa yang langsung aku tak paham...rasanya bahasa daerah tapi tak pasti, macam kerbau cakap dengan burung je rasanya...


aku rasa dia paham soalan aku sebab aku cuba cakap bahasa indonesia sebaik mungkin, tapi dia masih jawab dalam bahasa errrmmm...tak taw nak kato apoo..sedih...hhaaaha...dahla dia langsung tak pandang aku, sampai aku kene jenguk kat depan dia...hohoho..pastu aku mintak diri dan tak dapat nak tulis apa-apa laporan pasal dia sebab sepatah haram pun aku tak paham...tapi aku hulur salam dia sambut je, walaupun muka tak pandang..fine mak cik, muka saya buruk sangat ehh..huhuhu..



masih lagi dalam sesi berborak-borak...oh, tengok yang berbaju biru ni teringat pulak dekat sorang pak cik ni, aku rasa dia muda lagi dalam 30-an kot, tapi dia cakap umur dia 85 tahun..pastu dia cakap sejak kecil lagi tinggal kat situ..lawaklah pak cik ni, tapi aku profesioanal kot, biasalah mereka kan ada masalah...yang berbaju biru ni sebenarnya tak berbaju masa kitorang sampai, pastu barulah pihak panti bagi diorang pakai baju, sopan la sikit..huhuhu..



oh, wanita ni nama dia Erni..heeehe, dia pun muda lagi baru 33 tahun...kesian kan, umur muda-muda tinggal kat sini tapi apakan daya mereka tak boleh kemana-mana...kalau mak cik tadi tak nak pandang muka aku, akak erni(panggil akak lah, muda sangat =p ) siap panggil aku cewek cantik lagi..kahkahkah...dia ada cerita yang keluarga dia semua meninggal ditabrak (kene langgar) masa tengah makan berama-ramai kat kedai..aku rasa dia tekanan jiwa kot, yelah kehilangan seluruh ahli keluarga meninggal dalam satu masa..masa tu dia tak ikut makan, sebabpergi keluar dengan member-member...

apa yangbest tentang akak ni, dia suruh aku ajar english..hahaha, dia sempat sekolah sampai smp je (kalau kita lebih kurang form 3) pastu berenti sekolah...dia boleh tahan okey jugak kot siap tanya aku solat apa dalam english pastu kalau nak makan nak cakap cmne...haaha, kelakar lah! dia kata nanti kalau pandai cakap english nak pergi negara omputih...fuyoo, besar oh cita-cita...pastu siap ajak aku lagi keluar jalan-jalan..hahahaha =p

 kak erni, manda dan mak cik ni tak ingat nama...mak cik ni pun cam ok gak...mostly diorang rambut pendek, sebab senang nak uruskan kot..


 inilah panti tersebut!

masihlagi sesi berbual-bual dan menemu ramah penghuni panti...huhuhu...mak cik yang belah kanan yang aku ceritakan tu nampak lagi jelas dari sini..heehe...



lebih kurang satu jam masa yang kitorang dapat guna untuk bersama mereka....mereka nampaknya begitu teruja melihat kitorang datang..heee, boleh jugak menghilangkan bosan diorang kat situ yang tak boleh keluar dan buat benda yang sama berulang-ulang setiap hari..huhhuhu...


p/s: something crazy happen, sigh!
Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...