nuffnang

    Wednesday, September 28, 2011

    my new life begins :D

    Assalamualaikum .....

    alhamdulillah, finally i can update this blog at my very own room and laptop...this is one of the way that i can express my feelings and share with others..well, everyone are busy with study, assignments, bla..bla...pak cik baru je pasang internet semalam, laju wohh... i like it =D 

    i'm a medical student now, frankly i never though that i'll be here....everything happen for reason right, Allah knows the best!! i'm gonna start my new life with new friends and environments...

     fakultas kedokteran =D


     my snell jas, need to wear it everyday especially during PBL and skill-lab

    my study table..



     i never have any yellow stuff befire this and usually that will be the last colour that i'll choose...however, the owner of this house provide me with this yellow bed sheet...bout now i already changed it to pink =p

     my room...not bad la for 650 000,rp per month...about RM 250

     drinking water...

     look interesting right!! a normal jug with heater..

     our house, all malaysian girls are here...2 of us already moved to other rooms due to some problems..then,m there are 9 of us are here with the maid..nak kata maid pun bolehla sebab keje dia cuci baju kitorang dan bersihkan rumah...

     pemandangan dari luar..

    snap my own pic >_<


    that's all for this time!!insyallah i can update this blog everyday after this...i learnt a lot of new words from my indonesian friends, they are nice friends!! i think i can easily make new friends :D



    Monday, September 26, 2011

    sekilas pandang kehidupan di sini

     kesian pula tengok pak cik ni, berjalan dan kemudian menumbuk ape kebenda entah pun saya tak tahu...kemudian kalau ada yang nak beli dia akan tumbuk dan kasik, berjalan ke sana kemari...


     polis ke siapa entah tengah berbual-bual...tapi memangbeginilah keadaan yang selama ini pernah tengok dalam sinetron je gerai-gerai kecik yang boleh ditolak itu...

     gambar ini diambil adalah semasa kali pertama saya menaiki kenderaan ini, yang bernama bajai...saya ada menonton cerita hingga hujung waktu yang seorang itu bekerja sebagai pemandu bajai..walaupun usang begini, saya begitu teruja bila kali pertama dapat rasa naik..hahhaha..

     pasar tomang barat, lebih dikenali sebagai pasar kopro oleh warga di sini...banyaklah benda-benda yang boleh dibeli...kalau mkat terengganu ala-ala pasar payang gitu...tapi bagi saya sendiri pasar payang tu jauh lebih mantop....
     bajai-bajai yang menunggu penumpang untuk pulang ke kediaman masing-masing...


    ini semasa GAMALIEL, iaitu minggu orientasi...bapak bosan menunggu ceramah-ceramah dari doktor-doktor dan dosen...persatuan pun banyak juga kat sini, entah malas nak ambil tahu..
     as usual, have to take the signature from the seniors, lecturers and friends....the girl who wear blue coat is a KAPING, kat sini kakak pembimbimg...teringat pula memori menjadi fasi kat INTEC..hehehe..

    lebih kurang macam nilah kedai-kedai kat sini...banyak pulak tu...yang ini tunggu beli apa pun da lupa...

     mereka yang ada di tempat kejadian..heheheh..yang paling kanan tu senior, tahun 2009..dialah yang bawak kitorang pusing-pusing sekitar jakarta...just nak kenal tempat dan bagaimana nak pergi, tu je...dua orang lagu student KTT dulu...

    kenapa gambar ini menarik???cuba baca kat situ...bakso goyang bibir yes! first time baca terus tergelak dan ambil gambar...kitorang membayangkan bagaimana kejadian menggoyangkan bibir itu..mungkin bakso yang terlampau sedap sampaikan menggoyang bibir..hehe

     auditorium yang menjadi saksi ramai bebudak yang bosan dengar kuliah...jugak kadi saksi student yang asyik ntidor je..hehe
     pakcik tukang bawak bajai..sempat kan, memang sempat pun, sebagai koleksi..hehe =p

    ini apa namanya pun lupa...sup buah kot..tapi yang penting banyak buah kat dalam ni dicampur-campur..


    p/s: i'll be a pleno presentor for my group...i don't know why, but i have to.....



    Friday, September 23, 2011

    from KLIA to Soekarno-Hatta International Airport

    Assalamualaikum..

    malam ni pergi menumpang tidur di rumah senior Malaysia, tapi diorang unversity trisakti..diorang tinggal berama-ramai 16 orang satu rumah, semua kongsi..nampak macam best jugak..macam satu keluarga, tidur sama-sama, masak dan makan sama-sama...tapi apakan daya, kami dahla sedikit, pastu dua orang tadi dah pindah masuk bilik sewa lain...

    memang ada masalah sikit sebab bilik kitorang yang sekarang ni tak berapa nak selesa lagi pulak wifi tak boleh nak pasang sebab penyewa dulu ada hutang dengan pihak internet tu..jadi nak tak nak kena langsaikan dulu hutang yang lama kalau kitorang nak pasang internet..memang agak tak masuk akal kan, padahal bukan salah kitorang pun :(

    dah malas nak banyak cerita, nak share gambar-gambar time sebelum depart dari KLIA hari tu..

     inilah muka-muka yang menghantar aku kat airport hari tu

     with the sweet couple, mak su bakal menimang cahaya mata tak lama lagi

     walking to the gate

     with my beloved mum

     eh...yang ni baru sampai tempat parking, pun adaa..hehe

     my brother, who helps me a lot to settle my passport etc..

     beloved aunt

     tetiba jumpa member skolah rendah, atie yang kebetulan hantar member dia yang fly sekali ngan aku


     sempat lagi atas eskalator.

     take my passport...


     bye-bye malaysia..


    memember seangkatan...

    that's all for tonight, oppps it's morning already >.<  rasa macam tak ngantuk pulak sebab dah lama tak online..sedih kan, ini pun menumpang internet rumah kakak senior..they are so kind..tak jangka pun nak tidur, tapi dah alang-alang datang jela tidur terus...


    gonna sleep now, got class tomorrow...1.20 a.m waktu jakarta..


    Wednesday, September 21, 2011

    skill lab communication..

    Assalamualaikum...

    tadi baru selesai first skill lab communication...ah, memang nampak gampang kan, tapi sememangnya ia agak sukar bagiku yang memang langsung tak pernah ke klinik jumpa doktor di jakarta ni, pulak tu bahasa istilah dan beberapa words yang aku tak berapa nak faham..apa lagi, aku bedal jela cakap bahasa melayu baku..

    itu pun ada yang mereka tercengang, mereka faham je kalau aku cakap "sejak bila sakitnya?" tapi kata-kata itu tampak pelik dan macam tak formal atau standard..mesti cakap "sejak kapan" dan adalah beberapa perkataan lain...aku takut time ujian nanti, manalah taw ada diskriminasi kalau aku tak boleh brcakap bahasa indonesia dengan lancar dan perkataan yang aku gunakan itu bagaikan tidak formal bagi mereka walhal kalau di Malaysia perkataan itu memang sudah standard dan biasa..

    tapi groupmates aku memang baik, selalu tolong aku kalau tak faham apa-apa...siap ingatkan aku lagi untuk solat zohor walaupun masa tu kitorang tengah bincang aktiviti group..almaklumlah, majoriti kristian...kekadang aku fikir ada bagusnya juga aku belajar bahasa diorang ni, nanti takdelah aku perlukan subtitles untuk tengok sinetron..hahaha..apa yang penting adalah komunikasi dengan pesakit nanti kalau mereka tak faham apa yang aku cakap dan aku juga tak faham apa yang diorang cakap susah jugak...

    semua yang berlaku pasti ada sebabnya, aku yakin memang aku sudah ditakdirkan untuk berada di sini...biasalah, hidup mesti berani terima kenyataan kan..tapi kat sini kitorang dapat masuk hosital awal, 3 tahun belajar teori lepas tu sekali grad then terus boleh masuk hospital jumpa pesakit kiranya dah jadi doktor muda...2 tahun lagi adalah ko-as (aku pun tak pasti macam ni ) kiranya dah macam housemanship kat malaysia..perh!aku baru taw..untunglah boleh dapat experience awal dari memberku yang belajar medik macam aku juga di seluruh dunia tak kiralah di rusia,mesir,republik,uk dan mana-mana jelah termasuk di malaysia sendiri..

    kat sini pakai sistem blok, habis satu blok baru masuk blok lain...tapi macam best jugak, hampir setiap minggu ada pbl...alhamdulillah aku rasa aku dah boleh terima keadaan di sini, walaupun pada mulanya aku agak ragu-ragu dengan sistem pembelajaran yang menggunakan bahasa indonesia..nest week ada ujian skill lab communication dan bioetika..

    p/s: harap-harap petang ni semuanya settle

    Monday, September 19, 2011

    i need internet...

    tajuk macam desperate..memang tersangat desperate ni...bukan untuk main facebook, twitter apatah lagi update blog yang makin lama makin jarang update ni...tapi assignment, kerja averythinng need internet..


    bapak tuan rumah kata nak pasang tapi tak taw bila...so sad :(

    Wednesday, September 14, 2011

    upin & ipin di Indonesia..

    Assalamualaikum...


    Upin& Ipin adalah salah satu kartun  yang popular di Malaysia, namun begitu ia mendapat sambutan yang cukup menghangatkan di Indonesia...bukan apa, bila je bercakap pasal Malaysia atau mengetahui bahawa aku berasal dari Malaysia, perkara pertama yang mereka sebut ialah upin&ipin..pelik bukan???

    kisah upin  & ipin ditayangkan di kaca tv di sini..hanya itu saja kalau tidak salah aku, kalau di negara kita hampir setiap rancangan televisyen akan menyiarkan sinetron yang ceritanya tidak habis-habis dan penuh konflik itu..lepas satu konflik, timbul lagi konflik yang baru....

    kartun kembar popular : upin & ipin


    oleh kerana dalam kumpulan aku hanya aku seorang sahaja dari Malaysia,mereka sering saja mengusik BETUL,BETUL,BETUL!!!kemudian aku juga dipanggil kak ros..sungguh kelakar ya kalau difikirkan...tapi itulah realitinya..mereka juga mengajuk percakapan bahasa Malaysia yang tidaklah terlalu banyak bezanya..mungkin hanya ada beberapa perkataan dan sebutannya sahaja yang berbeza...kalau di sini, cerita ini akan ada subtitle bahasa indonesia di bawah...

    kalau dilihat di kedai-kedai pula banyak vcd dan dvd yang dijual begitu juga dengan perkara yang lain seperti baju kanak-kanak, selipar, tuala dan sebagainya...nampaknya penangan upin dan ipin itu sungguh besar ya di si sini..aku belum pernah menonton tv di sini sebab kat bilik sewa itu tidak ada tv..lagipun kelas dari pagi sampai petang,lepas tu ada tugas lagi..manalah ada waktu nak menonton...kalau kat intec dulu pun tak tengok tv jugak..jadi memang tak tahu bagaimana keadaanya di sini...

    member group aku ada yang namanya kevin..dua orang nama sama...dahla banyak cakap, terus panggil sorang upin dan sorang lagi ipin...suka sangat mengajuk cakap upin ipin..hahahahah...yang tak boleh blah diorang cuba nak cakap bahasa malaysia, maksudnya sebutan kononnya nak kenakan aku...dahla berpakat ramai-ramai...banyak kot perkataan baru aku belajar...


    P/S: lidah masih pelat asyik nak cakap bahasa baku je...part yang paling susah, alphabet..cara sebutan diorang pelik sampai kekadang tersalah erti.... a lot of things to learn!!!
    

    Tuesday, September 13, 2011

    Jakarta, Indonesia

    Assalamualaikum.....

    sudah sekian lama aku tidak mencoretkan sesuatu di sini...alhamdulillah aku sekarang sudah bergelar seorang mahasiswa kedoktoran, pelajar perubatan...memang terlalu banyak perkara yang ingin ditulis, namun kesempatan yang tiada...kat rumah belum pasang internet dan kelas baru je mula semalam...

    sesi orientasi atau lebih dikenali sebagai Gamaliel di sini memang sangat memenatkan kepala hotak dan tubuh badan...seawal 5.30 pagi dah kena berkumpul dan balik dalam jam 8malam...kalau nak solat tu, memang kena manage dan pandai-pandai sendiri saja...selain itu, banyak benda yang suruh dibawanya...ah biasalah pelajar junior, ikut sesi orientasi lagi...


    kat sini kami tinggal bilik sewa atau dipanggil 'kost'...siap ada bibik yang kemas rumah dan basuh baju lagi....setakat ni masih ok cuma masalah language tu adalah problem sedikit..tapi rasanya lama-lama dah boleh adapt kot, kebanyakan senior dari malaysia pun cakap begitu...

    kami tinggal bolehla dikatakan kawasan bandar sebab ada 3 mall yang besar..Taman Anggerik, mal ciputra dan Central Park...tapi yang tak boleh blah rasa macam tak percaya naik angkut dan bajai yang selama ini hanya tengok dalam sinetron...rasa macam kelakar, tapi itulah hakikatnya...tak masuk lagi cerita pasal jalan yang memang cukup sesak tanpa kawalan..perh, sapa yang memandu di sini memang cukup hebatt!!!


    Oh ya, mau solat zohor dulu...jam 12 dah masuk waktu zohor, 12.30 ada kuliah lagi...gambar-gambar tak dapat nak upload lagi sebab masih belum pasang internet kat rumah...inipun guna internet kat lab com kolej...oh, hari ni baru nak start puasa 6 dan puasa pertama di perantauan :D waktu maghrib kat sini awal, dalam 5.50 dah maghrib...jadi mungkin tak terasa sangat kalau berpuasa, kelas habis kol 4 duduk kejap dah nak berbuka kan...

    Sunday, September 4, 2011

    menghitung hari-hari terakhir.. selamat hari raya!!

    Assalamualaikum dan salam sejahtera...


    hari ini sudah masuk 6syawal, maksudnya sudah 6 hari kita menyambut hari raya aidilfitri dan juga selamat menyambut bulan kemerdekaan!!Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan oleh-Nya untuk menyambut hari raya pada tahun ini, apakah mita masih sempat beraya pada tahun hadapan??wallahua'lam..

    sudah lama tidak berblogging, memang terlalu sibuk dengan raya dan juga persiapan untuk melanjutkan pelajaran di bumi asing...masakan tidak, nak kena buat medical check-up yang sangat menyakitkan hati tu..bukan apa, masalahnya bila benda senang orang lain yang buat susah...nanti kena buat satu entry pasal medical check-up yang menyakitkan hati tu...tunggu jelaa..

    nasib jugak pegi lepas raya, bolehla beraya dulu..teringat pulak kata-kata roomate aku kat intec..if lepas nak fly harap-harap la lepas raya sebab nak kutip duit raya dulu..hahahha..memang best kan..aku rasa inilah raya yang paling banyak dapat duit...kiranya sedekah la dari kaum keluarga..kalau sorang bagi sekeping dua..ramai-ramai agak banyak jugaklah...

    ni tengah packing barang-barang takut ada yang tertinggal..yelah bukannya dekat nak hantar kalau ada barang tertinggal kan..kalau setakat baju-baju tu tak kisahlah, yang kisahnya kalau tertinggal dokumen penting, memang kena simpan awal-awal...bawak 3 beg je, 1 beg bagasi luggage, 1 beg backpack dan satu lagi laptop bag...harap-harap la muat kalau tak muat pun bawak jelah setakat muat, yang tak muat tu boleh carik kat sana je..hehe..

    jom tengok gambar raya sekeping dua..hehe..

    with my sis and cousins

    cepat betol abah salin pakai baju tshirt...


    dengan family yang ada..yang lain ada pulang beraya kat rumah mertua dll..

    dengan dua orang cousin


    nah gambar straight dari kamera, xde edit pun..hehe..tak sempatlah nak update, nak edit gambar dan nak macam-macam lagi..nanti aku akan update cerita pasal UKRIDA dan new environment at Jakarta kayh!!selamat berhari raya :D



    P/S : Jom sama-sama kita berpuasa 6 hari di bulan syawal...



    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...