nuffnang

    Showing posts with label kedoktoran. Show all posts
    Showing posts with label kedoktoran. Show all posts

    Wednesday, September 21, 2011

    skill lab communication..

    Assalamualaikum...

    tadi baru selesai first skill lab communication...ah, memang nampak gampang kan, tapi sememangnya ia agak sukar bagiku yang memang langsung tak pernah ke klinik jumpa doktor di jakarta ni, pulak tu bahasa istilah dan beberapa words yang aku tak berapa nak faham..apa lagi, aku bedal jela cakap bahasa melayu baku..

    itu pun ada yang mereka tercengang, mereka faham je kalau aku cakap "sejak bila sakitnya?" tapi kata-kata itu tampak pelik dan macam tak formal atau standard..mesti cakap "sejak kapan" dan adalah beberapa perkataan lain...aku takut time ujian nanti, manalah taw ada diskriminasi kalau aku tak boleh brcakap bahasa indonesia dengan lancar dan perkataan yang aku gunakan itu bagaikan tidak formal bagi mereka walhal kalau di Malaysia perkataan itu memang sudah standard dan biasa..

    tapi groupmates aku memang baik, selalu tolong aku kalau tak faham apa-apa...siap ingatkan aku lagi untuk solat zohor walaupun masa tu kitorang tengah bincang aktiviti group..almaklumlah, majoriti kristian...kekadang aku fikir ada bagusnya juga aku belajar bahasa diorang ni, nanti takdelah aku perlukan subtitles untuk tengok sinetron..hahaha..apa yang penting adalah komunikasi dengan pesakit nanti kalau mereka tak faham apa yang aku cakap dan aku juga tak faham apa yang diorang cakap susah jugak...

    semua yang berlaku pasti ada sebabnya, aku yakin memang aku sudah ditakdirkan untuk berada di sini...biasalah, hidup mesti berani terima kenyataan kan..tapi kat sini kitorang dapat masuk hosital awal, 3 tahun belajar teori lepas tu sekali grad then terus boleh masuk hospital jumpa pesakit kiranya dah jadi doktor muda...2 tahun lagi adalah ko-as (aku pun tak pasti macam ni ) kiranya dah macam housemanship kat malaysia..perh!aku baru taw..untunglah boleh dapat experience awal dari memberku yang belajar medik macam aku juga di seluruh dunia tak kiralah di rusia,mesir,republik,uk dan mana-mana jelah termasuk di malaysia sendiri..

    kat sini pakai sistem blok, habis satu blok baru masuk blok lain...tapi macam best jugak, hampir setiap minggu ada pbl...alhamdulillah aku rasa aku dah boleh terima keadaan di sini, walaupun pada mulanya aku agak ragu-ragu dengan sistem pembelajaran yang menggunakan bahasa indonesia..nest week ada ujian skill lab communication dan bioetika..

    p/s: harap-harap petang ni semuanya settle

    Tuesday, September 13, 2011

    Jakarta, Indonesia

    Assalamualaikum.....

    sudah sekian lama aku tidak mencoretkan sesuatu di sini...alhamdulillah aku sekarang sudah bergelar seorang mahasiswa kedoktoran, pelajar perubatan...memang terlalu banyak perkara yang ingin ditulis, namun kesempatan yang tiada...kat rumah belum pasang internet dan kelas baru je mula semalam...

    sesi orientasi atau lebih dikenali sebagai Gamaliel di sini memang sangat memenatkan kepala hotak dan tubuh badan...seawal 5.30 pagi dah kena berkumpul dan balik dalam jam 8malam...kalau nak solat tu, memang kena manage dan pandai-pandai sendiri saja...selain itu, banyak benda yang suruh dibawanya...ah biasalah pelajar junior, ikut sesi orientasi lagi...


    kat sini kami tinggal bilik sewa atau dipanggil 'kost'...siap ada bibik yang kemas rumah dan basuh baju lagi....setakat ni masih ok cuma masalah language tu adalah problem sedikit..tapi rasanya lama-lama dah boleh adapt kot, kebanyakan senior dari malaysia pun cakap begitu...

    kami tinggal bolehla dikatakan kawasan bandar sebab ada 3 mall yang besar..Taman Anggerik, mal ciputra dan Central Park...tapi yang tak boleh blah rasa macam tak percaya naik angkut dan bajai yang selama ini hanya tengok dalam sinetron...rasa macam kelakar, tapi itulah hakikatnya...tak masuk lagi cerita pasal jalan yang memang cukup sesak tanpa kawalan..perh, sapa yang memandu di sini memang cukup hebatt!!!


    Oh ya, mau solat zohor dulu...jam 12 dah masuk waktu zohor, 12.30 ada kuliah lagi...gambar-gambar tak dapat nak upload lagi sebab masih belum pasang internet kat rumah...inipun guna internet kat lab com kolej...oh, hari ni baru nak start puasa 6 dan puasa pertama di perantauan :D waktu maghrib kat sini awal, dalam 5.50 dah maghrib...jadi mungkin tak terasa sangat kalau berpuasa, kelas habis kol 4 duduk kejap dah nak berbuka kan...

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...