Assalamualaikum...
tadi baru selesai first skill lab communication...ah, memang nampak gampang kan, tapi sememangnya ia agak sukar bagiku yang memang langsung tak pernah ke klinik jumpa doktor di jakarta ni, pulak tu bahasa istilah dan beberapa words yang aku tak berapa nak faham..apa lagi, aku bedal jela cakap bahasa melayu baku..
itu pun ada yang mereka tercengang, mereka faham je kalau aku cakap "sejak bila sakitnya?" tapi kata-kata itu tampak pelik dan macam tak formal atau standard..mesti cakap "sejak kapan" dan adalah beberapa perkataan lain...aku takut time ujian nanti, manalah taw ada diskriminasi kalau aku tak boleh brcakap bahasa indonesia dengan lancar dan perkataan yang aku gunakan itu bagaikan tidak formal bagi mereka walhal kalau di Malaysia perkataan itu memang sudah standard dan biasa..
tapi groupmates aku memang baik, selalu tolong aku kalau tak faham apa-apa...siap ingatkan aku lagi untuk solat zohor walaupun masa tu kitorang tengah bincang aktiviti group..almaklumlah, majoriti kristian...kekadang aku fikir ada bagusnya juga aku belajar bahasa diorang ni, nanti takdelah aku perlukan subtitles untuk tengok sinetron..hahaha..apa yang penting adalah komunikasi dengan pesakit nanti kalau mereka tak faham apa yang aku cakap dan aku juga tak faham apa yang diorang cakap susah jugak...
semua yang berlaku pasti ada sebabnya, aku yakin memang aku sudah ditakdirkan untuk berada di sini...biasalah, hidup mesti berani terima kenyataan kan..tapi kat sini kitorang dapat masuk hosital awal, 3 tahun belajar teori lepas tu sekali grad then terus boleh masuk hospital jumpa pesakit kiranya dah jadi doktor muda...2 tahun lagi adalah ko-as (aku pun tak pasti macam ni ) kiranya dah macam housemanship kat malaysia..perh!aku baru taw..untunglah boleh dapat experience awal dari memberku yang belajar medik macam aku juga di seluruh dunia tak kiralah di rusia,mesir,republik,uk dan mana-mana jelah termasuk di malaysia sendiri..
kat sini pakai sistem blok, habis satu blok baru masuk blok lain...tapi macam best jugak, hampir setiap minggu ada pbl...alhamdulillah aku rasa aku dah boleh terima keadaan di sini, walaupun pada mulanya aku agak ragu-ragu dengan sistem pembelajaran yang menggunakan bahasa indonesia..nest week ada ujian skill lab communication dan bioetika..
p/s: harap-harap petang ni semuanya settle
7 comments:
mg kna tgok sinetron bnyk2 ag or.. bru leh cepat catch up..ye dak.. hehe
hai jaa. ;)
selalu la updates ye, best jugak bc kisah anda diperantauan ni. sy ikut blog anda ms anda buat ALevel kt INTEC lagi, skang dh masuk UKRIDA.
Bahasa Indonesia?
Oh, rajin rajin tgk sinetron...nnti master la bahasanya :)
@fakar- xdop masa lgsung nak tgk sinetron..bnyk keje semacam..huhu
@niezam..
hye nizam...insyallah kalau ada kesempatan. hehe..thanks a lot
@hairil rizal- itulah pasal, kenalah adapt dengan budaya dan bahasa kat sini
since belajar teori hanya 3tahun, life ain't gonna be easy. Heard it from my friend there. But, insyaAllah you'll survive. Good luck, ya! Semoga Allah permudahkan
Post a Comment