nuffnang

Wednesday, September 14, 2011

upin & ipin di Indonesia..

Assalamualaikum...


Upin& Ipin adalah salah satu kartun  yang popular di Malaysia, namun begitu ia mendapat sambutan yang cukup menghangatkan di Indonesia...bukan apa, bila je bercakap pasal Malaysia atau mengetahui bahawa aku berasal dari Malaysia, perkara pertama yang mereka sebut ialah upin&ipin..pelik bukan???

kisah upin  & ipin ditayangkan di kaca tv di sini..hanya itu saja kalau tidak salah aku, kalau di negara kita hampir setiap rancangan televisyen akan menyiarkan sinetron yang ceritanya tidak habis-habis dan penuh konflik itu..lepas satu konflik, timbul lagi konflik yang baru....

kartun kembar popular : upin & ipin


oleh kerana dalam kumpulan aku hanya aku seorang sahaja dari Malaysia,mereka sering saja mengusik BETUL,BETUL,BETUL!!!kemudian aku juga dipanggil kak ros..sungguh kelakar ya kalau difikirkan...tapi itulah realitinya..mereka juga mengajuk percakapan bahasa Malaysia yang tidaklah terlalu banyak bezanya..mungkin hanya ada beberapa perkataan dan sebutannya sahaja yang berbeza...kalau di sini, cerita ini akan ada subtitle bahasa indonesia di bawah...

kalau dilihat di kedai-kedai pula banyak vcd dan dvd yang dijual begitu juga dengan perkara yang lain seperti baju kanak-kanak, selipar, tuala dan sebagainya...nampaknya penangan upin dan ipin itu sungguh besar ya di si sini..aku belum pernah menonton tv di sini sebab kat bilik sewa itu tidak ada tv..lagipun kelas dari pagi sampai petang,lepas tu ada tugas lagi..manalah ada waktu nak menonton...kalau kat intec dulu pun tak tengok tv jugak..jadi memang tak tahu bagaimana keadaanya di sini...

member group aku ada yang namanya kevin..dua orang nama sama...dahla banyak cakap, terus panggil sorang upin dan sorang lagi ipin...suka sangat mengajuk cakap upin ipin..hahahahah...yang tak boleh blah diorang cuba nak cakap bahasa malaysia, maksudnya sebutan kononnya nak kenakan aku...dahla berpakat ramai-ramai...banyak kot perkataan baru aku belajar...


P/S: lidah masih pelat asyik nak cakap bahasa baku je...part yang paling susah, alphabet..cara sebutan diorang pelik sampai kekadang tersalah erti.... a lot of things to learn!!!

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...