nuffnang

Wednesday, November 24, 2010

KARISMA : day 5

korang pernah x ada problem sign in blog??haish,benci betoll la beberapa hari ni xdapat nak sign in blog ikut google chrome..so terpaksalah ikut alternative mozilla firefox tapi masih ada problem xdpt nak comment on post..sorry la my dear friends,hanya boleh update blog dan chat ajee..xboleh nak komen2..sedihh taw!!sape taw cmne nak selesaikan problem nih!!dah penat godek-godek mr.google..help me plizzzz T_T

hari ni last day karisma,tahniah INTEC sebab berjaya mendapat 1emas,1perak dan 1 gangsa untuk tae kwan do..ok la tu sebab penyertaan 6 orang je..basketball perempuan dapat naib johan..yang lain xpasti la pulak..lepas je habis final basketball perempuan terus tengok lelaki :p

 ni team UITM shah alam...tahniah utim shah alam johan kedua-dua sekali..intec perempuan pun kalah ngan diorang..lelaki shah alam menewaskan perak :)
aku suka betol la tengok diorang smua ni main...haha,tangkas dan ada skill..tengok laki main baru best!!!haha..aku suka tengok mamat nih,badan kecik je,tapi main mantap wooo..like it!!(harap-harap xde pemain ni yang baca blog aku :p)




**********************************************
 
sekarang ni ramai yang vote untuk aku tulis melayu tapi aku memang xpandai nak tulis melayu standard sebab aku rasa macam skema...dah lama xtulis karangan bahasa melayu macam ni la jadinya...apa-apa pun aku ada jugak menulis sedikit-sedikit biarpun xde gaya nak jadi penulis yang berjaya..hahahaha, aku bukanlah seorang blogger yang popular,handal sebab aku tulis pasal daily life aku je pun sape la yang nak baca kan??

aku tak suka tulis bab-bab politik,sebab aku memang xsuka politik..bagi aku semua tu entah apa-apa,dok gaduh-gaduh parti ini kutuk parti itu,parti itu pun sama kutuk parti ini..arh,bosan je..layan lagu lagi best!!lalalaala..aku xsuka tulis pasal sensitif isu,kutuk-kutuk orang..ada jugak baca blog yang jenis macam ni,xbley blah la...terus aku larikkksss keluar dari blog tu,kan xpasal-pasal aku sesama dapat dosa baca semua benda yang dia mencarut,maki-maki orang dalam blog..issshh,xsuka lah...

aku ada style aku sendiri,citt bajet jep...aku buat blog hanyalah semata-mata nak berkongsi kisah,pengalaman hidup aku sebagai seorang pelajar,anak,kawan,jiran,dan hamba kepada yang maha pencipta...aku juga suka berkawan,sejak aku buat blog,aku ada ramai kawan (^_^)...walaupun kawan aku cakap kawan alam maya ni bukan boleh percaya sangat,tapi aku rasa berkawan dengan kawan blogger ni best!!sape setuju angkat kaki..haha :)

setiap orang ada pengalaman dan kisah hidup masing-masing dan bila aku berkongsi dengan diorang,aku dapat beberapa respond...kadang-kadang aku xsempat nak cerita kat kawan,so blog ni tempat aku bercerita dan sememangnya aku seorang yang suka bercerita walaupun orang nampak yang aku ni kekadang pendiam..tapi bila aku dah bukak mulut dengan orang yang aku rapat,memang habislah!!(sebab tu kadang -kadang orang panggil aku loudspeaker)

post ni dah lari dari tajuk,ni post last pasal karisma..esok nak naik broga hill dan lusa balik kampung..hoyyyeh!!!

p/s: post ni tak ada kena mengena dengan sesiapapun,aku hanya tulis berdasarkan apa yang ada dalam kepala aku..sesapa yang terasa,harap ampun dari hujung rambut ke hujung kaki..chill babeh!!!happy blogging!!



Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...