nuffnang

    Sunday, July 22, 2012

    Jali-jali jajanan Jakarta

    Assalamualaikum....


    Beberapa hari yang lepas pergi jalan-jalan dan makan dekat mall ciputra lepas tu jumpa tengok macam pesta, bukan pesta sangat tapi macam manarik lalu aku pergi melihat apa yang ada di sana...heheeee...rupanya ada makanan jajanan yang ada dorongan bapak bapak suka tolak dan jual tepi jalan tu tapi kali ni dia jual dalam mall...kiranya orang yang takut nak cuba yang tepi jalan tu sebab takut tak bersih kena macam-macam sakit bolehla cuba yang dalam mall, insyaAllah bersih dan selamat ^^


     patung jali-jali yang besar...masa ni diorang dah nak tutup dah, orang pun da takde tinggal beberapa orang je lagi tengah makan...




     suasana makanan jajanan dalam mall...makanan jajanan atau dorongan ni sedap sebenarnya, dahla harga murah...hhaaaha..tapi itulah, kebersihan kurang terjamin..sebab tu orang yang baru datang jakarta lepas tu try makan tepi jalan mesti diarrhea...banyak dah student sakit sebab makan macam ni lah, i mean yang tepi jalan tu lepas tu dapat macam-macam bakteria dan dapat penyakit diare, typhoid dan macam-macam...




     meh kite try jajanan dalam mall pulak!! padahal hari tu tak try pun sebab baru je lepas makan dan kedai nak tutup da suma...ohh, hari ni last day tapi saya nak balik Malaysia da..heee ^^




    nahh, dorongan yang dihias..ok lettew!!

    sebenarnya makanlah apa sahaja dan walau di mana sahaja asalkan makanan itu HALAL dan BAIK serta tidak memudaratkan...Allah pun ada berfirman dalam surah Al-Baqarah: 168 yang bermaksud

    Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”.


    1 comment:

    Ardini Humaira said...

    dni tak merasa masakan macam semananjung kat miri nih sobss.. mengandung, teringinnnn je masakan kelate

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...