nuffnang

    Showing posts with label food place. Show all posts
    Showing posts with label food place. Show all posts

    Sunday, July 22, 2012

    Jali-jali jajanan Jakarta

    Assalamualaikum....


    Beberapa hari yang lepas pergi jalan-jalan dan makan dekat mall ciputra lepas tu jumpa tengok macam pesta, bukan pesta sangat tapi macam manarik lalu aku pergi melihat apa yang ada di sana...heheeee...rupanya ada makanan jajanan yang ada dorongan bapak bapak suka tolak dan jual tepi jalan tu tapi kali ni dia jual dalam mall...kiranya orang yang takut nak cuba yang tepi jalan tu sebab takut tak bersih kena macam-macam sakit bolehla cuba yang dalam mall, insyaAllah bersih dan selamat ^^


     patung jali-jali yang besar...masa ni diorang dah nak tutup dah, orang pun da takde tinggal beberapa orang je lagi tengah makan...




     suasana makanan jajanan dalam mall...makanan jajanan atau dorongan ni sedap sebenarnya, dahla harga murah...hhaaaha..tapi itulah, kebersihan kurang terjamin..sebab tu orang yang baru datang jakarta lepas tu try makan tepi jalan mesti diarrhea...banyak dah student sakit sebab makan macam ni lah, i mean yang tepi jalan tu lepas tu dapat macam-macam bakteria dan dapat penyakit diare, typhoid dan macam-macam...




     meh kite try jajanan dalam mall pulak!! padahal hari tu tak try pun sebab baru je lepas makan dan kedai nak tutup da suma...ohh, hari ni last day tapi saya nak balik Malaysia da..heee ^^




    nahh, dorongan yang dihias..ok lettew!!

    sebenarnya makanlah apa sahaja dan walau di mana sahaja asalkan makanan itu HALAL dan BAIK serta tidak memudaratkan...Allah pun ada berfirman dalam surah Al-Baqarah: 168 yang bermaksud

    Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”.


    Saturday, July 21, 2012

    Dinner di D'cost

    Assalamualaikum........


    Selamat menunaikan ibadah puasa dan perbanyakkan ibadah sunat yee kawan-kawan sekalian..heee, kali ni nak share beberapa gambar kami sewaktu makan bersama-sama si kunang-kunang buat kali terakhir sebelum pulang ke Malaysia :D

    kami berempat sampai awal sikit, naik angkut je pun..heee

     cermin tolong kami..heee


    sekeliling dinding D'cost ni adalah cermin...jadi tempat ni nampak tersangat sangatlahhh luas...dahla memang dah agak luas lepas tu dindig cermin yang buat pantulan tu nampaklah lagi bertambah luasa...agak ramai jugak orang malam tu, ehh tempat ni sepanjang masa ramai orang sebenarnya...


     farah dan hazirah :)


     ain and me

     innocent me with kak El 

    weee kak el ni dah habis tauuu, tunggu nak angkat sumpah jadi doktor September ni lepas tu BFG (Back for good) wahh bestnyee...selamat masuk ke alam pekerjaan pulak!!


     kak diba, farah,haz



    kak Diba yang ambil gambar,tak cukup complete la 6orang cmni...

    ok makanan kami dah sampai!!meh nak tunjuk apa yang kami makan, tapi tak sempat snap semua ada lagi lauk yang belum sampai tapi kami dah dulu makan..heheee...ini sebenarnya makanan laut so ada ketam udang kerang apa semua..suka kerang!! tapi hari tu semua kerang habis :( diorang ni orang suruh makan je ketam udang tak nak pulak, akhirnya kami pesan 3 ekor ikan..


     ikan kerapu panggang masak lemak (kalau tak salah :p )


     kangkung goreng


     sayur campur

     mango juice

     strawberry juice


    selesai makan!! kami pun pulang..heeee..semoga jumpa lagi nanti lepas raya, InsyaAllah :)



    Wednesday, July 11, 2012

    Nasi uduk kebon kacang :)

    Assalamualaikum...........


    Sebelum ke Raihan untuk membeli baju-baju (ok yg ni nanti saya cerita) kami singgah lunch dulu dekat nasi uduk kebun kacang ni....kedai makan ni agak famous sebab kalau lihat dekat tempat-tempat yang harus dilawati di Jakarta adalah di sini...kalau jejauh nak datang makan nasi uduk je fikir tiga pat kali gak kan, memandangkan kami dah memang ada hal lain singgah ajelaa ^^



    menu...mau makan apa??


    air kelapa...hurmm..sedapp ^^

     farah dan ain


     aku yg rindu kelapa kampung..hahaaa..ah, sedap betul kalau panas-panas lepas tu dapat pulak minum air kelapa yang segar dari pokok..ohh, tapi aku balik nanti bulan puasa memang tak dapatlah nak minum hari siang yang panas tu, buat berbuka bole la kot :)


     inilaa nasi uduknya...aku try hati dan ampela kat sini, macam pelik2 sikit lauk dia...udang sotong dahla aku takbole makan kan, lepas tu ayam jantan macam pelik je...so ini je pilihan yang aku rasa boleh....banyak je aku je yang macam tak,hahaa :p


     nasi uduk dan lauk-lauk :D


     Sotong satu cucuk lidi tu saje...


     sotong jugak

     Alhamdulillah.....dah siap makan..heeee


     inilah kedainyaa..




    Ok....rasanya boleh tahan la tapi aku pun tak tahu kenapa dia popular sangat...kalau korang nak tahu pergilah cuba sendiri..hehee...dekat area Rawamangun, Jakarta :)


    Selamat makan!! thanks for reading :D



    Tuesday, June 5, 2012

    Nasi beriyani di Puri Mall

    Assalamualaikum........


    Dah lama sebenarnya pergi makan kat sini dalam bulan Januari lagi, tapi baru nak share..hehee..takpe kan?? saja usha-usha gambar yang mana belum masuk blog, hehee....semua benda nak masuk blog kan :D bukan apa, in case laptop aku ada problem tetiba gambar kenangan kena virus ke terdelete ke apa kan dah takde kenangan....baik upload masuk blog, nanti boleh tengok lagi ^^


    tujuan kami yang asal memang nak makan nasi beriyani dan sambut bday vais walaupun tak belik kek pun...hehee...makan ramai-ramai pun ok ape kan...kami ke mall ni naik angkut je, 2500rupiah sorang, murah  je tapi jauh nak pergi...lenguh duduk dalam angkut yang berusia tu...macam naik kuda dah lagaknye..hehee...tapi rasanya better than kuda dan masa ni kitorang baru habis exam apa entah tak ingat da...yang pasti vais orang pertama yang sambut 21st bday dia kat sini so dia palong tua dalam kami ramai-ramai :p



     from the left: vais, Angela, Elya, Ania, Farah dan Haz :) 
    macam biasa photographer low profile...xdelah 


     pemandangan dalam kedai tu..ada nama sebenarnya kedai ni tapi aku lupa nama dia apa..hehee



     cepat pilih nak makan apa...ayoo!!heheee


     yummmyy!!


    kari ayam :)

    the menu..


    kat sini memang mostly dia jual makanan malaysia...apa lagi, jom makan!!hehee..bukan senang nak carik masakan Malaysia yang betul2 sama kat sini, dah banyak yang lain sikit :p


    short and simple ipdate from me, thanks for reading! :*



    Friday, April 6, 2012

    Dinner at Pancious Pancake house

    Assalamualaikum.....


    Dah lama rasanya tak kongsi pasal tempat-tempat makan yang best, selalu je sebenarnya keluar makan tapi tak ambil gambar, nak buat entry pasal makanan tapi tak ambil gambar memang tak ummpphh la kan..heeehe...jom!!kali ni saya dan beberapa lagi kawan pergi makan dekat pancious pancake house dekat mall Taman Anggerik :D




    Boleh tahan ramai jugak sebenarnya orang yang makan kat sini, penuh taw hari tu...kami kena queue dulu sebelum masuk, tengok tuu full house okeyy..aku ikut depa ni makan..heee ^^



    pancious pancake house :D


    K.Ain dan anis..kan dah cakap mereka ni ada iras2..kann


    k.mira a.k.a kak adik dan vais... tak tahu nape panggil kak adik dahla kak, adik pulak kan..hehe..jom layan tengok apa yang kitorang makan hari tu..


    nanchos with beef bacon..yummy!

     strawberry cheese kot..haha

      risotto chicken and mushroom :*

    ada lagi tapi tak ambil gambar,nama makanan pun dah lupaaa..haahaa...tak gheti eh nama western food ni :p

     dah habessss!!licin makan tu...


    okey, muka kekenyangan..alhamdulillah :D


    OK last sekali dapat free ni!!!untuk pembelian lebih rp 150k dapat satu ni....mulanya semua dah cakap kenyang hapelah, tapi bila da sampai......sekejap je habisss!!haaaahaaa..lawak je :)

    kitorang duduk sini ^^

    memang kenyang makan kat sini, nak nyanyi pun dah tak larat...ok kalau korang masih penasaran atau nak tahu apa lagi menu yang ada kat sini, kat mana location dia korang boleh bukak website ni http://www.pancious.com/ dan bersedialah untuk salivate!!haaaha...makanan dia semua mengancam dan menggoda jiwa tahu..haihhh...kepada yang berdiet lupakan jelah niat tu -,-'



    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...