nuffnang

    Saturday, July 21, 2012

    Marhaban yaaa Ramadhan :)

    Assalamualaikum.......


    Esok 1Ramadhan akan menjelma lagi dan seluruh umat Islam akan menunaikan tanggungjawab berpuasa di bulan ramadhan ni...Alhamdulillah dapat juga kita menyambut kedatangan bulan yang penuh berkah ini pada tahun ini..entah tahun depan sempat ke tidak, siapa tahu ini mungkin ramadhan kita yang terakhir T_T



    semoga Ramadhan aku tahun ini akan lebih baik berbanding tahun sebelumnya...semoga aku lebih rajin untuk menunaikan ibadah dan meningkatkan lagi amalan-amalan sunat yang lain di bulan yang mulia ni...bukan senang nak datang bulan yang mulia ni, setahun sekali...selagi kita masih muda, masih mampu untuk buat..kita cuba buat, grab segala peluang yang ada, insyaAllah :D

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
    Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (QS. Al Baqarah: 183)


    Ramadhan datang untuk merawat hati-hati manusia....kalaulah kita perasan yang bulan Ramadhan je semua orang berlumba-lumba nak jadi baik, nak derma sana-sini buat majlis berbuka puasa dan sebagainya...lepas tu cakap tak boleh buat program hiburan sangat, hormati bulan Ramadhan, tak boleh mengumpat sebab puasa dan sebagainya...jap sape kata???kenapa bulan puasa je??? nampak tak fenomena rakyat kita yang menganggap bulan puasa ni sebagai musim biasa saja padahal sebenarnya semua benda tu tak kiralah bulan puasa ke tidak tetap tidak boleh buat....


    Nak buat baik bulan biasa pun ok, cuma mungkin Ramadhan ni lebihla ganjarannya...begitu juga dengan pusat-pusat hiburan yang ditutup pada bulan puasa, walhal benda tu tak sepatutnya wujud pun!! tutup selama-lamanya...Jangan anggap puasa ni sebagai musim, dia datang kita sambut dengan berpuasa dan berterawih, jadi baik bersopan santun semua namun bila Ramadhan pergi, kita punya pergi...hanyut bersama...jangan!!teruskan amalan tersebut dengan perbanyakkan baca AL-Quran dan solat sunat ^^


    "Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna....agar dapat kulalui dengan sempurna"


    Buat target apa nak buat sempena Ramadhan ni dan cuba sedaya upaya penuhi.....saya nak bangun qiam sebelum sahur dan terus untuk subuh...InsyaAllah cuba untuk istiqamah dan push diri, jadi kena tidur awal agar dapat bangun solat malam...jom!!! sama-samalah kita mencuba yang terbaik, insyaAllah :)








    No comments:

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...