nuffnang

    Saturday, July 9, 2011

    Kisah di BTN dan penantian selama 4 bulan...

    Assalamualaikum...

    Bak kata pepatah "Hujan emas di Negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri" ini menggambarkan bahawa walau sejauh manapun kita merantau mencari ilmu dan rezeki, kita mesti balik jua ke temat asal kita keranna di situlah asalnya kita...di situlah tanah tumpah darah kita..

    ok, sebenarnya jaa dah lama tak pulang ke kampung halaman sudah hampir 4 bulan rasanya..paling last balik masa cuti mid-sem bulan 3 kalau tak silap..sekarang dah nak masuk minggu ke dua bulan julai..memang betul penantian nak balik selama 4 bulan, sekejap je tu kan..hehe..Tiket bas dari Klang ke Setiu malam esok pukul 8.15 malam...pagi-pagi buta sampailah di Terengganu...lama pulak tak nak bas lelama, haha..pertengahan bulan Ogos keputusan peperiksaan akan keluar, sunggguh sangat cuak tidak terkata... halatuju dan perjalananku selepas ini akan ditentukan berdasarkan keputusan exam tu nanti..semoga Allah permudahkan segalanya, amiiin..


    overall, program BTN sangat best sebab kami dok sebilik 3 orang je lengkap dengan semua ada air-cond, peti sejuk, tv dan tak perlu berebut-rebut tandas..makan pulak 6 kali sehari memang gemuklah kami..hahaha..
    Sempat ambil beberapa gambar dalam bilik, saje nak tunjuk dekat bebudak kem lain sebab bilik diorang xde kemudahan  macam tempat kitorang..hee =p







    memang pakaian wajib BTN adalah hitam putih, macam bebudak sekolah balik rasanya
    ini  gambar sebelum bertolak kerana ada yang ke pusat di KLIA dan ada ke pantai Remis

    my groupmates

    walaupun kumpulan kami hanya berlatih tak sampai 5 kali rasanya untuk pertandingan lagu patriotik tu, tapi berjaya dapat no.3, pencapaian yang agak baik kerana sungguh enjoy dan terpegun melihat persembahan rakan-rakan yang boleh dikatakan menarik walaupun kami tidak mempunya masa untuk berlatih..kami terpaksa mencuri masa sendiri untuk berlatih dan menghafal lagu..sesi LDK pula memang sangat best sebab masing-masing memang punyai idea yang bernas dah macam pembahas dah semuanya melontarkan idea dan pendapat tidak mengira bangsa dan agama..


     Atiqah si penghuluwati dan Anis Suraya

     bersama student ALUK, Athirah


    kami dikehandaki menyerahkan segala peralatan elektronik yang dibawa seperti telefon bimbit, kamera, laptop dan sebagainya...jadi memang kami tidak boleh mengambil gambar, video dan sebagainya sepanjang aktiviti berlangsung..semuanya terpahat di dalam memori dan kenangan..hari akhir selepas ujian barulah telefon kami diserahka kembali..jadi perhubungan dengan pihak luar seperti ibu bapa dan rakan-rakan juga terhad, hanya fokus kepada aktiviti-aktiviti sahaja..

    mata lebam, mata panda dan eye-bag memang biasa sebab kami perlu bangun seawal 5 pagi sebab kena subuh berjemaah seta kuliah subuh dan aktiviti tamat lebih kurang pukul 12 ..tidur mungkin dalam pukul 1 lebih,oh memang penat...aktiviti fizikal pun tak berapa nak mencabar kerana kami buat di resort and training centre, bukan betul-betul di kem BTN..sedikit sebanyak aku rasa program ini telah berjaya kerana kebanyakan rakan-rakanku bersetuju bahawa kursus ini best dan membuka minda kami..nak tahu apakah semangat yang berjaya ditonjolkan sila baca post yang sebelum ni...


    Jangan asyik fikirkan kesalahan orang lain dan berfikiran negatif sahaja..cuba duduk sejenak dan renung-renungkan perkara positif...insyallah akan tiada perasaan benci, tidak puas hati dan dendam dalam diri, insyallah =D


    P/S: Tahun ni kali pertama dapat puasa penuh di rumah semenjak bersekolah di asrama lagi..weee


    Pertandingan mencari harta karun, kali pertama di Malaysia!!

    8 comments:

    kyo_9 said...

    pergh..
    bilik air cond pastu siap tv ape sumer?? bertuah giler.. ak dulu kene kt area Selangor, lupa dah nama tempat dia.. dapat katil double decker, pastu bantal penuh semut x tau kenapa..

    fasi plak memang pro-kerajaan..
    bdk2 nih dimaklumkan siap2 kalo kantoi support pembangkang, silap ari bulan xleh fly, jadi semua yg join BTN secara automatik jadi hipokrit.. lol

    sjaa64 said...

    @kyo_9

    haah..agak beruntunglah jugak sebab lelaki ada yang tinggal dalam dorm, xmacam kitorang..

    pasal fasi tu biasalah,diorang kan kakitangan kerajaan dan ini pula anjuran kerajaan..buatlah seperti mana yang mereka mahu, asal lulus sudah

    saadah azmin said...

    setiu tu kt mne..sy org besut..bru jer follow blog awk ni..sk kt mne dulu

    saadah azmin said...

    http://gataltangan91.blogspot.com/

    Blog Eazy Izzuddin said...

    pergh...
    kemas nya rumah...
    xD

    sjaa64 said...

    @memorial cute girl

    sy kat sg. tong je..heee..dulu sklah kat sesma..thanks :)

    sjaa64 said...

    @Eazy Izzuddin

    tu bukan rumah la eazy...kem btn..hikhik

    eiyzniey said...

    wah3..btn!!

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...