nuffnang

    Friday, July 8, 2011

    buka hati, buka minda tepuk dada tanya selera

    Assalamualaikum....

    Setelah 5 hari aku berkampung di warisan sembilang resort and training centre untuk menyertai program transformasi mahasiswa anjuran biro tatanegara telah membuka banyak menyedarkan aku betapa bertuahnya aku lahir di bumi Malaysia yang tercinta ini..cewaah, ini adalah luahan hati dan perasaan yang tulus ikhlas dari aku tanpa paksaan sesiapapun...


    Sebelum menyertai kursus ini memang banyak tanggapan-tanggapan negatif dari pelbagai pihak yang menyatakan bahawa kursus BTN ini hanyalah popaganda pihak kerajaan dan untuk brainwash minda semua peserta agar menyokong mereka...begitu juga desas desus dan khabar angin dari pelbagai pihak dan sumber bahawa kursus BTN sangat stress serta memenatkan juga membuang masa..namun disebabkan kursus ini memang wajib maka kami semua kena pergi walau apa jua alasan sekalipun...

    Namun begitu, aku anggap kursus ini telah banyak memberi aku ilmu dan input-input yang selama ini ku langsung tidak ambil pusing dan hanya pandang sebelah mata sahaja...mungkin sebelum ini aku langsung tidak mengambil tahu tentang hal-hal politik kerana memang sepatutnya seorang pelajar, khususnya pelajar yang mendapat tajaan biasiswa seperti aku tidak boleh terlibat dengan semua ini...namun begitu, kursus ini telah menyedarkan aku betapa pentingnya politik, kuasa dan pentadbiran dalam menentukan dasar-dasar dan perancangan untuk memajukan negara tercapai dengan jayanya..


    sebelum ini juga aku hanya mempelajari sejarah tanpa benar-benar memahami mengapa kita perlu belajar semua perkara lampau itu..mungkin salah satu sebab pelajar tidak minat sejarah kerana mereka berfikiran sempit  seperti aku dan tidak mengambil iktibar daripada sejarah masa lampau serta belajar hanya untuk lulus peperiksaan sahaja...setelah beberapa perbincangan, ceramah dan aktiviti yang dilakukan kini aku yang yang aku sememangnya perlu mencintai negara Malaysia yang hanya ada satu ini, tida dua dan tiada tiga...kalaulah negara kita ditakluk lagi, kemanakah halatuju kita???fikir-fikirkanlah..

    begitu juga dengan pergaduhan sesama sendiri serta perebutan kuasa yang kita dapat lihat dengan mata kepala kita sendiri kian menjadi-jadi sekarang...pada pendapat aku sendiri, seandainya semua pihak saling menunding jari negara kita memang tidak boleh aman...engkau salahkan aku dan aku meletakkan kesalahan itu kepada orang yang lain, jadi siapa yang perlu bertanggungjawab??alih-alih semuanya seperti dua kali lima sahaja..aku mungkin masih budak hingusan untuk berbicara perkara seperti ini namun aku yakin bahawa aku sudah cukup matang untuk memikirkan perkara ini...

    setelah aku berfikir dalam-dalam dan menggunakan akal fikiran yang waras kurniaan Allah aku yakin bahawa semua perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya....jikalau anda betul-betul bijak dan pandai cuba renung-renungkan dan fikir-fikirkan sendiri adakah semua perkara yang ada cakap itu betul atau anda terpengaruh dengan pihak-pihak dan sumber-sumber yang tidak boleh dipercayai??cubalah kita mengkaji semua perkara sebelum membuat sebarang keputusan..aku rasa kini aku lebih berpatriotik dan mempunyai semangat cintakan negara yang tinggi...

    Kitalah anak bangsa yang akan memajukan negara di masa hadapan...walaupun dah beribu kali aku mendengar lagu merdeka 30 ogos dan warisan namun bila dinyanyikan dengan penuh semangat serta pemahaman lirik yang mendalam, sememangnya ia memberi makna yang sungguh bererti...program penutup malam tadi sememangnya sangat best dan dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan peserta =D

    cuba ubah persepsi dan pandangan kita bahawa kursus BTN adalah untuk memupuk semangat cintakan negara dan patriotik warganegara Malaysia...kursus ini walaupun memang penat, stress dan sebagainya namun berjaya membuatkan aku rasa akan tanggungjawab aku sebagai penggerak masa hadapan, insyallah..

    Hayatilah perjuangan tokoh-tokoh terdahulu barulah kita mengerti erti kemerdekaan yang sebenar

     Best ice-cream

    4 comments:

    Hairil Rizal said...

    Warlord sgt bersyukur yg Jaa dapat sesuatu yg sangat positif dari BTN. Warlord pernah pegi kursus BTN 2 kali dan ikhlasnya, Warlord sangat sayangkan negara kita ni. Jgn biarkan ia jatuh ke tangan mereka yang tidak tahu menilainya!

    Anonymous said...

    aku sndiri pun dah pernah pergi kursus BTN... aku benci dgn pengisian yg ade... aku syg gak negara Malaysia... tapi, aku bukanlah org yg blh di brainwash oleh pihak berwajib...

    sjaa64 said...

    @Hairil Rizal

    betul2...fikir positif, masa depan negara terletak di tangan kita :)

    sjaa64 said...

    @Anonymous

    xperlulah nak rasa di brainwash ke hape...kalau tak suka, biar masuk telinga kanan keluar telinga kiri...

    kalau asyik nak fikir benda negatif je memang tak kemanalah...cuba fikir dari sudut positif, pasti ada yang kebaikannya

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...