Assalamualaikum...
Seorang pelakon dan penulis berbakat, Zahiril Adzim kini telah mengeluarkan buku pertama hasil tulisanya"Bogel Menuju Tuhan"...Pelakon, Zahiril Adzim percaya dirinya dan semua umat Islam yang lain hanya akan berada dalam keadaan 'bogel' menuju Tuhan bila saat seseorang itu untuk kembali kepadaNya tiba kelak.
Mempuyai bakat terpendam dalam bidang penulisan dan puisi, Zahiril Adzim berkata, dia tergerak untuk menghasilkan buku tersebut hanya setelah menerima permintaan daripada peminat dan pengikut blog miliknya.
"Sebenarnya saya memang suka menulis dan menghasilkan puisi sejak tahun 2008 iaitu sejak saya menulis blog. Jom baca blog Zahiril sini
"Jangan salah faham, bogel yang saya maksudkan d isini adaIah sama seperti kita dilahirkan dalam keadaan yang bogel dan saya percaya kita semua juga akan kembali kepadaNya tanpa ada seurat benang pun dan yang ada hanyalah iman yang kita pegang.
"Selain itu apa yang saya gambarkan adalah dalam setiap perjalanan kehidupan manusia pasti tidak terlepas akan dugaan Tuhan serta tidak adalah manusia yang tidak akan menempuh satu tempoh kesakitan, penuh perit dan pedih dalam hidupnya.
"Apa yang boleh saya simpulkan, buku ini adalah satu antalogi catatan dan puisi, sewaktu saya berada dalam hari-hari kesulitan sebelum dikenali sebagai pelakon " jelas Zahiril mengenai tajuk buku itu yang dianggap mampu menimbulkan kontroversi.
Apa yang pasti, isi naskhah yang terdapat dalam bukunya adalah sebahagiannya terdiri daripada tulisannya di blognya zahiriladzim.blogspot.com dan sebahagiannya adalah kemasukan atau bab yang baru dihasilkan dan tidak pernah disiarkan di mana-mana pun sebelum ini.
Jelas tunang kepada Shera Ayob lagi, dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menimbulkan sebarang kontroversi dengan tajuk bukunya bagi menarik minat pembaca tetapi hanya sekadar mahu berkongsi rasa bersama orang lain.
"Terpulanglah kepada orang untuk menilai. Tapi jangan membuat tafsiaran sebelum membaca isi kandungannya. Namun dari setiap penilaian yang orang buat itu, ianya secara tidak langsung telah melambangkan keperibadian mereka.
"Cuma saya nak beritahu, apa yang saya tulis dalam buku ini adalah sebahagiannya berkaitan dengan diri saya dan sebahagianya pula mengenai gejala sosial dan isu remaja. Selebihnya, ia mengisahkan mengenai pengalaman saya sebegai seorang remaja.
"Terus-terang saya memang minat menulis dan saya akan hanya ,menulis jika ada masa terluang. Saya harap orang ramai dapat menerima tulisan saya ini,"apapun tahniah zahiril!!!
sumber: murai.com
sumber: murai.com
Antara baris-baris ayat Zahirl Adzim yang aku gemari :
"Manusia ialah satu proses yang berterusan yang memainkan peranan penting bagi melahirkan pengalaman."
Tidak ada kehidupan yang kuangankan, cuma kental meredah kehidupan yang ada sambil menggalas cita -cita.
Walau macam mana celakanya kehidupan itu, ia tetap kehidupan
i love your writing and looking forward to read your book..keep it up!!! i love you blog too~
p/s: phone and personality =D
3 comments:
amani suka ni... baru tahu dia ade blog mekasih yerr.. rasa nak beli buku tuu
@azwa amani
heee...thanks ;D yeah, baca la blog dia, memang puitis
Zahirl Adzim memang berbakat dalam penulisan... tengok ayat dalam blog dia pun kita boleh tau....
Post a Comment