nuffnang

Saturday, November 8, 2014

jiwa kental

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah ala kulli hal.

It has been a tough week for me.
There's a lot of thing to be settled down.
And yeah! I dunno why but I had to face this.

:( :'(

Semester 7 sekarang.
Blok 29 sekarang, jadi tinggallah sisa 1 blok lagi sebelum habis, blok 30.
4 tahun sudah di Jakarta. Banyak benda yang aku lalui.
Sumpah terlalu banyak sampaikan aku tak mampu nak luahkan.

Peperangan dengan diri, dengan sahabat, dengan study dan dnt.
Yeah that's my life in Jakarta.

Belajar cara nak handle program.
Belajar cara kawal emosi.
Belajar untuk berdikari.
Belajar uruskan masa.
Belajar uruskan duit.

Memang banyak benda yang aku belajar.
Sungguh kota hamka ini ada seribu satu kenangan.
Lagi dua tahun nak balik for good.
Tak tahu nak kata cepat ke lambat.

Tapi untuk aku sendiri aku berharap semua ini akan berlalu dengan pantas.
Nak cepat2 koass, nak cepat2 balik malaysia.
Nak cepat2 berbakti dekat ma, Abah, masyarakat.

Allahu.
Tak tahulah ready ke tidak.
Tapi aku kena jugak ready.

Tetiba teringat sharing dari Kak Aisyah, founder muharikah.com.
Katanya study medic betul2, be a good doctor!
Sebab doctor itu profesi dan tak boleh pisahkan dengan DnT.
Banyak kali orang akan datang share tentang dnt.
Tapi kali ni ada kelainan, bercakap tentang dunia medik.
Yeah!! Let's struggle! Be a good Muslim doctor one fine day! ^^

Semester 7 ni kena jadi ketua pbl.
Kena jadi Ketua batch.
Satu benda yang beratla.
Aku tulis kena sebab aku tak berapa suka.
Kenapa? Wallahua'alam.
Tak perlulah diceritakan :(


Cuma sekarang ni aku kena kuatkan hati,
Cekalkan diri, kuat.

Tapi aku xnak jadi macam lembu kena tarik.
Kalau terlalu lembut kepala aku dipijak-pijak.

Kalau aku marah2, kasar emosi,
Itu lagilah teruk, xmenunjukkan qudwah hasanah.
Akhlaqul muslimah yang sepatutnya berlembut.
Aku buat salah sikit, semua nampak.
Kelompok aku dipersalahkan.
Sungguh tidak logik di situ!!!


Kalau nak ikutkan perangai aku yang dulu,
Berang naik angin marah2 boleh je.
Boleh je aku nak balas ayat sentap.
Tapi aku tak nak jadi tunjukkan akhlak buruk tu.
Orang provoke kita balas balik..hmmm..


Aku tolong buat macam2 takde orang nak appreciate.
Bukan berharap apa sangat, xnak ucap terima kasih pun takpela.
At least berikanlah kerjasama.
Itu je aku minta.
Kerjasama.


Tetiba terfikir, baru handle Kelompok kecil pun dah rasa macam ni,
Apelah agaknya rasa PM kita yang setiap hari kena macam2 tu.huhuu..


Aku ada mission.
Cuba sebaiknya kawal diri.
Diam selagi gak perlu bersuara.
Tak perlu nak balas2 emosi.

Insya Allah.
Kita ada cara nak selesaikan.
Allah pun cakap, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solar.

Dua je kunci:
Sabar, solat.

Sabar layan karenah manusia yang bermacam ragam.
Sabar, kuat dan tak mudah melatah.

Kemudian solat,
Mohonlah pada Allah agar diberi kekuatan.
Semoga Allah tunjukkan jalan.

Insya Allah.
Pegang ke dengan apa yang Allah cakap.
Semoga semuanya baik2 saja.

Allah menguji kita sebab Dia sayangkan kita, dan nak tinggikan derajat kita.
Maka kita sepatutnya rasa beruntungkan?

Heee..that's how we think.
Tetap positive dan semangat!!!


Strong girl never give up.

Dan jiwa kental kena ada untuk jadi mujahidah.
Nak kejar cinta Allah dan syurga!

Ohyeahh.
Jom sama-samalah kita :D




Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...