nuffnang

Friday, January 31, 2014

resepi cheese cake yang simple

Assalamualaikum.

jarang2 saya share resepi ni, haritu memang teringin la nak makan cheese cake dan tanya la beberapa orang kawan dan cari dekat blog jugak resepi cemana nak buat kek ni. pastuu time tu diorang plan nak sambut bday housemate a.k.a cik jah jadinya daripada beli ape kata kita try wat cake ni yedak :D

ok bahan-bahan yang kita perlukan adalah...

  1. sebungkus biskut saltcheese. nak pkai biskut lain pun boleh tapi biskut keju laa :)
  2. nestum/oat (saya pakai oat)
  3. 250g cream cheese
  4. 1/2 tin susu pekat
  5. secawan susu segar

 oat dengan biskut cheese yang saya pakai

pakai cheddar cheese pun boleh. kalau ada philadephia cheese pun okey gak. tapi saya tak jumpa cari so saya tak pakai..hehee..


cara-cara
  1. putar cream cheese bersama susu sampai creamy. nak blender pun boleh saja ^^
  2. lapiskan loyang dengan plastik wrapping. 
  3. celup biskut dengan susu segar, susun dalam loyang. kalau takde susu segar, korang ambik je susu pekat tu bancuh jadi cair. takdehal..hihuu
  4. sapu cheese dengan susu yang diputar tadi nipis-nipis atas biskut yang disusun tadi.susun elok-elok. lepas tu bolehla tabur nestem/oat.
  5. susun biskut lagi dan ulang langkah 3 dan 4 sampai ketebalan yang kita nak.
  6. bahagian atas kasi topping cream cheese dengan oat tebal sikit..lepas tu..siap!! letak dalam peti ais biar sejuk
  7. boleh makan bersama keluarga dan kawan2 :)




mudah kan! simple sangat-sangat. kawan-kawan pun kata sedap..hehe


tak perlu panaskan apa-apa. lebih senang dari kek batik..hehee..selamat mencuba!!

sebelum makan baca bismillah dulu :D
Oh yee supaya lebih sedap buatlah dengan penuh kasih sayang ^_^


Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...