nuffnang

Monday, April 21, 2014

program live-in, Salatiga

Assalamualaikum....

setelah sekian lama tidak menconteng, ingin juga aku share sedikit pengalaman sepanjang program live-in yang diadakan di salatiga..rasa macam tak kena kalau tak share, macam ada sesuatu yang kurang gituu..haha..proram ni sebenarnya adalah program yang wajib dihadiri oleh semua mahasiswa angkatan 2011 ukrida, tapi ramai jugak yang tidak dapat ikut disebabkan hal dan masalah tertentu. bagi aku, program ni best sebab kita berpeluang kenal tempat orang, belajar budaya mereka dan sambil-sambil tu bercuti..hehee...


ramai tak ikut sebabnya live-in ni diadakan seminggu selepas cuti semester start. jadinya ramai yang dah balik kampung dulu..aku stay je kat rumah sementara beli barang-barang yang orang kirim..oh ye aku jual kain pasang sulam dan telekung sulam. quran pelangi pun ada. sampai satu bagasi tu penuh dengan barang orang lain je. barang kita takde..ok back to the topic. eheem..

live-in ni macam homestay la, kita tinggal dengan keluarga angkat, ikut keluarga angkat pergi kerja, ikut dia pergi kebun masak dan sebagainya...pokonya kita ni kena anggap yang kita ni dah jadi sebahagian dari keluarga mereka. gitulah..kitorang ada dalam 400++ orang dibahagikan kepada tiga dusun. ada dusun nglelo, dusun ngaduman dan dusun cuntel. dusun ngelelo dan ngaduman dekat je, dusun cuntel yang jauh.

ok, kami bertolak pada 3 februari 2014 lebih kurang pukul 1.30 petang selepas sesi pendaftaran, taklimat dan pembahagian kepala dusun diadakan...sempatlah dulu kami solat jamak taqdim...alhamdulillah dapat pulak satu bas dengan haz so kitorang duduk sebelah sebelah..farah dapat bas lain tapi kitorang dapat dusun yang sama...perjalanan yang memakan masa selama lebih kurang 19jam itu sungguh memenatkan..tak terkira dah berapa kali bangun tido tengok tak sampai2 lagi haa...

lebih kurang pukul 8.30 pagi, alhamdulillah kami semua dari 8 buah bas sampai di kawasan wisata salatiga. bas kitorang parkir kat situ. awalnya aku ingat dah sampai, rupa rupanya kami diharuskan menaiki pick-up untuk sampai ke dusun...jalan ke dusun tu berbukit bukau dan sempit manakan bisa bas nak lalu...kami dibahagikan mengikut dusun, satu dusun ada 4 pick-up...3untuk memuatkan pelajar dan 1 lagi untuk bag...untung juga tak campur laki perempuan dalam pick up yang sempit dan nak melalui jalan berliku ituu..

setelah hampir setengah jam dalam pick up kami pun sampai di dusun ngelelo!! kami dihantar ke gereja dulu sebab ada taklimat pembukaan dan pembahagian keluarga angkat...ada makan-makan, kami macam tak berapa berani nak makan, syubhah tentang kehalalannya..bila tanya, diorang cakap makanan kat situ halal belaka, takde stok 'babi'. ermmm kalau bukan cik bi semua halal ke? >_<

selepas selesai majlis pembukaan dan taklimat, tibalah pemnbahagian group..taraaaa!!! aku dapat pak jonet, bersama 3 orang lagi kawan semuanya orang timur indonesia...orang ntt...etryn, vivi dan maria..pak jonet dan keluarga beragama catholik..dan tiga lagi kawan pun cristian...kat rumah pak jonet ada bela anjing aku ni dahla penakut anjing...ya Allah dugaan sungguh!! anjing dia memang sesuka hati je masuk dan berkeliaran kat dalam rumah tu...sebab kat sana kan sejuk, anjing ni selalu ke dapur, pergi kat ungun api nak panaskan badan...manja sungguh!


 ruang tamu rumah pak jonet. macam raya dah haa ada kerepek bagai tersusun rapi. aku tanya selalu macam ni ke? pastu pak jonet kata taklahh..kalau ada orang datang je..aku pergi rumah lain pun mostly diorang letak mende ni..sangat-sangat welcoming! :D


 tempat makan. hari pertama kami tak dibenarkan pun tolong masak basuh pinggan ke apa, tapi esoknya kami berkeras nak wat gak...apa guna gi sana tido makan aje kan..merasalah basuh pinggan ala-ala kenduri pakai besen cedok air sejuk gilaa airnya.


 masak pun tradisional pakai kayu api...oh ye kalau korang tengok itu memang tanah semata-mata takde lantai. jadinya kena pakai selipar la sepanjang masa kat rumah ni. kat luar dengan bilik adalah lantai mozek tu tapi diorang pakai selipar sepanjang masa so jadi kotor, buka selipar time nak tido naik atas katil je, tempat solat pun non hado :(

tapinya aku pi ambik tikar dan solat kat tepi katil. kekadang solat atas katil je, kalau maghrib aku pegi solat jemaah dekat rumah haz..bapak tuan rumah dia pak imam, sepatutnya jadi macam surau sementara sebab masjid tengah direnovate tapinya macam sunyi je..takde orang kampung datang pun.



ibu rumah dengan kakaknya yang tinggal kat sebelah umah je, diorang ni masak sama-sama kekadang tu..alah dari pintu ke pintu dua langkah saja..hehee..
 pemandangan depan rumah yang kitorang tinggal.sangat bersih kan? sejuk tauu kat sini..kaki gunung katakan...malam-malam kitorang takde nak buat apa keluar lepak-lepak kat sini sebab nak cari line telefon dan internet..heheeh..


pagi-pagi kami ikut ibu pergi kebun, ambik rumput nak kasi lembu makan..macam-macam sayur diorang tanam kat sini ada broccoli, ubu, lobak dan banyak lagilah..




okee ini pulak wc a.k.a tandas umum. kan kalau ada keluarga yang takde toilet sendiri diorang akan basuh baju dan mandi kat sini jek.banyak je lagi rumah kat dusun ni, tapi sebab takde toilet diorang takdelah hantar student tinggal kat situ.



ini pulak time kitorang buat jualan dekat warga dusun. awalnya ingat nak kasi je lepas tu rupanya ada buat jualan...harga pulak murah-murah je antara rp 2-10 ribu sajaa..berebut-rebut diorang nak beli, nak pulak yang datang awal tu beli banyak-banyak sampaikan yang datang lambat tu dah tak sempat nak beli apa-apa..kat sini kan sejuk jadinya kitorang digalakkan untuk kasi baju tebal.

 lori bawak sayur yang dah siap sedia ditimbang untuk dijual. punyalah murah katanya broccoli sebakul besar tu cuma 5ribu...ya Allah kat sini satu bijik kot 5ribu...yelaa kat sana orang tanam, kat sini import jauh2..tu yang jadi mahal tuu..

tumbuk bawang pakai mende alah ni...tradisional klasik sangat tauu...aku rasa nak tumpah sekali tumbuk..hahaha..


habis jualan kat dusun nglelo kitorang naik ke dusun ngaduman, tak jauh sangat pun dalam 10-15 minit jalan kaki naik bukit...haa ok letak gambar sekeping aci dak? :P sejuk sampai bercakap keluar asap..ala-ala cameron laa..diorang cakap macam dapat percutian percuma gitu.


 ini pulak keadaannya kat tempat jualan dusun ngaduman.kat sini lebih ramai orang, tapi kami singgah sekejap je lepas tu jalan-jalan dan ambik gambar.



ok ini pulak bapak yang datang jual dengan motor. nampak tak kelapa tuu? haa diorang jual cenggitu jee..lepas tu ikan diorang akan keringkan dulu baru hantar jual kat dusun ni..sini kan jauh dari pekan, sejam naik pick up tu baru boleh dan mostly diorang kat sini takde pengangkutan..kalau ada pun motor tu pun jarang sekali yang ada..kalau nak pegi pasar kena bangun awal, ada sekali je pukul 5. sape nak pegi kena naik pick up tu ramai-ramai...


aku tengah masak sup broccoli...sedap sungguh segar dari ladang!! tapi sebab ada rasa asap-asap sikit ala ala makanan pergi berkemah tu aku tak suka sikit..hehe...kalau ikutkan ibu dia nak masuk banyak gila msg tapi aku tak kasi..bubuk garam sikit-sikit dah aa..hihii..


okey lepas makan kita gi jenjalan! adik ni cucu sedara ibu. bapak jonet dan ibu ada sorang je anak tu pun smp kelas 3 kalau tak salah. belajar kat salatiga, tinggal dengan sedara dan balik jarang-jarang. haritu dia ada balik nak mintak duit bayar apa ntah..adik ni bawak pusing dusun dari hujung ke hujung, eh dusun ni kecik je pun..hehee..tapi dia bawak pusing ke kandang sapi lepas tu lalu kat kali kat kebun sana..

hari yang sama ada macam program pertunjukan tarian gitu kat dusun ngaduman, adik ni nak ikut.so bawak jelaa..




tarian kuda kepang versi jawa...lepas budak2 ni siap menari ada tarian untuk orang lelaki dewasa, diorang menari sampai kena rasuk..takut pulak nengoknyeee...ingatkan diorang berlakon, tapi orang kat situ cakap diorang terlalu menghayati, bersemangat dan penat akhirnya kena rasuk camtu...bahaya betoii..


bersama teman-teman serumah. sebelum tak pernah bertegur pun dengan diorang ni, pernah terserempak gitu jela kat kampus. kat sini kan dah rapat, biasalaa macamlah tak kenal aku peramah dan pemesra. tak kisahla sapepun orang tu, aku akan cuba untuk masuk dengan diorang...cuba jadi neutral dan fleksibel dalam apa jua keadaan..tapi dalam masa yang sama aku ada prinsip dan batas aku yang tersendiri..

berkawan pun berkawan jugak, tapi kalau diorang dah sampai tahap ajak kita buat benda yang kita memang tak buat, kena berani katakan tidak! tapi kita tak boleh teragak-agak nak katakan ya! kalau benda tu mendatangkan kebaikan untuk diri kita jugaa..gituu..



sebelum kitorang balik, pak jonet dan ibu sediakan sayuran sekotak sorang...macam-macam sayur ada..ada labu, broccoli, terung, ubi..segar dari ladang..bapak keluar awal pagi pukul 5 kot ambik sayur untuk kitorang...terharu sungguh T__T


tibalah saatnya perpisahan, kitorang duduk sekejap dan bapak macam ucap terima kasih datang, dia cakap dia anggap kitorang dah macam anak sendiri..walaupun baru 4 hari kat situ, kitorang banyak berborak dengan bapak ibu..walaupun ibu tak pandai cakap bahasa indonesia lancar...bila bapak tu cakap jangan lupakan mereka, dia terus menangis sebab..mengeluarkan air mata, ibu pun sama..aduhaii...etryn dengan vivi pun samaa...nangis..aku macam biasa, berlagak cool..haha..

kitorang ada kasi barang dan duit sikit dekat pak jonet sekeluarga. makanan yang kitorang bawak tak termakan pun, lepas tu ada bag yang kitorang beli dengan hadiah dari ukrida jugaa..jam dinding kalau tak salah.


family photo!
walaupun berbeza agama, bangsa, negara dan budaya kita boleh bersama juaaa..heheee..

saya dah ready nak balik jakartaa! paling ready nak balik malaysia! jumpa ma abah adik-adik tercehntaaa :)


beg kitorang dimuatkan dalam truck kecik ginilaa...bus tak boleh naik sampai atas, jalan dia kecik dan berliku liku curam...truck yang kosong tu akan diisi oleh kami..hehe..



saat-saat terakhir. gambar ni diambil time dalam truck dah pun...diorang menangis..huwaaa..


alhamdulillah. esok pagi sampai jakarta! pengalaman live-in ni sangat best. mungkin first and last trip kot dengan kawan-kawan local under ukrida..hehee...taakpee kita kat empat orang ni grab sebanyak-banyaknya experience yang boleh...benda benda camni la yang kita boleh cerita dekat anak cucu kita kelak. 

aku ni memang pelik dan lain sikit. tak suka streotype...semua orang gini aku kena jadi gini, mostly anak malaysia jarang rapat dengan indonesian tapi bagi aku takde hal..aku rapat je ngan bebudak local sebab nanti senang, yelah batch 2011 pun ada 13 orang je pun malaysian..memang takde pilihan lainlah angkatan dulu yang ada sampai 80 orang...

okey itu sahaja sedikit pengalaman yang dapat dikongsi...thanks for reading! :)


Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...