nuffnang

Tuesday, April 22, 2014

resepi kek pisang yang simple dan sedap :)

Assalamualaikum....

hari ni nak share satu lagi resepi..dulu dulu pernah buat tapi lama dah tak buat, balik cuti semester haritu, adalah pisang kat rumah tak termakan dan masak melampau jadinyaa saya ada idea macamana nak guna pisang tu..maka jadilah kek pisang simple dan sedap ini..hahaa..perasan lebih :p bukan nak perasan sangat tapi mak kata sedap lepas tu dia suruh buat lagi habiskan pisang yang ada, haa sampai cenggitu sekali :D

macam biasa saya ni jenis yang suka mencuba, cedok sana sini sikit ilmu pastu kita wat la gaya kita sendiri, pastu jadi ^^

ok bahan-bahan yang diperlukan adalah:


  1. 2 cawan tepung gandum
  2. 4 biji pisang yang masak
  3. 1 sudu kecil soda bikarbonat
  4. 1 sudu kecil baking powder
  5. 3/4 cawan gula
  6. 1/2 cawan minyak masak
  7. 2 biji telur
  8. sedikit esen vanilla

cara-caranya:

  1. ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder
  2. griskan loyang dengan mentega
  3. kalau nak bakar pakai oven, panaskan oven suhu 180 degree..kalau nak kukus, panaskan air yang nak dikukus tu...
  4. blender pisang, telur, gula dan esen vanilla sampai sebati
  5. campur semua bahan di dalam bekas, kacau biar semua bercampur dan masukkan minyak masak
  6. tuang dalam loyang yang dah digris dengan mentega tu.
  7. bolehla bakar/kukus dalam masa lebih kurang 45 minit - 1jam.
  8. siap! bolehla dimakan bersama kawan dan keluarga




selamat mencuba!


Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...