nuffnang

    Friday, August 26, 2011

    Pre-departure briefing at JPA, Putrajaya

    Assalamualaikum...


    Alhamdulillah telah selesai sesi pre-departure kat parcel C1 Putrajaya tadi..nasib baik pak cik keje kat bahagian JAKIM kat parcel D..sebelah je,alang-alang  hantar lah pergi sekali...dahla tak biasa dengan kawasan pejabat kerajaan tu pulak dengan banyak bangunan...pastu, guard yang jaga kawasan tu bagi aku direction yang salah, mungkin dia salah dengar atau aku yang tersilap...nasib baik sempat sampai sebelum start majlis...dalam pukul 8 dah tercegat kat bilik mesyuarat tu...


    mula-mula macam biasalah kata-kata aluan dari pegawai yang menjaga kami, pn.Norhidayah...cantik manis orangnya, sebelum ni pun pernah beberapa kali bercakap melalui telefon berkenaan tawaran dan hal-hal lain yang berkaitan...batch kitorang ada 13 orang semuanya 7 orang dari Intec dan 5 orang dari KTT...tapi yang dari KTT tu mungkin buat A-Level setahun je kot...


    seperti yang dijangkakan kami akan berlepas pada 6 september pukul 9.10 pagi di KLIA tapi kena berkumpul seawal jam 5 pagi...pagi tu mungkin ada sesi taklimat dari JPA dan nak check-in awal beramai-ramai bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini terjadi pada saat-saat akhir...penerbangan takdelah lama sangat, seberang je pun...apapun, masih negara orang kan...tak boleh nak masuk sesuka hati tanpa sebarang dokumen yang sah..


    frankly, aku agak takut sebenarnya untuk ke Indonesia...kalau orang indon yang kerja kat kampung aku pun aku dah tak berani ni pulak kat negara mereka sendiri...tapi aku yakin, perasaan itu hanyalah pada permulaan ini sahaja..lama-lama nanti biasalah...kami akan belajar medik dalam bahasa Indon,agak gusar sebenarnya...walaupun bahasa indonesia adalah seakan-akan bahasa melayu namun sesetengah perkataannya memang tidak dapat difahami dengan loratnya yang berpusing-pusing..masa buat visa haritu pun aku dah pening apa dia cakap..harap-harap aku dapat menyesuaikan diri dengan cepat..


    oh ya, tadi dapat duit kiranya bayaran biasiswa pendahuluan..elaun untuk 3 bulan +elaun penempatan+ elaun pakaian..kira-kira dalam 5 ribu ringgit malaysia..tapi tadi duit yang diberi telah dipecahkan kepada tiga pecahan..ringgit Malaysia, Indonesia Rupiah dan Travelers cheque...aku exited dapat duit rupiah je sebab berpeluang jadik jutawan sementara..kahkahkah...duit rupiah sahaja dah 4juta lebih...kaya tak???haha..tapi kalau convert jadik RM dalam seribu lebih je...lepas ni kena belajar kira duit dalam ribu-ribu dan juta-juta la jawabnya...


    pasal penempatan pula akan ada pegawai uruskan untuk kitorang...sebulan pertama wajib dok hostel, lepas tu barulah bebas ke mana-mana sahaja...aku belum terfikir pasal semua itu lagi..apapun, pergi dulu sana tengok envirinment dulu, best ke tidak, jauh ke tidak dan sebagainya...bila dah biasa mungkin boleh pindah atau kalau hostel tu dah selesa apa salahnya terus tinggal di situ...pasal masak memasak ni pulak tak pastilah...sekarang ni tengh fikir apa yang patut dan tak patut dibawak...


    pasport, visa semua dah beres...sekarang ni tenga tunggu keputusan ujian darah bagi HIV/AIDS dan ujian dadah..bapak lama eh masa diambil untuk semua tu, itulah masalahnya buat kat klinik kerajaan je pun...bukan apa, hari tu cakap dua minggu boleh siap bila masuk minggu ketiga aku tanya masih tak siap dan kena tunggu lepas raya...lepas raya saya da  nak pergilah cik abang oiit...aduyaii, saborjelah...tp harap-harap sempat siap sebelum 5 hb...isnin 5hb tu dah nak kena ada kat kl sebab pepagi 6hb kena tercegat kat klia dah..sapa rasa nak pegi jomla jumpa kat KLIA dalam pukul 6lebih camtu.. :D


    nak  dijadikan cerita, briefing with JPA habis dalam kol 12.30 camtu dan taktaw nak pegi mana...last-last pegi round kat bazar raya, omakaihh penuh baju raya, tudung, kuih-muih dan lauk berbuka pun ada...jenjalan jela kat situsampai zohor pastu pegi solat zohor dan tunggu sampai waktu asar..agak lamalah kat dalam tu, nak jalan-jalan pi Alamanda tapi takut penat, dahla puasa....bawak pulak duit banyak..hehehe..alih-alih solat asar dan terus tunggu pak cik balik keje kol 5 tu..


    rasanya semua dokumen medical check-up, sura claim dan tapisan keselamatan hantar pada hari berlepas, 6hb tulah..dahla tak sempat nak pergi JPA lagi..semput-semput je beraya..uhuhuh...minggu first tu orientasi dan minggu lepas tu terus start kelas...macam-macam perasaan ada, exited sebab nak sambung belajar medik..sedih sebab tak dapat ikut kengkawan lain pi Manipal, terkilan sebab raya sekejap dan mungkin perasaan terkejut sebab tak biasa dengan suasana baru...harap-haraplah semuanya okey...


    oh ya, flight aku akan sama dengan bebudak yang pi UGM (universiti Gajah Mada) tapi diorang akan transit ke yogyakarta...takpelah mana-mana pun sama je kan, yang penting dapat sambung ambik medik dan yang paling penting dapat biasiswa...THANKS A LOT JPA!!!kalau JPA tak tanggung, aku memang tak mampu kot nak bayar sendiri semua sekali...yang penting, hati kena ikhlas belajar kerana Allah S.W.T, fardu kifayah ni..belajar tak boleh paksa kena minat barulah menjadi,insyallah.. :D


    ada pria gantang enggak di JAKARTA???tunggu gue di sana yaa..hahahaha..betul ke tidak BI (bahasa indon) aku nih....kahkah :p



    8 comments:

    JiwaMusik™ said...

    wohooo..
    dy da nak fly dah..
    gd luck weyh kt sne nnt..
    kejap je laa kn rye kt sini..
    ikut kn fly lbey kurang je laa dgn dak2 MEP taun ni..
    dyorg pon pas raya gak.. :D

    +aNa baNana+ said...

    wah. belajar di Indonesia? Uni mana erk??

    +aNa baNana+ said...

    belajar kat Indonesia jugak? Ukrida ke??? if yes, welcome to Ukrida, hehe.

    rasyidah yasin said...

    yeay, 1 flight.. ha'ah, dak KTT tu 1year alevel. Umur 19 thun. Dorang actually fly polland or rep, czech. See u at KLIA ya!!:)

    Dekna said...

    goodluck ..belaja lek lok yee

    munira sajuti said...

    wahh seronoknye ko jaa. rase nak nanges, nak jeles pun ade. huhuhu aku pun tingin sangat nak sambung kat obersi,. menggunung impian ni. huhu ko doakan aku gak jaa. untung2 mak pak aku bleh bangga ngan aku kan? sejuk perut mak ko ngandung. tahniah jaa ! :D

    Unknown said...

    hati2 bile dah brada kat negara orang tu..hehehe

    ❤ lovelymasha❤ said...

    congrats~selamat hari raya...Jaa

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...