nuffnang

Wednesday, August 3, 2011

resdung : kegatalan yang tak hengat!!!

Assalamualaikum...

merujuk kepada tajuk pasti macam-macam yang akan bermain di fikiran kan..gatal??kegatalan? menggatal dan sebagainya...gatal tu banyak maksud dan aku bukan nak cerita pasal gatal menggedik tapi ni memang gatal yang perlu disudahi dengan teknik menggaru..wahahaha..apakah??


aku mengalami masalah resdung sejak form 2 lagi...nasib baiklah masalah aku bukan jenis yang jerawat naik dekat muka bebanyak tu, tapi jenis yang dalaman...kalau dah datang penyakit tu memang tak boleh nak tidur malam la jawabnya...sungguh, rasa macam nak cabut hidung pun ada, gatal yang teramat sangat...bukanlah gatal bahagian luar hidung tapi dalam..nauzubillah..sabar jelah...


setahun lepas tu adalah pergi berubat dekat sorang pak cik ni, nak cakap bomoh tu takdelah bomoh sangat, tapi lebih kepada rawatan ala-ala kampung dan tradisional...lepas tu aku beransur pulih dan tiada lagi masalah, sikit-sikit tu adalah...sekarang ni selepas hampir 6 tahun masalah tu datang balik..aduyai, dahla dalam bulan puasa ni, rasa macam nak nangis pun ada bila kegatalan tu datang menyerang...


tadi pergi balik rumah pak cik tu tapi takde orang la pulak...aku harap sangat nak pegi berubat balik, memang sangat sangat tak tahan dengan bersin bebanyak kali dan gatal yang melampau...aku pergi klinik doktor cakap selesema biasa..ape daaa, tak kan sepanjang tahun selesema kan..aku malas nak soal telan ubat panadol pun tak jadi apa, melemahkan antibody badan adalah...aku nak badan aku hasilkan antibody sendiri..

rawatan resdung mata yang aku jumpa..ngerii kan..eewwww

kalau nak diikutkan, aku punya penyakit ni biasa lagi masih tak sampai tahap kronik dengan pendarahan, jerawat seluruh muka dengan ulat dan sebagainya...ini pun aku dah rasa cukup terseksa, nasib baik sepanjang musim-musim peperiksaan penyakit ini tidak datang menyerang...bila tengok video dan dengar cerita pesakit resdung lain, ngeri beb!!macam-macam ada naik bulu roma mendengarnya...aku harap sangat penyakit ni dapat disembuhkan, bulan puasa ni memang banyak kena sabar kan..heee...


kalau bab makan tu memang jagalah dengan tak makan belacan, budu dan udang...kalau makan memang tak boleh tidur la...aku ni lebih kepada resdung hidung, mata tu takdelah gatal sangat..kalau sesiapa ada tahu cara rawatan yang berkesan untuk menhilangkan dan menyembuhkan penyakit ni, jangan lupa kongsi ye..sharing is caring  ^_^

selamat berpuasa, berterawih dan beramal yee



p/s : kalau nak buat satu benda tu cuba fikir banyak-banyak kali dulu, pertimbangkan perasaan orang lain serta akibat atas perbuatan kita..
Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...