hari ini sudah masuk 20hb september maksudnya sudah masuk sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini..gunakanlah waktu yang ada untuk membuat amal kebajikan kerana mungkin tahun ini merupakan tahun kita boleh berada di bulan Ramadhan, siapa taw..ingatlah bahawa ajal dan maut semuanya di tangan yang maha esa...kita sebagai manusia hanya mampu merancang untk mendapat kejayaan, kekayaan dan kesenangan, namun tidak berdaya menentukan..
memandangkan aku memang tak pasang internet kat rumah dan broadband pun tak beli maka terpaksalah aku pergi ke Bestari.com yang tak jauh pun dari rumah aku..nasib baik free dan aku pun da ada lesen motor..senanglah sikit...bila bukak emel tengok JPA dah e-mel semua dokumen berkaitan termasuklah senarai nama pelajar yang bakal bersama-sama aku nanti..Alhamdulillah, aku tidak kesorangan..ada 13 pelajar kesemuanya..7 orang dalah dari Intec dan yang lain aku pun tak kenal, insyallah boleh berkenalan nanti..
Terima kasih kepada semua keluarga dan memember yang support aku, bagi kata-kata semangat sms, mesej dan komen kat facebook...pernah aku ingat suatu ketika dulu ada sorang member aku cakap kalau dia tak lepas cut-off point dia mesti nangis dan nak putus contact dengan semua orang..tak nak msj, call, bukak fb dan sebagainya..masa tu aku pun fikir benda yang sama, tapi naluri aku berkata yang benda tu hanya sia-sia..kita hidup ni bukan selalunya berjaya..ada masanya kita diuji, ada masanya kita gagal dan jatuh ke tanah..masa tu kita kena bertindak waras, ingat kepada Allah S.W.T, talk with our friends and family..insyallah we will be fine..
tak perlulah nak menyusahkan diri sendiri..nangis keluar air mata darah sekalipun perkara ini memang tak berubah dan sudah menjadi kenyataan...memang betul, susah nak terima kenyataan sebab mungkin kita rasa kita selalu berjaya..yes!! i'm agree with that..aku pun boleh dikategorikan sebagai budak pandai sebab dulu-dulu UPSR, PMR, SPM selalu dapat straight A's je.. memang tak pernah kandas..tapi ingatlah, dunia ini berputar dan dunia ini ibarat roda..sekejap kita dia atas dan sekejap kita di bawah...apa yang harus kita buat adalah reda dengan ketentuan ilahi dan yakin dengan qada' dan qadar...
janganlah kita terlalu menyalahkan diri sendiri jikalau kita telah berusaha sedaya upaya untuk mencapainya..mungkin bukan rezeki kita kali ni, mungkin jua semua yang berlaku ini ada hikmahnya...sekali kita gagal, tidak bermakna kita akan gagal untuk selama-lamanya..buka hati buka minda, fikir dan bertindaklah dengan waras...jangan biarkan hawa nafsu dan syaitan menghasut dan membelenggu diri kita sehingga berlakunya perkara-perkara yang ak diingini seperti banyak yang berlaku sekarang ni.. akibat terlalu tertekan sanggup melakukan perkara luar batasan akal dengan membunuh diri dan membunuh nyawa manusia lain yang tidak berdosa...
sejak kecik aku mengamalkan prinsip "once i step forward, i'll never turn back" dulu-dulu masa kecik mak hantar pi masuk asrama, masa tu baru darjah 6, kawan pun takde lagi...memang nangis nak balik sebab homesick tapi aku taknak cakap macam tu sebab aku taw orang tua aku dah banyak berkorban beli itu ini bayar yuran nak hantar aku ke situ...sama jugak masa aku form 4 dan aku masuk SBP kat terengganu ni..aku kena buli kaw-kaw dengan bebudak laki..biasalah budak baru tapi aku tahan jugak tak bagitaw parents sebab malas nak bagi diorang risau...sorang kawan aku pindah sebab tak tahan tapi aku tahankan jua dan bersabar...rasa nak pindah sekolah tu membuak-buak tapi seba dari kecik teringin nak masuk SBP sbor jelah...
jadi aku rasa benda ni yang boleh membuatkan aku kuat... aku memang berjiwa sensitif tapi aku susah nak tunjukkan kat orang...sememangnya aku sensitif terutama bila berkaitan hal-hal keluarga dan masa depan...mungkin sebab aku tahu kesusahan mak ayah aku membesarkan aku dan adik beradik, aku bukannya dari keluarga yang senang dan berada macam orang lain..sebab tu aku rasa aku jadi macamni..aku memang sangat sedih kalau aku tahu keluargaku akan kecewa dengan aku..sebab tu aku rasa aku akan jadi bersemangat bila terkenangkan semua itu...
Bila aku dapat tawaran ambik A-Level Medicine aku tahu selangkah kaki aku telah melangkah ke bidang yang memang aku idamkan sejak kecik..nak jdi doktor...Alhamdulillah sekarang ini aku rasakan kaki sebelah lagi mula ingin melangkah kehadapan..meskipun di tempat lain, namun tetap ijazah yang sama akanku genggam...jadi tak usahlah kita nak menyesal sangat, reda dan terima je semua ini..insyallah selagi mana kita percaya yang ada yang masih sayangkan kita, selagi itu kita akan boleh terus bangun...bangunlah!janganlah rebah dan terus terlantar..
rasanya cukup panjang coretan ini, terima kasih kepada yang membaca sampai ke penghabisan, aku memang begini sekali
oh, esok nak kena pi cucuk mantoux test, uruskan pasport dan kalau boleh siapakan medical check-up... surat tawaran katanya nak e-melkan esok baru boleh nak uruskan cop dan sebagainya...visa pulak kena pi buat gak ni dalam 23/24 hb...25hb tu ada briefing kat putrajaya lak, nasib baiklah ada pak cik kat sana dan dia pun dan sedia nak tolong..
5 comments:
Semoga berjaya....
tahniah..semoga dapat capai cita-cita yang diingini dan tetap kuat dan tabah..
g.luck ye...
Part of the journey dah settle. Skrg ada journey baru akan bermula.
All the best Jaa!
Seriously, Warlord salah seorang yg kandas dulu dan kemudian baru la dpt apa yg diidamkan.
akak~ seriously...nisa sama nasib dengan akak~ nisa bakal junior akak nanti..keke~ nisa pun dari INTEC...akak nak nama FB or e-mail please~~ Nisa nak contact~ please3~!!!!
Post a Comment