seperti biasa di bulan Ramadhan yang mulia ini kita sangat dituntut untuk membuat amal kebajikan dan bersedekah untuk mendapat manfaat yang lebih..begitu juga dengan memberi orang makan untuk berbuka puasa, sebagaimana yang jaa tahu orang yang memberi makan kepada orang berpuasa makanan berbuka akan mendapat pahala sebanyak mana pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang sedang berpuasa itu...
jadi tidak hairanlah jika badan-badan kerajaan (GO) dan bukan kerajaan (NGO) berebut-rebut untuk mengadakan majlis berbuka puasa dan menjemput anak-anak yatim terutamanya untuk berbuka..sesungguhnya pahala memang berlipat ganda, dahla di bulan puasa berbuat baik pula pada anak-anak yatim...begitu juga dengan memberi mereka bantuan duit dan pakaina raya.
okey macam biasa kampung jaa juga ada buat majlis berbuka puasa bersama semua penduduk kampung dan keluargaku jua tidak ketinggalan untuk menyertai program tersebut kerana ibuku dari pagi lagi membantu untuk memasak hidangan pada hari tersebut..ibuku pergi awal sedikit untuk membantu menghidangkan makanan dan sebagainya dan aku menunggu adikku pulang dari sekolah agama petang sebelum pergi bersama-sama dengannya...
aku dah cakap pukul 7 dah nak gerak dan suruh dia mandi awal-awal namun pukul 7 tu baru nak mandi, haiah....itulah balik je dari sekolah tak salin baju terus bukak laptop main game zombie, apa yang seronok sangat dengan game itu pun aku tak tawlah...aku rasa sejak aku balik sebulan yang lepas memang menda alah tu la dia dok main dari bangun tido, pastu balik sekolah dan sebelum tidor..dah macam pro dah aku tengok dia main..haha, aku baru try main game bola PES, masyuk gak tapi tak berapa nak pandai lagilah..haha..
sambung cerita pasal majlis berbuka tu, disebabkan aku pakai baju kurung dan naik motor serta datang tersangatlah lambat memang aku menjadi tumpuan seluruh warga yang sedang berada di dalam khemah tengah menunggu untuk berbuka..memang semua khemah da penuh daa dan aku takda pilihan lain selain parking moto kat depan khemah..tapi takdelah dekat sangat dengan khemah namun tumpuan seluruh warga khemah adalah kepada aku dan adikku..malu wei, dahla khemah lelaki kat luar tu..
aku rasa agak ramai jugaklah...apa lagi kontrol buat-buat tak pandang orang ramai dan buat-buat tak tahu je...memang nasib baik kot tengah tengah dok cover ketebalan muka dan tahan segan tuh aku nampak ibuku tengah melilau mencari kitorang...haha, manalah budak ni pergi kan tak nampak langsung dalah khemah..aku apalagi terus mengikut ibuku naik pergi ke hidangan yang masih kosong...sigh, tengok jam dah 7.18 minit...tinggal beberapa minit lagi nak berbuka, nasib baik sempat kan...
itulah orang suruh bersiap awal-awal aku dok sibuk layan cerita eh sinetron indon hingga hujung waktu lakonan marshanda..cerita tu agak best la pasal anak kandung yang hilang semasa kecil selepas itu terus tidak dijumpai..pasangan itu mencai dan terjumpa seorang kanak-kanak hilang yang disangka anak mereka namun sebaliknya...ketika dewasa, mereka mencari anak kandung mereka dan kecelaruan berlaku dengan pelbagai konflik..ah, kisah keluarga la...takdelah minat sangat citer indon,aku layan jelah sebab waktu menunggu berbuka bermula 6.30 sampai 7.30 petang...
marshanda pelakon sinetron indonesia
ok, itulah kisahnya ketika pergi berbuka puasa..moral of the story : janganlah kita pergi ke majlis lambat sangat, ingat VIP ke??nan hadoooo...kalau VIP takpe;ah memang sengaja datang lambat sebab memang nak suruh jadi tumpuan, memang aku jadik VIP tak diundanglah semalam..kahkah...
baru dapat emai dari JPA pasal semua urusan briefing, medical check-up and what not...memang nervous gilaa nih...entahlah aku hanya berharap agar aku dapat rezeki dan diberi kemudahan oleh-Nya, insyallah...aku akan terima jika itu memang sudah tersurat untukku..to be frank, i'm hoping the best..insyallah...pray for me my dearest friends!
3 comments:
awak nanti further study kat mana? and bila fly? i like to read your blog.. hehe :)
last2 gambar sapa tu?
fly ke? bestnyaaaa!! good luck dear! :)
Post a Comment