nuffnang

    Thursday, August 18, 2011

    Alhamdulillah... aku masih di sini..

    Assalamualaikum...

    Seperti kebiasannya nenek aku akan mengadakan majlis berbuka puasa di rumahnya dan mengajak jiran dan saudara terdekat untuk datang berbuka puasa beramai-ramai...tidaklah gempak dan besar tapi cukuplah sekadar bersedekah dan ramai jugaklah yang datang ...seperti biasa aku juga turut sibuk di dapur membantu mana yang patut..tugasku semalam adalah bakar ikan, ayam, lap pinggan mangkuk, angkat hidangan dan yang paling penat ialah basuh pinggan mangkuk..


    bukan setakat pinggan mangkuk, tapi periuk belanga, gelas air, dan semuaalah...lebih kurang 85% semuanya aku yang basuh..nak buat cmne orang lain semua da tua-tua jadi kalau aku yang masih muda ni tak buat sape lagi kan..memang tersangatlah sakit pinggang bila berdiri lelama dok basuh pinggan yang berlambak tu...pagi ni pulak aku kena basuh periuk gulai yang hitam legam tuh..mak aih, memang penat tak terkira..


    bukanlah majlis berbuka tu yang hendak kuceritakan sebenarnya, tetapi kisah jatuh motor...memandangkan aku dah lama tak pergi tasik kat kampung nenek aku tu, aku pun teringin la nak pergi semalam lagipun padi tengash berbuah dan banyak dah yang telah dituai..apa lagi sepupuku yang laki darjah 2 tu pun nak ikut la..aku pun ajak jelah...lepastu, kakanya yang darjah 3 pun nak ikut..aku on la lagi...


    bila aku da nak gerak masuk gear, tetiba adikku yang baru darjah 4, tapi bearnya dah mengalahkan aku pun nak ikut..menangis-nngis..bila dia naik aku tak dapat nak mengawal moto dengan muatan 3 orang yang memanglah berat hampir 1 tan kot..aduyaiii..aku ni pulak tak berapa nak tinggi dan breeeeeeeeeeeeeennngggg!!! motor jatuh dan semua kedua-dua sepupuku dan adikku serta aku jatuh...



    tayar motor berputar-putar ohh..nasih baik aku bijak mengawal keadaan dan motor tidak bergerak dan merempuk kereta pak su aku..memang dekat sangaty dah dengan kereta masa tu..aku rasa kalau aku masih pusing tali minyak dan keadaan yang tak terkawal tu boleh menyebabkan aku merempuh bodph je kereta tu dan mungkin kami semua cedera dan majlis berbuka puasa mungkin tak dapat diteruskan...dahla masa tu dah ramai orang yang datang rumah menunggu waktu berbuka...


    semenjak aku bawak motor tak pernah lagi aku accident, itu pun mak ayah aku tak bagi aku bawak motor jauh-jauh..katanya bahaya!!memang pun dahla aku perempuan, kes ragut, accident melibatkan motosilal dah banyak aku dengar...memang takutlah nak bawak motor dalam kawasan bandar, setakat dekat-dekat tu bolehla...aku bawak jugak motor time belajar kat shah alam tahun lepas itu pun mak aku dah bimbang semacam...


    Alhamdulillah keadaan masih boleh diselamatkan dan kami semua tidak cedera termauklah motor semuanya dalam kadaan yang selamat...mungkin adikku sedikit terkejut dengan kejadian yang berlaku dan terus terdiam tidak terkata...kalau dulu aku mampu lagi bawak diorang bertiga jalan-jalan taspi kini tidak lagi...semua dah besar-besar..gila apa bawak muatan besar-besar tiga orang pulak tu..apapun aku bersyukur kejaian tersebut berlaku kat depan rumah nenekku dan semuanya selamat..kalaulah berlaku di tengah-tengah jalan tak tahulah apa yang dah jadi...


    Alhamdulilla...aku masih di sini dan sihat walafiat...kalau tidak mungkin aku beraya di hospital tahun ini, mungkin punyai kaki yang patah dan muka yang berparut..namun semua itu tidak berlaku, alhamdulilllah syuur..aku masih lagi diberi kesempatan oleh-Nya untuk mengecapi kenikmatan hidup ini...aku memang tidak serik bwak motor, cuma aku serik nak bawak tiga orang sekaligus...


    hari ni result exam aku keluar dalam pukul 2...berdebar-debar tak ingat dah ni, entahla apa yang jadi..aku hanya mampu berdoa semoga semuanya dipermudahkan..amiiiinnn




    1 comment:

    L said...

    waaa. syoknyer gini..

    jom berdoa?
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/doakan-untuk-keburukan-saudara-seislam.html

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...