nuffnang

    Sunday, May 8, 2011

    selamat hari ibu kepada semua ibu, mama, umi, ma, mom :D

    Assalamualaikum :D

    di kesempatan ini jaa nak ucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu dan bakal ibu di luar sana, jasa kalian amat besar dan tidak terhingga ^^  tak kiralah apapun panggilan sama ada ma,mama, ibu, umi, mami,mum dan banyak lagi namun pangkatnya sama sahaja..


    Bersyukurlah jika kita masih lagi mempunyai ibu, senangkanlah hati mereka dan bahagiakan mereka sementara hayat mereka masih ada...jangan sesekali mengucapkan kata-kata yang menyakiti hati mereka..ingatlah bahawa "syurga itu di telapak kaki ibu".namun begitu, bagi yang sudah tiada doakanlah agar mereka aman di sana..jangan sesekali lupa mendoakan ibu kita :D


    sebenarnya tadi sejam lebih jaa borak ngan maa mintak ampun dan maaf kalau ada selama ini tersilap kata dan jugak suruh maa doakan kejayaan jaa *tacingg beb!! tapi biasalah kalau call mak memang tak terasa masa berlalu semua cerita habis keluar dari sekecik-kecik kuman hinggalah sebesar-besar bangunan..hehe...kita beruntung dapat ibu macam maa sebab maa sangat sporting, selalu support anak-anak dan tak pernah menghalang kalau kita nak buat apapun...


    kadang-kadang kita pulak rasa bersalah bila nak buat menda pelik-pelik..ma just cakap"fikirlah mana yang baik mana yang buruk kan dah besar" kalau ada sesetengah mak kan memang marah anak dia nak keluar jumpa kawan ke apa sebab takut buang masa, tapi mak kita cakap macam tu je..tak cakap ya atau tidak sampai kita sendri yang fikir apa kesan benda tu..*eh ayat ni berbelit ke??faham kan..hehe..





    ucapkanlah time kasih kat ibu sebab selama ini telah bersusah payah mengandungkan kita selama 9 bulan, bawak je pergi kehulu-kehilir pastu besarkan kita...hantar kita masuk sekolah, bagi makan minum pakaian dan keperluan sampai kita dah besar panjang macam ni..dari kita sekecik-kecik baby yang mak boleh dukung sampai kita dah sama besar dengan ma..hehe...terimaa kasih yang tidak terhingga, jasa mereka memang tidak akan terbalas namun kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk gembirakan hati mereka, buat perangai elok-elok dan banggakan mereka...biar mereka rasa bertuah dapat anak seperti kita, baru sejuk perut ibu mengandung ^^


    terima kasih maa, love u alwaysss :D

    Nah satu lagu untuk ibu dari kumpulan Brothers, jom hayati lirik di bawah (^_^)


    Seorang Wanita

    Bermahkota Ibu

    Menggenggam Jari-Jari Kecil

    Ikatan Ini Tidak Kan Terurai

    Kerna Tautan Ini
    Tautan Darah dan Akidah
    Dan Rahmat Dari Allah



    Kini Ibu

    Peganglah Tanganku Ini

    Biar Kubawa

    Ibu Menjelajah
    Hasil Titik Peluhmu
    Biar Kubawa
    Kealam Ku
    Hasil Ukiranmu
    Selama Ini



    Dodoianmu Ibu

    Membina Benteng Pemisah

    Antara Yang Hak Dan Yang Batil

    Membakar Semangat Perjuangan
    Mengait Kasih Pada Junjungan Tercinta
    Tersujud Lemah
    Mengabdi Diri
    Kepada Yang Esa



    Jika Belum Pernah

    Kau Dengar Ucapan Terima Kasihku

    Ketahuilah Doaku Ini

    Moga Tuhan Menyayangimu
    Sepertimana Kau Mengasihiku
    Dari Dulu Hingga Kini
    Untuk Selama-Lamanya


    P/S: berbuat baiklah pada ibu kita kerana bagaiman cara kita layan ibu kita itu adalah bayangan bagaimana anak kita akan melayan kita kelak...wallahu'alam..

    11 comments:

    OKED Choki Choki said...

    selamat hari ibu tuk ibu jaa...syg ibu tite2

    Puteri Iqa Izyan said...

    meriah betul entri bloggers dgn hari ibu hari ni ^_^

    happy mother's day :))

    alexayussida said...

    happy mothers' day utk ibu jaa :)

    chenta nana said...

    sselamat hari ibu untuk ur mom jugak... nice blog babe...
    -chenta nana-

    scya lollita said...

    selamat haru emak ^_^

    sjaa64 said...

    @OKED chokelat

    hehe, syg ibu ittew lala

    sjaa64 said...

    @Puteri Iqa Izyan

    haah..memasing nak tulis :)
    tq komen :D

    sjaa64 said...

    @alexa yussida

    THANKS :)

    sjaa64 said...

    @chenta nana

    HEEEE...thanks nana ^^

    sjaa64 said...

    @Scya Lollita

    haru??ekekekke :p

    Hanim Mahali said...

    sebak baca ni.... dah tak boleh nak komen dah.... okbai... nak p cari tisu...

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...