nuffnang

    Showing posts with label ibu. Show all posts
    Showing posts with label ibu. Show all posts

    Sunday, May 8, 2011

    selamat hari ibu kepada semua ibu, mama, umi, ma, mom :D

    Assalamualaikum :D

    di kesempatan ini jaa nak ucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu dan bakal ibu di luar sana, jasa kalian amat besar dan tidak terhingga ^^  tak kiralah apapun panggilan sama ada ma,mama, ibu, umi, mami,mum dan banyak lagi namun pangkatnya sama sahaja..


    Bersyukurlah jika kita masih lagi mempunyai ibu, senangkanlah hati mereka dan bahagiakan mereka sementara hayat mereka masih ada...jangan sesekali mengucapkan kata-kata yang menyakiti hati mereka..ingatlah bahawa "syurga itu di telapak kaki ibu".namun begitu, bagi yang sudah tiada doakanlah agar mereka aman di sana..jangan sesekali lupa mendoakan ibu kita :D


    sebenarnya tadi sejam lebih jaa borak ngan maa mintak ampun dan maaf kalau ada selama ini tersilap kata dan jugak suruh maa doakan kejayaan jaa *tacingg beb!! tapi biasalah kalau call mak memang tak terasa masa berlalu semua cerita habis keluar dari sekecik-kecik kuman hinggalah sebesar-besar bangunan..hehe...kita beruntung dapat ibu macam maa sebab maa sangat sporting, selalu support anak-anak dan tak pernah menghalang kalau kita nak buat apapun...


    kadang-kadang kita pulak rasa bersalah bila nak buat menda pelik-pelik..ma just cakap"fikirlah mana yang baik mana yang buruk kan dah besar" kalau ada sesetengah mak kan memang marah anak dia nak keluar jumpa kawan ke apa sebab takut buang masa, tapi mak kita cakap macam tu je..tak cakap ya atau tidak sampai kita sendri yang fikir apa kesan benda tu..*eh ayat ni berbelit ke??faham kan..hehe..



    Wednesday, April 7, 2010

    kawan-kawan doakan kesihatan ibuku....tq

    hari isnin yang hening,aku join usrah dengan kawan2...tetiba dapat mesej akak aku cakap "ma masuk hospital" aku amat pelik..sakit apakah???aku tidak membalas mesej itu kerana agak kurang sopan mesej2 dalam majlis...10 minit lepas tu,dpt mesej dr abang aku...dia baru je sampai hospital...huh,apekah????macam2 bermain dalam fikiran aku lantas aku meminta diri untuk membuat panggilan telefon..

    bila aku call abg aku,dia suruh aku cakap dgn mak aku sndiri...rupa-rupanya ibuku terkena apendiks dan terpaksa dibedah secepat mungkin...owh,aku ingatkan sakit apekah tadi..lepas dengar suara mak aku barulah rasa lega...dia ckp xpayah la bimbang sangat pasal dia,belajar rajin2 je...doakan je ma slalu sihat...huh,terasa sebak di situ~

    semalam abg aku msj dan tanya kalau nk 'operate' kena puasa berapa jam???rasa-rasanya lama jugak tapi dia cakap mak aku dah puasa lebih 24 jam...tu yang sangat lapar,sabar je la ye...sebenarnya tengah tunggu giliran bilik bedah..asyik penuh je,bila dah ada kosong baru boleh...tu yang xpasti waktu sebenar pembedahan..

    malam tadi,semuanya telah selamat...lor,apendik je pun orang cakap...tapi still kena operate,kalau tidak..bahaya!!!tapi selalu aku dengar kanak2 dan orang muda je yang kena...tapi ape boleh buat,sakit tidak kenal rupa,pangkat dan usia kan...ape2pun aku doakan semoga ibuku sentiasa sihat,mak aku muda lagi taw :)..kawan2 pun bolehla mendoakan semoga ibuku cepat sembuh...walaupun ibuku jauh di mata,namun tetap dekat di hati

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...