nuffnang

Wednesday, April 7, 2010

kawan-kawan doakan kesihatan ibuku....tq

hari isnin yang hening,aku join usrah dengan kawan2...tetiba dapat mesej akak aku cakap "ma masuk hospital" aku amat pelik..sakit apakah???aku tidak membalas mesej itu kerana agak kurang sopan mesej2 dalam majlis...10 minit lepas tu,dpt mesej dr abang aku...dia baru je sampai hospital...huh,apekah????macam2 bermain dalam fikiran aku lantas aku meminta diri untuk membuat panggilan telefon..

bila aku call abg aku,dia suruh aku cakap dgn mak aku sndiri...rupa-rupanya ibuku terkena apendiks dan terpaksa dibedah secepat mungkin...owh,aku ingatkan sakit apekah tadi..lepas dengar suara mak aku barulah rasa lega...dia ckp xpayah la bimbang sangat pasal dia,belajar rajin2 je...doakan je ma slalu sihat...huh,terasa sebak di situ~

semalam abg aku msj dan tanya kalau nk 'operate' kena puasa berapa jam???rasa-rasanya lama jugak tapi dia cakap mak aku dah puasa lebih 24 jam...tu yang sangat lapar,sabar je la ye...sebenarnya tengah tunggu giliran bilik bedah..asyik penuh je,bila dah ada kosong baru boleh...tu yang xpasti waktu sebenar pembedahan..

malam tadi,semuanya telah selamat...lor,apendik je pun orang cakap...tapi still kena operate,kalau tidak..bahaya!!!tapi selalu aku dengar kanak2 dan orang muda je yang kena...tapi ape boleh buat,sakit tidak kenal rupa,pangkat dan usia kan...ape2pun aku doakan semoga ibuku sentiasa sihat,mak aku muda lagi taw :)..kawan2 pun bolehla mendoakan semoga ibuku cepat sembuh...walaupun ibuku jauh di mata,namun tetap dekat di hati
Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...