nuffnang

    Monday, April 26, 2010

    aku menjadi penunggu hospital semalaman

    mendengar tajuk entri aku kali ini mesti ramai yang mengaggap bahawa ini merupakan cerita hantu,seram dan sebagainya...owh,tidak sama sekali..ini merupakan kisah diri aku yang merupakan untuk pertama kalinya aku tidur di hospital semalam dan juga kisah kemalangan yang menimpa abang aku...aku belum pernah menjadi pesakit dan tidur di hospital sebelum nie..langsung tiada pengalaman...

    hari jumaat yang lepas,aku dikejutkan dengan berita yang mengatakan bahawa satu-satunya abang aku dtimpa kemalangan...mak aku cakap dia ada kat HTAA,kuantan...kebetulan pada hari yang sama aku bercadang ke rumah bapa saudaraku di klang...keesokan harinya,kitorang bertolak ke kuantan dan tiba di hospital kira-kira pukul 5.30 petang...

    semasa aku tiba,ramai kawan-kawan abangku yang datang...dia kelihatan tersenyum gembira dengan kedatangan ramai rakan-rakan dan sanak saudara..xdela sedih sangat bila sakit terpaksa tinggal di hospital seorang diri...kecederaan yang dialami agak parah sebab sendi kaki kirinya  dah tercabut dari kedudukan asal dan belakang badanya terkena ekzos nissan ekstrem..nasibnya memang baik sebab walaupun dah terperosok ke bawak pacuan 4 roda tersebut,namun kedudukannya di tengah2 dan tidak kena pada tayar....topi keledar yang dipakainya juga masih dalam kedudukan asal..

    kejadian ni berlaku apabila pada petang khamis dan dia dalam perjalanan ke rumah salah seorang pensyarahnya di sungai isap...kenderaan di hadapannya bergerak perlahan dan abang aku cuba memotong di bahagian kanan,namun secara tiba2 kereta tersebut membelok ke arah kanan tanpa memberi sebarang signal dan tidak perasan akan kehadiran motosikal abg aku...abang aku segera membelok tetapi pemandu wanita ini lebih kuat memusing stereng keretanya dan melanggar abang aku..selepas itu,abang aku terperosok di bawah kereta dalam keadaan mengiring..

    menurut ceritanya lagi,keadaanya yang amat panas sebab terkena ekzos kereta dan bawah kereta yang amat sempit menyukarkannya bernafas..dia seolah-olah menggelupur bagai ayam yang disembelih dan berteriak dengan kuatnya "angkat kereta ni cepat!!!jek!!jek!!"pempuan yang memandu tadi sebenarnya dah tercari-cari kelibat abang kerana hanya motosikal yang berada di tepi jalan...oleh sebab ramai orang di kawasan tersebut,mereka beramai-ramai mengangkat kereta tersebut dan menarik abg aku keluar..selepas keluar dari bawah kereta barulah dia boleh bernafas sedikit...

    walaupun badannya terasa amat lemah dan sakit,dia menggagahkan diri untuk membuka beg,ambil telefon dan call kawan serumahnya...kawannya segera datang ke tempat kejadian dan meninggalkan rumah tanpa berkunci..perkara kedua,dia mencari2 report praktikallnya yang berada di bawah tayar kereta...lepas tu barulah dia bukak helmet dan lihat speknya masih dalam keadaan baik...nasib baik semua barang2 lain spt wallet dan phone diletakkan dalam beg dan dihulurkan kpd kawannya yang tiba sajurus lepas abg aku call..

    lebih kurang setengah jam menunggu,barulah pihak JPAM datang membawanya ke hospital..pada mulanya orang kampung ingin mengangkat dan membawanya terus ke hospital,namun seorang ahli PBSM melarang sebab ditakuti kecederaan akan menjadi lebih parah jika ada sebarang kecederaan dalaman yang dialami...selepas itu,kawan abg aku call keluarga aku dan informkan akan hal ini..hurm,baru je 2 minggu lepas mak aku keluar hospital kena operate apendix,ni abg aku pulak masuk hospital sebab kemalangan...

    ibuku merupakan peneman sejati dan malam tadi aku bersama-sama ibuku tidur di hospital...macam-macam karenah yang aku jumpa di sini...sepupu aku yang kecil jadi takut untuk datang dekat dan hanya bermain-main di luar...tidak tahu kenapa,aku pun pelik...tapi aku akui,semasa aku kecil,aku amat takut untuk datang hospital terutamanya bila lihat orang sakit berbalut-balut dan berdarah-darah...namun kini perasaan tersebut semakin lama semakin hilang dan dan aku mula terbiasa dengan keadaan tersebut..aku mesti hadapi jugak semua benda nie suatu hari nanti :)

    malam tu aku dah berhajat xnak mandi sebab sebelum bertolak memang dah mandi...dah nama pun wad lelaki,memang ramai orang lelaki...tapi disebabkan ramai pesakit-pesakit yang patah2 (wad ortopedik),takde la ramai sangat kat tandas...tapi pagi tadi,bila aku ke tandas ada 2 orang lelaki cina yang sudah tua berbual-bual dalam bahasa cina...aku  tengah mencuci muka kat sinki,namun tiba-tiba salah seorang daripada mereka bertanya dalam bahasa melayu,tetapi kurang jelas kedengaran...aku dah gak memang dia xfasih sgt bahasa melayu...2/3 kali dia tanya barulah aku faham dia cakap"benda untuk ikat baju orang melayu panggil ape"huh,jenuh aku nak memahami apa yang dia cakap..dahla tua,pastu cina,ayat bm berterabur dan pelat...aku cakap la tali,pastu dia pun ckp baju dia xde bnda tue...

    mulanya aku ingat dia tanya tu baju aku ke sebab kat tangan dia menunjuk2 baju hijau hospital...aku cakap bukan,dia pun tanya berulang2 sampai aku faham...adooii..pastu aku tengok dia berjalan keluar terhinjut2 dengan sebelah kaki berbalut,tapi dia telah ikat dengan plastik supaya xkena air...hurm,sekurang-kurangnya dia boleh bangun dan berjalan...abag aku hanya buang air atas katil di dlm bekas yang disediakan...tapi kena pergi ambil dulu bekas tue..pagi tadi masa aku tidur dalam pukul 4lebih abg aku kejutkan sebab dia nak buang air...tp aku xtaw bekas tu kt mne,nasib baik ibuku bangun dan pergi ambil..kalau tiada orang,camne la nak buang air kan~

    sejak semalam jugak aku dengar ada seorang pak cik tua melayu menggunakan bantuan alat pernafasan...nafasnya turun naik dan mendengus-dengus seperti orang kesesakan nafas...hurm,aku dah agak macam dah tak lama...pagi td,dlm pukul 6.45 pak cik tu telah meninggal dunia...innalillahiwainnailaihiraji'un...kemuadian,ramai saudara-mara pak cik tu datang dan ramai yang menangis-nangis...mak aku ckp,diorang hanya pasang bacaan yaasin dan tiada seorang pun yang baca walaupun terdapat yasin di situ...xtahulah diorang masih sedih dan sebak hingga xdapat baca atau sebaliknya...wallahua'lam...

    malam tadi ada kes percubaan untuk mencuri kereta...aku yang ada kat tingkat 5 ni pun boleh mendengar bunyi kereta 'menjerit' dan laungan orang ramai...bergegas aku menjengah dan lihat da sekumpulan lelaki tengah menumbuk-numbuk dan menyepak seorang lelaki dengan kuatnya...lelaki itu menjerit sakit dan meminta tolong...arh,pandai sangat nak buat jahat,terimalah akibatnya!!!!!

    banyak juga kejadian yang berlaku semalam...tapi keseluruhannya, ini merupakan satu pengalaman yang baru bagi aku...pagi tadi aku dihalau keluar oleh pengawal keselamatan sebab ada bersama mak dan sorang lagi bapa saudara aku pada bukan waktu melawat..aku akhinya turun dan berjalan-jalan di taman sambil mendengar radio...kemudian,aku ke rumah saudara aku di taman seri inderapura kat pekan...

    aku bertolak balik ke shah alam dalam pukul 3.30 dan tiba dalam pukul 7,makan kat wira sejati jap...hurm,kpd rakan2 sekalian,doakanlah moga2 abang aku cpt sembuh dan dapat menjalani hidup seperti biasa.. :)

    2 comments:

    cikmune said...

    errr... ngerinya. tak dpt nak bayangkan sampai dok bawah keta. iskkk... semoga cepat sembuh abg awak ye...

    sjaa64 said...

    yup3....tu la pasal..
    memang ngeri pun..
    tq yep :)

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...