nuffnang

Monday, December 27, 2010

tahniah malaysia!!!

semalam aku tengok bola malaysia lawan indonesia..tahniah malaysia!!malaysia berjaya mengalahkan indonesia sebanyak 3-0 di bukit jalil semalam..yeah,kemenangan yang berbaloi untuk menebus kekalahan kita 5-1 baru-baru ini dalam pringkat kumpulan..semoga malaysia dapat terus mengekalkan kemenangan di indonsia nanti...

kami sekeluiarga bersorak bagai nak rak walaupun hanya menonton di rumah..haaaa,aku suka dengan mimik muka safee walaupun jatuh tergelincir tapi mukanya still manis senyum..haha,comel betul..tahniah,dah jadi penjaring terbanyak..semalam 2 gol dijaringkan olehnya..bola pun banyak dikuasai oleh pihak malaysia dan dengan kemenangan semalam aku yakin yang malaysia dapat menjadi johan dengan menewaskan indonesia di negara mereka..

walaupun barisan pemain utama ramai yang tercedera sehinggakan pasangan kembar yang aku minati zafuan dengan zakuan tak dapat bermain,k rajagobal bijak membuat strategi dan memilih pemain-pemain muda yang berbakat besar untuk menunjukkan kehandalan masing2..semoga sukan bola sepak malaysia terus menyinar dan masuk world cup..hahahha..sape taw???

p/s:tak sabar nak tengok perlawanan 29hb ni..semoga malaysia menjadi juara
Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...