nuffnang

    Friday, June 29, 2012

    Biar mimpi sampai ke bintang tapi haruslah seiring dengan usaha

    Assalamualaikum.....


    fenomena biasa kat sini....

    Hari ni result exam keluar...fuh..fuh...fuh...jantung berdegup kencang, duduk dalam kelas pun rasa tak selesa asyik teringatkan dan terfikirkan berapa la markah yang aku dapat ni, macamana kalau failed?? terutama kalau skill lab, alaaaaa...tak nak la semester pendek nak balik Malaysia, nak cuti nak rehat, tak nak bazirkan duit dan macam-macam yang menggangu fikiran, amboiii belajar pun tak fokus -,-



    Kat sini kami menggunakan sistem blok dan exam integrasi, jadi belajar selama 3-4 minggu lepas tu exam, macam tu laa..keputusan exam biasanya keluar seminggu selepas exam...habis satu blok masuk lagi blok baru kiranya macam tu la kehidupan kat sini dan untuk blok ni setiap minggu exam...dah tu bila masa nak rehat, aihh...mengeluh lagi, manusia...



    tengah-tengah belajar, dosen tengah ajar anatomy kat depan kita dok bbm dengan kawan....

    "result dah keluar ke belum??"
    "wehh aku cuak gilaa, hari tu tak dapat jawab!"
    "kalau dah keluar bbm aku ye!"



    buku tak bergerak,jasad dalam kelas tapi tuannya merayau entah ke mana....haa, itulah orang suruh study belajar betul-betul main-main lagi, contoh macam ni laa...online bukak facebook, twitter dan bbm dengan member-member dalam kelas...alasan??dosen mengajar tak best, bosanlaa dia mengajar ngantuk...tapi sebenarnya salah kita jugak tak fokus dalam kelas duduk belakang lepas tu bercakap benda-benda yang langsung takde kaitan dengan apa yang tengah belajar, cerita perancangan holiday la, movie terbaru la, apa laaa...pastu salahkan dosen??sape salah sebenarnya?? hurmmm...



    kalau result keluar tu ya Allah berebut semua orang nak tengok, memanglah exited tapi sampai tolak-tolak tu macam hape dah...takpelah lambat sikit kita tunggu, stengah jam nanti takdelah orang kat situ...takde maknanya nak berdiri dan tengok result kat situ lama-lama kann....sape yang taknak dapat nilai tinggi dapat A kan??gila tak nak?? tapi kita bersyukur jelah dengan apa yang kita dapat, mungkin kita akan rasa sedih kalau tak lulus ataupun lulus tapi rendah sangat...tapi apa yang penting kita dah cuba buat yang terbaik kan, bukan kita tak belajar kita dah usaha tapi mungkin usaha kita hanya sekadar baca malam sebelum exam atau esok exam hari ni baru bukak buku...jadi memang macamtulah result kita pun...

    biar mimpi sampai ke bintang...ehh naik tangga ke bulan :p


    dah memang sunnatullah begitu, man jadda ma jadda  siapa yang berusaha pasti akan berjaya....kalau kita tanam pokok menggunakan benih yang subur, cara tanamnya betul, dibaja dan disiram mengikut cara yang betul pasti pokok itu akan hidup segar sihat membesar menghasilkan bunga dan buah yang baik tapi kalau tak berusaha hanya lembar benih saja tak letak baja tak siram dan tak jaga mana nak boleh bandingkan dengan orang yang pertama tadi kan??so nilailah kembali apa saja usaha yang dilakukan dan perbaiki diri supaya menjadi dan mendapat yang lebih baik daripada apa yang kita buat sebelum ini, bukan nak bandingkan dengan orang lain..memang tak lah kan...


    kalaupun kita dah berusaha betul-betul tapi belum dapat apa yang kita nak, takpe...usaha lagi, doa kuat-kuat lagi...Allah suka sangat kalau hambanya meminta-minta dan kalau kita selalu minta InsyaAllah suatu hari nanti Allah akan kabulkan apa yang kita nak tu...manusia hanya menilai apa yang kita dapat diakhirnya, result kita tapi Allah itu sungguh maha pengasih dan penyayang..Dia menilai segala usaha yang telah kita lakukan, cuma mungkin belum tiba waktunya untuk kita dapat semua nikmat yang kita minta itu kerana Allah itu maha mengetahui, Dia tahu yang kita pasti akan berbangga diri dan menunjuk nunjuk serta riak...


    Janganlah pernah berputus asa, ayuuh kita bangun dan bangkit kembali...pernah jugak rasa, study kuat pun result macam tu, tak study pun result macam tu je??tahap tu je??? baik tak payahh...nampak sangat kan kita mudah menyerah kat sini...Astaghfirullahala'ziim...


    "Dan Dialah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; Dia Mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan dan Dia juga Mengetahui apa yang kamu usahakan" (Al-An'am:3)




    macam motto sekolah: usaha.doa.tawakal...dah complete tu kan???cuma kita je yang selalu malas nak buat, wallahu'alam.....





    3 comments:

    Unknown said...

    All d best.... :)

    Raz said...

    chaiyok2! mimpi x akan menjadi realiti tanpa usaha! :)

    Anonymous said...

    Usha tngga kejayaan. tak dak tangga. eskelator pon jdi lah :P

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...