nuffnang

Thursday, June 21, 2012

Husnul Khatimah ^^

Assalamualaikum............


menjejakkan kaki ke bumi Jakarta hampir setahun yang lepas banyak mengajar aku erti kehidupan, dulu sejak dekat Intec pun aku dah banyak belajar berdikari dan mencari diri....suka mencuba sesuatu yang baru dan mencari identiti diri, tapi di sini ia sungguh berbeza...


aku cakap pada diri aku, aku nak berubah menjadi seorang yang lebih baik dari segala sudut, pergaulan, penampilan, percakapan dan semuanyaa...tapi aku masih tercari-cari bagaimanakah cara untuk aku buat semua itu, aku lihat ramai kawan-kawan aku yang dah mula berubah...dekat sini pun Alhamdulillah aku dapat kawan-kawan yang baik yang juga banyak membantu aku mencari identiti juga sebenarnya :)


aku mulai mengenal apa itu bulatan gembira, apa itu tarbiyah dan apa itu ukhwah.....dulu mungkin tahu, tapi sekadar tahu tanpa faham...dulu aku anti kalau dengar perkataan usrah (ada kisah hitam sebenarnya) dan fikiran sungguh sempit....orang ajak pergi program berunsur Islamik suka saja menolak dengan pelbagai alasan, padahal bukanlah busy sangat....


disini aku mulai berkawan dengan mereka yang turut sama mahu berubah,menjadi seorang yang lebih baik....mereka ajak aku join usrah, aku pergi dengan agak terpaksa pada awalnya tapi disebabkan mereka nak pergi mall central park aku pun ikut sebab mereka cakap nak makan...sungguh, aku tak sangka selepas makan ada sesi taaruf dan berkenal-kenalan dengan murabbi kami...tapi aku rasa gembira, sebab murabbi kami seorang yang sangat sempoi dan santai....orang kata boleh masuk..heheeee...


selepas itu, aku join beberapa program dan daurah termasuklah 'ISK' ini sejarah kita yang banyak menyuntik jiwa aku....sungguh, suntukan jiwa itu sangat dalam...aku mulai sedar apa tujuan aku hidup di dunia ini, mengapa aku dilahirkan dan terpilih untuk hidup di dunia ini...begitu juga kami disuntik dengan kisah-kisah sejarah Islam dahulu yang pernah menakluki 2/3 dunia dengan zaman Umaiyah, Abasiyah dan bagaimana Islam itu jatuh kembali...kisah bagaimana Rasulullah berjaya mentarbiyahkan para sahabat sehingga menjadi manusia yang sungguh luar biasa, subhanallah... 


Graf ISK


mereka cakap graf ini akan berulang kembali, maksudnya suatu hari nanti rakyat di dunia ini akan tunduk pada pemerintahan Islam InsyaAllah....tapi bila???yaaa sekarang ni masih lagi dalam proses dakwah dan tarbiyah untuk menghasilkan umat yang mantap dan berkualiti. barulah zaman kegemilangan ini boleh berulang kembali....kemudian ada satu persoalan, adakah kita hanya mahu melihat Islam bangkit dan gemilang tanpa memberi apapun sumbangan??adakah kita hanya nak berdiri di tepi dan menjadi pemerhati??alangkah indahnya kalau kita menjadi salah seorang yang membantu untuk memartabatkan Islam di mata dunia...Islam tak perlukan kita untuk naik kembali, tapi kitalah yang memerlukan Islam sebenarnya ^^


hati aku banyak tersentuh apabila berkawan dengan kakak-kakak yang sangat aktif dalam kegiatan dakwah dan mereka sungguh baik, melayan kami seperti sudah lama kenal....cara mereka nak approach kita pun lain, sebab tu aku percaya kalau ukhwah fillah itu berbeza dengan berkawan biasa saja...kita disatukan dengan akidah yang sama, indahnyaa :) apa yang banyak membuka mata aku ialah selepas join program HAMKA yang mana penceramahnya adalah doktor yang berjaya dalam dakwah dan juga dalam kerjaya sebagai seorang doktor, sungguh aku nak sangat jadi macam tu...berjaya dunia akhirat, orang lain dapat satu kita grab dua terus (^_^)


Lepas satu kisah ke satu kisah berlaku dan aku sendiri dapat lihat perubahan yang berlaku pada diri aku....yaaa, nak capai ustaziatul alam tu banyak lagi tangga yang harus didaki....kita nak buat dan capai sesuatu yang besar tu memang harus bermula dari bawah, kita tak boleh berlari macam orang lain kita berjalan, tak mampu jugak merangkak tak pun mengengsot...janganlah kita malas nak buat itu dan ini, duduk saja tanpa buat apa-apa...semuanya bermula dari individu dulu, menjadi seorang individu muslim dengan mengamalkan 10 muwasafat tarbiyah...seterusnya membentuk keluarga muslim, jadinya harus mencari pasangan yang turut sama seiring sejalan barulah dapat terbentuk masyarakat muslim, kerajaan Islam, daulah Islam, Empayar Islam dan mencapai apa yang kita semua impikan, ustaziatul alam :D



saya pernah kongsi 10 Muwasafat tarbiyah ini (sini)


aku sebenarnya nak tulis pasal husnul khatimah tadi kan, sebenarnya Husnul Khatimah ni adalah nama group usrah kami yang terdiri dari kawan-kawan batch aku sendiri seramai 5 orang dan seorang murabbi...kami yang pilih nama ni sebab maksudnya adalah berkhirnya kehidupan kita di dunia sementara ini dengan baik...kiranya kita takdelah hidup sia-sia tak tahu arah tujuan tapi kita faham kenapa...


sungguh aku tak tipu, walaupun tak banyak adalah juga impaknya hasil dari aku join husnul khatimah...aku rasa aku masih merangkak membaiki diri dengan benda benda kecil dulu seperti solat diawal waktu, kalau bagus lagi berjemaah dan baiki cara berpakaian dan pergaulan...memang tak dapat nak buat secara drastik, tapi takpe kita buat dulu sikit demi sedikit kan....kita bukan nak hipokrit dan tunjuk kat orang, tapi kita buat sebab kita faham kenapa kita kena buat...



5 of us...berbulatan di Monas, suatu ketika dulu :)


 semasa di PERMAI :D



keluar makan-makan bersama kak liza ^^


sekarang kami dah bertukar dari Husnul Khatimah menjadi kunang-kunang...heheeee...kunang-kunang yang kecil boleh menerangi atau bercahaya dalam kegelapan...comel kan??heheeee....ahli masih sama, cuma murabbi yang berbeza....tak kisahla sama atau berbeza, apa yang penting kita memang nak mencapai matlamat yang sama kan ^^


jazakillah Khair kak liza atas segala perkongsian ilmu selama kita berbulatan gembira di Husnul Khatimah...sampai berjumpa lagi....heheee...btw, kita tak pernah lagi ambil gambar bersama-sama kunang kunang kan?? *in case kak basyu/kak El dan kawan-kawan kunung-kunang terbaca post ni*


ingat lagi kak liza suruh kami cari logam masing-masing....logam tu macam kekuatan dalam diri yang boleh digunakan untuk menyebarkan cinta kepada orang lain...aku tahu aku suka blogging sebab tu medium ni boleh digunakan untuk berkongsi dengan orang lain juga, tapi kekadang aku rasa jahiliah maih banyak membelenggu aku dan aku main post je apa yang aku nak...tapi memang better dari dulu yang kekadang post pasal artis hollywood, k-pop yang entah apa-apa tu kan..heheee...


jom sama-sama kita berdoa dan cuba berubah untuk menjadi seorang muslim yang owesome!


Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...