nuffnang

    Saturday, January 17, 2015

    erti hidup pada memberi

    Bismillahirrahmanirrahim.

    Sebelum saya tulis dengan lebih lanjut, saya nak share one of resolution saya untuk tahun 2015 yaitu banyakkan memberi...when you give, u get more..bila kita memberi insya Allah kebaikan tu akan datang pada kita balik, bahkan berlipat kali ganda Allah beri.

    Kalau kita tolong orang susah dan memerlukan, jangan rasa pertolongan kita tu merugikan diri kita, dan hanya menguntungkan pihak lain. Sebenarnya kita sebenarnya memberi kebaikan buat diri kita. Pahala amal itu akan tercatat dalam lembaran buku amal kita dan siapa tahu amal itu boleh membawa kita ke syurga, kan :D

    Saya suka dengan kata-kata

     "erti hidup pada memberi"

    Maksudnya bila kita tidak memberi, bererti  hidup kita tak bererti kan?kalau difikirkan memang betul, hidup bukan untuk diri sendiri tapi sebab segalanya yang kita ada hari ini bukanlah milik kita, tapi pinjaman dari Dia yang mana ESA. Susah, ya memang susah tapi  insya Allah sama sama kita berusaha.

    Lalu ada yang bertanya, nak beri apa? Apa yang kita patut lakukan?saya tidak punya apa apa untuk dineri, terus bagaimana? =="

    sebenarnya banyak perkara dalam dunia ni yang kita boleh buat tak semestinya benda tu perlu besar, hanya dengan benda kecil seperti senyuman pun boleh membuatkan orang yang melihat kita turut sama rasa bahagia. Dapat pahala sedekah senyum lagi, tak gitu?


    Saya dulu selalu tulis, bila dah stop tulis ada yang bertanya kenapa dah tak tulis dan ada yang cakap supaya teruskan menulis, mana tahu ada tulisan tulisan saya yang boleh membantu orang diluar sana.

    Mungkin saya tulis tentang pengalaman biasa, tapi bila mana ada yang membaca dan terkesan serta boleh dijadikan iktibar Dalam hidup, boleh menyentuh mana mana hati di luar sana, siapa tahu kan? :)


    Saya rasa saya tak mampulah. Sadalamkan hebat macam orang lain, saya tak banyak ilmu macam orang lain, saya takut apa yang saya cakap nanti salah dan macam macam lagi benda benda negative keluar dari mulut kita. Semua benda kita rasa  tak boleh dan tak mampu.


    U will never know if you never try

    Bila mana saya membaca, atau saya terkesan, ada ada hal yang menyentuh hati saya atau saya ada terfikirkan sesuatu saya akan cuba kongsi dan tulis. Insya Allah..

    Salah satu sebab saya beli tablet ni sebab saya nak tulis langsung dalam blog bila mana saya rasa nak menulis, di mana sahaja, kapan sana,,,sekarang ni saya dalam bus menuju ke jatinangor ada daurah
     di sana..Hehee..nak jugak tulis :p


    Usrah minggu lalu murabbi ada bertanya, kita nak meninggal dalam keadaan bagaimana? Apa status dan keadaan kita masa tu dan kami diberi masa seminit untuk berfikir.


    Jawapan saya ialah benda yang saya cakapkan diatas. Kalau boleh sepanjang hidup saya saya nak banyak2 berbakti pada orang, memberi pada orang dan berbuat amal bakti untuk diri dan orang lain  sebanyaknya agar semua itu bakal menjadi saham saya bila saya meninggal kelak.

    Ilmu yang bermanfaat, amal jariah akan dapat pahala yang berterusan walaupun time tu kita dah meninggal...itulah harapan dan cita cita saya, kalau boleh saya nak bina masjid atau tempat belajar supaya tempat tu boleh digunakan sebaiknya dan pahala amal akan sentiasa mengalir pada diri ini yang amal pun sentiasa compang camping.


    Kalau boleh saya nak membina manusia..manusia yang faham Islam dan boleh menjadi manusia yang membina orang lain juga. Menjadi salah satu puzzle atau batu bata yang membina semula bangunan Islam insya Allah..Islam itu pasti akan menang pada akhirnya dan semoga kita adalah salah seorang penyumbang, bukan sekadar pemerhati dan berborak kosong sahaja...

    Semoga Allah sentiasa menuntun kita berada di jalanNya yang benar.tadi saya ada up satu status di muka buku.

    "Tidak cukupkah syurga sebagai motivasi"

    Iya cukup.
    Malah lebih dari cukup.
    Inginku ke syurgaMu ya Allah.
    Bertemu rasulullah para sahabat, orang mukmin.
    Yang lebih utama pasti berjumpa Allah s.w.t :D


    Terus bagaimana?

    Berbuatlah, beramalah.
    Kerana kita tidak selamanya di dunia,

    Biiznillah ^_^

    No comments:

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...