nuffnang

Thursday, August 12, 2010

p/s i love you :the best pillow talk


rasanya dah lama nak post pasal benda ni,tapi asyik2 xde masa je...memang kebelakangan ni sibuk sangat...tadi baru je statistik test,bolehla~ minggu dpan mmg hectic habis la hidop aku...bio article test,math test,ielts speaking test..bla3...bila dengar sir william ckap td,tetiba rasa cuak....bila nak study btol2 nie(~_~)

fuh,hari ni dah masuk hari ke-2 berpuasa...alhamdulillah,semoga bulan puasa tahun ni akan dapat lebih keberkatan berbanding tahun2 sebelum ni..semalam pun dah join iftar,berbuka puasa ramai2 n pergi tarawih...semoga dapat bertarawih dengan istiqamah tahun ni..insyallah~

ok,berbalik kpd tujuan asal,saja nak share sedikit pasal pillow talk anjuran psc baru2 ni...xmenyesal datang,siap dapat VIP seat lagi...penceramah malam tu ustaz pahrol mohd juoi,ketua aditor majalah solusi dengan farah adeeba,personaliti tv9...diorang sangat best~

tempat untuk penceramah
ok la...tema hitam+merah..aku ambik seat paling depan,untuk dapatkan kesan audio dan visual terbaik..hehe,xlay blah kan...sebenarnya majlis ni start lambat sebab kak farah tersesat,xbiasa dangan kawasan sini agaknya..lagipun,kedudukan intec ni macam agak tersorok,bukan betul2 tepi jalan besar~

taufiq,ustaz pahrol n kak farah
ape yang menariknya,tajuk pada malam ni ialah cinta..macam2 la yang diorang ceritakan, bagi nasihat dan macam2 lagi...aku suka cara ustaz pahrol ni,setiap kata2 dia sungguh bermakna dan mempunyai maksud yang mendalam..

sebenarnya exited jugak jumpa diorang,yela biasa tengok kat tv dan baca buku je...ni dah dapat jmpa depan2..siap boleh beramah mesra lagi...kak farah pun ada ceritakan pengalaman dia bercinta,hidup dia,camne nak pilih lelaki bertanggungjawab dan macam2 lagi la...overall,memang best..kalau xcaye,tengok hampir penuh dewan besar intec terutamanya pihak lelaki...ramai sangat yang datang,biasalah bercakap hal cinta pasti ramai yang berminat kan..memang lumrah manusia begitu~

sempat aku snap..hehehe


kak farah ni sedang cari dan tanya sapa yang tengah dilamun cinta..hahaha,memandangkan dia betul2 depan aku saje je snap pic ni..adalah sorang dak pempuan ni mengaku yang dia sedang asyik bercinta dan bila ditanya apa yang dia nak dalam percintaan,dia jawab nak membahagiakan pasangannya..adakah sudah pasti yang kita bahagia kalau pasangan kita bahagia???mungkin ada,tapi tidak semua begitu...ada yang terpaksa menanggung sakit hati,perasaan semata nak lihat pasangannya bahagia,tapi diri sendiri yang menderita...

kata ustaz pahrol jugak,hampir 90% pasangan yang bercinta tidak kahwin bersama pasangannya...wah,bercinta bagai nak rak,bertahun-tahun ke sana ke mari..last2 kahwin dengan orang lain jugak...berbaloikah???wah,tetiba je rasa nak bercinta lepas kahwin la..cinta lepas kahwin pun best jugak,masa baru kahwin tu baru dalam proses nak kenal hati budi masing2...kata member aku"orang lain semua ada pakwe,aku je xde"


biarkanlah orang lain,kita buat cara kita sendiri..fikir hal diri sendiri dulu,xpayah nak fikir bila nak date,nak keluar makan,nak pakai sedondon,nak control2..macam2 lagilah....bila member2 keluar dengan pakwe,kita boleh je luangkan masa dengan keluarga,kawan2 lain...banyak lagi benda yang boleh dibuat walaupun xde pakwe...ada jugak member aku cakap"kalau kita xde pakwe,nanti bila dah kerja semua orang dah ada pasangan dan pilihan hati masing2..habis aku nak kawin dengan sape???"

bila dengar pun rasa macam xleh blah...tapi ni memang betul ada kawan aku cakap...kalau dia baca ni,memang tergelaklah kot ~..~ tapi kalau dah ada jodoh,xkemana...xperlulah kita nak cari awal2 janji nak kawin tapi akhirnya xjadi...erm,mentang2 lah sekarang ni aku tengah belajar bab kahwin dalam silibus CTIS(islamic family law)...best belajar tajuk ni,baru rasa dah dewasa rupanya aku ni ye,dah boleh kawin..hahahahhahahaha=p




some of the pics

sempat lagi kitorang snap pic masa last,yela nak buat kenangan..aku ada amik pic berdua ngan kak farah,tp x cantik pic tu...xnak tunjuk la..hehehehe,ape2 pun fikirlah masak2 sebelum anda bercinta..janganlah bercinta sebab nak main2 dan sekadar menghilangkan rasa bosan...sia sia sahaja~
Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...