nuffnang

Monday, October 29, 2012

belajar bersabar ye sayang (^_^)

Bismillahirrahmanirrahim......


ada kawan cakap minggu ni minggu orang stress!! semua orang nak stress, semua orang nak naik angin, nak marah, nak beremosi...jadi semua orang rasa nak marah, sakit hati, dendam, benci, menyampah rasa nak marah orang je kejenya..pokoknya STRESS!!



Astaghfirullahala'ziim....istighfar banyak-banyak tarik nafas dalam-dalam....




"esok kita pergi kantor imigrasi sama-sama ye! lepas habis kelas terus pergi" 

kata seorang sahabat yang boleh dikenali sebagai A kepadaku...so aku masih berpegang kepada janji tersebut sehinggalah keesokan pagi si B sms aku dan beritahu dia akan ke sana dengan si A...A kawan rapat dengan si B berbanding aku yang hanyalah kawan biasa-biasa...so aku dengan rasa yakin dan percaya bahawa mereka berdua telah bersepakat nak pergi bersama-sama...ok takpelah, aku cubalah pergi dengan orang lain...tak kisah sangat pun...aku pun tanyalah orang lain dan ajak pergi sama-sama sebab perjanjian yang telah dibuat dengan si A tadi automatik terbatal sebab si B dah cakap dia pergi dengan si A...




lepas aku kelas aku beritahu sms si A dan tanya kepastian dan tetiba aku kena marah...kali pertama aku kena marah oleh si A sepanjang aku kenal dia....dia cakap aku suka buat plan aku sendiri, tak pernah nak tanya dia dulu pun...aku ataupun si B bukanlah parent dia atau siapa-siapa untuk buat keputusan bagi pihak dia...dia cakap lepas ni dia dah tak boleh nak bergantung harap pada orang lain lagi dah...dah tak boleh nak percaya orang lain lagi dah...dangggg!!! sebijik kena atas kepala aku...walaupun aku menjadi mangsa keadaan tapi kenapa aku???si B yang buat plan tanpa cakap dengan si A terlebih dahulu kenapa aku yang kene marah???  *nangis*




A seolah oleh meletakkan kesalahan seratus persen ke atas diriku, semalam janji nak pergi dengan dia lepas tu hari ni tukar plan nak pergi dengan orang lain...tapi masalahnya, aku tak tahu semua ini...salah faham dan aku menjadi mangsa keadaan...wuwuwuuwu...cara dia cakap tu macam aku ni seorang yang tidak boleh dipercayai, suka mungkin janji dan...dan...aku call dia berkali-kali tak nak angkat, aku cuba explain tak nak dengar...aku sediiih sangat T_T geram dan nak marah pun ada, kenapa nak marah?? kenapa tuduh??




aku hati sensitif, jiwa lembut walaupun luaran nampak je keras...tapi bila orang marah aku terus aku down, rasa macam sediih sangat...aku nangis dalam hati, sedih sangat dengan sikap orang lain tapi aku faham kalau aku di tempat A mungkin aku akan melakukan benda yang sama...mungkin tak boleh nak salahkan si B sebab mungkin dia merancang nak beritahu nanti, tapi kenapa bagitau orang lain dulu tanpa tanya tuan empunya diri?? itu satu persoalan :/ alih-alih orang lain yang jadi mangsa :(




pergi ke kantor ada masalah pulak dekat sana, dalam hati dahla tengah menahan rasa sedih, nak marah, stress...macam-macam perasaan ada...memandangkan aku orang yang bertanggungjawab untuk suruh mereka pergi tandatangan, yang contact dengan orang yang uruskan tu, lantas aku ditanya seolah-olah itu semua salah aku...hurmmm...aku tak tahu apa-apapun..aku rasa macam stress sangat tapi tak tahu macamana nak luahkan...ya Allah!! ada kawan yang buat muka, hentak hentak kaki nak marah pastu bebel tak berhenti-henti dan keluarkan kata-kata kesat..



....................





masa ni aku baru rasa nak muhasabah diri...refleksi diri...tahap manakah kesabaran kita?? saat-saat beginilah sikap kita teruji, sabarkah kita dalam menghadapi masalah yang melanda?? bagaimanakah kita mengawal emosi dan menahan nafsu nak marah, memberontak???



emosi sebenarnya adalah anugerah Allah s.w.t kepada hambanya untuk disalurkan ke arah kebaikan...namun banyak kali dan ramai orang tidak dapat mengawal emosi sehingga tercetuslah pelbagai masalah...ini mungkin kerana tak cukup sabar atau dek kerana kelemahan iman dalam diri sendiri..



Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam gulat tetapi orang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya. (HR. Bukhari dan Muslim)



aku juga mungkin menuduh orang suka marah tanpa sebarang usul periksa, adakah dia pun ada masalah lain? sepatutnya aku kene bersifat berlapang dada Bak kata Imam Hasan Al Banna (IHAB) ukhuwah itu cinta dan kasih, dan paling minima cinta dan kasih itu adalah berlapang dada dan maksimanya adalah itsar (mementigkan sahabat lebih dari diri sendiri)..Bagaimana  kita mahu mengambil puncak ukhuwah sedangkan selemah-lemah ukhuwah (berlapang dada) belum sebati dalam diri kita? Allahurabbi... tahap paling minimum itu pun susah nak dicapai kalau dah masuk saat saat yang genting sebegini, bagaimanakah mahu menimbulkan hubungan ukhwah yang lebih mantap dan berkualiti?? tepuk dada!!


jangan bercakap dengan aku, jangan tanya aku, aku tengah stress!!


kau cakap kau tak marah tapi gaya kau tu dah cukup menunjukkan kau marah...kata seorang sahabat.....ya Allah, aku kena banyak lagi belajar...belajar cara mengawal emosi, belajar untuk bersabar dan belajar menerima kekurangan orang lain...aku ingat dengan cara berdiam diri sudah cukup tapi gaya dan perwatakan aku masih belum cukup menunjukkan yang aku tidak marah...



lantas bagaimana?? biarkan ia membengkak di dalam dada?? menjadi duri dan bernanah...ya Allah pasti sakit menahannya...tapi ia akan menjadi lebih sakit kalau dilepaskan :(




cari penawar hati....cari penenang jiwa....





Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang (Ar-ra'ad:28)



kalau kita dah tahu itulah caranya, kenapa nak cari cara lain?? tengok movie?karoke?lepak? untuk hilangkan stress...kalau kita dah tahu dan faham, insyaAllah kita tahu bagaimana cara untuk kita buat hati rasa tenang kembali...istighfar banyak-banyak, ingat Allah..jangan mudah marah dan melenting...



banyak lagi harus belajar, banyak lagi harus perbaiki...sebab tu perlu kawan-kawan yang dapat bantu ingatkan saat kita lupa, yang boleh bantuk naikkan semangat kita balik saat kita down..carilah sahabat yang baik...cuba dan terus mencuba, hilangkan kebencian, tanamkan rasa sayang dan cinta....allahu'alam :D




Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...